Anda Pengunjung Ke :

Tuesday, 5 March 2013

QUEEN JULIANA,Ratu Belanda (1948-1980) - Monarki Terkaya Eropah.



WARISAN PERMAISURI kali ini akan membuka segmen baru iaitu RATU ANTARABANGSA. Slot ini akan menceritakan kisah-kisah Ratu-Ratu Pemerintah yang pernah memerintah negara-negara di dunia.Kebanyakan daripada kita hanya mengenali Ratu Elizabeth sebagai Ratu yang memerintah.Tapi sebaliknya,ramai lagi Ratu-Ratu yang pernah menghiasi monarki di seluruh dunia.Sebagai permulaan,WARISAN PERMAISURI membawakan anda seorang Ratu Belanda iaitu Queen Juliana.

Gelaran penuh baginda ialah Her Majesty Queen Regnant of The Kingdom of The Netherlands,Queen Juliana,
Grand Master Of The Military William Order,Grand Master and Dame Grand Cross of the Order of the Netherlands Lions,Grand Master Of The Order Of Orange-Nassau,Grand Master of the Order of The Gold Lion of the House of Nassau,Grand Master and Dame Grand Cross of the Order of the House of Orange,Grand Master of the Order for Loyalty and Merit,Grand Master of the Order of The Crown,Grand Star of the Honour For Services to the Republic of Austria,Special Class of the Grand Cross of the Order of Merit(Federal Republic Germany),Commander Grand Cross With Collar of the Order of the White Rose(Finland),Dame Grand Cross with Grand Cordon of the Order of Merit(Italian Republic),Collar of the Order of Liberator General San Martin(Argentina),Grand Cordon Of The Order Of Leopold(Belgium),Dame Grand Collar of the National Order of the Southern Cross(Brazil),Dame Grand Cross of the Order of Valour(Cameroon),National Order of the Ivory Coast,Dame of the Order of the Elephant(Denmark),Grand Croix of the Legion of Honour(France),Grand Cordon of the Order of the Precious Crown(Japan),Dame Grand Cross of the Order of Redeemer(Greece),Grand Cross with Gold Star of the Order of Francisco Morazan(Honduras),Queen of the Class of the Order of the Star of the Republic of Indonesia,Dame Of The Order of Solomon(Ethiopia),Grand Collar of the Order of Pahlavi(Iran),Dame of the Great Star of Yugoslavia,Grand Cordon of the Order of the Pioneers of the Republic(Liberia),Dame Grand Cross of the Order of the Star of Africa(Liberia),Dame Grand Cross of the Order of the Oak Crown(Luxemborg),Dame Grand Cross of the House Order of the Wendish Crown with germs(Mecklenburg)Collar of the Order of the Aztec Eagle(Mexico),Member of the Order of Ojaswi Rajanya(Nepal),Collar of the Order of Pratap Vardhak(Nepal),Grand Cross with Gold Star Order of Ruben Dario(Nicaragua),Dame Grand cross with Collar of the Royal Norwegian Order of St. Olav(Norway),Grand Collar of the Order of Manuel Amador Guerrero(Panama),Dame Grand Cross with Diamonds of the Order of the Sun(Peru),Dame of the Order of the White Eagle(Poland),Lady of the Order of Garter(United Kingdom),Honorary Dame Grand Cross of The Royal victorian Order(United Kingdom),RoyalVictorian Chain(United Kingdom),Dame Grand Cross Of The Order of Merit of Duarte,Sanchez and Mella(Dominican Republic),National Order of Lion(Senegal),Collar of the Order of Charles III(Spain),Cheif Comander of the Legion of Merit(United States),Grand Cordon of the Order of the Honorary Yellow Star(Suriname),Member of the Order of Seraphim(Sweden),Dame Special Class of the Order of CloudsFavorable(Taiwan),Lady of the Order of the Royal House of Chakri(Thailand),Dame of the Order of Rajamitrabhorn(Thailand),Grand Cordon of the Order of Independence(Tunisia),Grand Cordon of the Order of Liberator(Venezuela).


Dilahirkan sebagai Juliana Louise Emma Marie Wilhelmina pada 30 April 1909 di The Hague,Belanda.Baginda merupakan satu-satunya anakanda tunggal kepada Queen Wilhelmina,Ratu Belanda(1890-1948) dan suaminya Prince Henry.Queen Wilhelmina sebelum itu telah dua kali keguguran.Queen Juliana membesar di Istana Het Loo di Apeldoorn dan di Istana Noordeinde dan Istana Huis ten Bosch di The Hague,Belanda.Sebuah kelas telah diwujudkan di Istana Noordeinde supaya Queen Juliana yang ketika itu berusia 6 tahun dapat memulakan persekolahan tahap rendah.Memandangkan perlembagaan Belanda memperuntukkan bahawa baginda harus bersedia untuk mewarisi takhta apabila usia baginda mencapai 18 tahun.Kerana itulah pendidikan yang diterima baginda lebih pantas berbanding kanak-kanak lain.Selepas habis 5 tahun di peringkat rendah,baginda meneruskan ke peringkat menengah dan seterusnya ke peringkat pre universiti daripada guru peribadi.Pada 30 April 1927,Queen Juliana menyambut hari lahir ke 18.Di bawah perlembagaan,baginda sudah secara rasminya boleh diberikan gelaran diraja.2 hari selepas itu bonda baginda melantik Queen Juliana menyertai "Council Of State".Pada tahun yang sama juga baginda memasuki University Of Leiden.Baginda mengambil matapelajaran Sociologi,Jurisprudence,Hubungan Antarabangsa,Sejarah Agama,Sejarah Parlimen dan Undang-undang perlembagaan.Baginda juga menghadiri kelas mengenai adat Suriname dan Netherlands Antilles,hubungan antarabangsa,undang-undang antarabangsa,sejarah dan undang-undang Eropah.Baginda tamat pengajian pada tahun 1930.


Pada tahun 1930 an,Queen Wilhelmina mula mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan menantu baginda.Pada masa itu,House of Orange merupakan keluarga diraja yang mempunyai peraturan agama yang sangat ketat dan sangat susah untuk mencari Putera Protestan yang mencapai tahap yang dikehendaki istana.Putera-putera dari United Kingdom dan Sweden dikatakan adalah yang sesuai tetapi akhirnya ditolak oleh Queen Juliana.Pada Olimpik Musim Sejuk Tahun 1936,Queen Juliana bertemu Prince Bernhard of Lippe-Biesterfeld,seorang Aristokrat Jerman.Prince Bernhard merupakan seorang usahawan muda dan mempunyai daya penarik tersendiri.Memandangkan kedudukan dan agama yang sesuai,Queen Wilhelmina merancang sebuah pertunangan diraja untuk puterinya.


Bersama bonda baginda Queen Wilhelmina.
Queen Juliana mula jatuh hati kepada tunangnya itu,cinta yang kekal hingga ke akhir hayat,walaupun berpisah semasa Perang Dunia Kedua ditambah pula hubungan sulit dan anak-anak luar nikah yang dimiliki bakal suaminya.Queen Wilhelmina yang bijak dan merupakan wanita terkaya pada zaman itu,tidak memberi sebarang peluang untuk bakal menantunya itu.Queen Wilhelmina memanggil peguamnya dan menyuruh peguam itu membuat satu perjanjian yang menetapkan secara terperinci apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Putera berketuruna Jerman itu.Juga wang apa yang boleh diterima Prince Bernhard dari estet diraja.Pertunangan antara Queen Juliana dan Prince Bernhard diumumkan pada 8 September 1936.Sebelum istiadat perkahwinan diadakan,Prince Bernhard telah diberi kerakyatan Belanda dan menukar ejaan namanya ke Bahasa Belanda.Pasangan diraja ini berkahwin pada 7 Januari 1937,tarikh yang sama nenda Queen Juliana,King William III dan Queen Emma berkahwin 58 tahun sebelum itu.Majlis sivil telah diadakan di The Hague Town Hall dan perkahwinan itu diberkati di Great Church(St.Jacobskerk).Selepas berkahwin pasangan muda ini berpindah ke Istana Soestdijk di Baarn.Puteri pertama pasangan ini lahir pada 31 Januari 1938 dan diberi nama Princess Beatrix.Dan puteri kedua,Princess Irene lahir pada 5 Ogos 1939.



Bersama suami baginda.

12 Mei 1940,Jerman menduduki Belanda semasa Perang Dunia Kedua.Queen Juliana dan suaminya dipindahkan ke United Kingdom dan diikuti oleh Queen Wilhelmina pada hari berikutnya.Kerajaan Belanda mewujudkan kerajaan dalam buangan.Baginda berada di sana selama sebulan sebelum membawa anakanda baginda ke Ottawa,Kanada.Suami dan bonda baginda tinggal di Britain bersama kerajaan dalam buangan.Kehadiran Queen Juliana ke Kanada mencipta satu ikatan antara Belanda dan Kanada.Ikatan ini diperkukuhkan lagi dengan kesanggupan ribuan tentera Kanada berjuang untuk membebaskan Belanda dari cengkaman Nazi sekitar tahun 1944 dan 1945.Pada 2 Mei 1945,baginda pulang menaiki pesawat tentera ke bahagian Belanda yang telah bebas bersama bondanya.Mereka bergegas ke Breda dan menubuhkan kerajaan sementara Belanda.Apabila tiba di istana,baginda melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kanada dengan menghantar 100,000 benih tulip ke Ottawa.Pada 24 Jun 1945,baginda berlayar menaiki RMS Queen Elizabeth dari Gourock,Scotland ke Amerika Syarikat dan memberi tahu bahawa tempat tinggal terakhir beliau adalah London.Tahun berikutnya baginda mendermakan lagi 20,500 benih tulip untuk ditanam di Ottawa Civic Hospital tempat di mana baginda melahirkan puteri ketikanya Princess Margriet.Pada masa yang sama,baginda berjanji akan menghadiahkan tulip setiap tahun sepanjang hidupnya untuk menunjukkan penghargaan terhadap Kanada.


Pada 2 Ogos 1945,Queen Juliana telah disatukan kembali bersama keluarnya di Belanda.Baginda segera menyertai operasi selepas perang bagi membantu mangsa-mangsa yang kebuluran yang disebabkan Nazi(musim kebuluran (1944-1945).Baginda sangat aktif sebagai Presiden Persatuan Palang Merah Belanda dan bekerja bersama Organisasi Pembangunan Semula Kebangsaan.Sifat baginda yang sangat merendah diri dan mudah didekati membuatkan rakyat jatuh cinta kepadanya dan majoriti rakyat Belanda mahu Queen Wilhelmina turun takhta dan menyerahkan takhta kepada Queen Juliana.Pada 1946,Queen Juliana dan suaminya melawat negara-negara yang membantu Belanda semasa perang dan pendudukan Nazi.

Baginda gemar menunggang basikal.

Semasa kehamilan puteri baginda yang paling bongsu,Princess Christina,baginda telah mendapat penyakit Rubella.Puteri baginda dilahirkan dengan mengalami katarak di kedua belah mata dan kemudiannya didiagnosis hampir buta disebelah mata dan penglihatan yang terhad di sebelah mata lagi.
Untuk beberapa minggu di musim bunga tahun 1947  dan sekali lagi pada tahun 1948,Queen Juliana telah bertindak sebagai Pemangku Raja.Ini kerana bondanya Queen Wilhelmina tidak dapat menjalankan tugasnya atas sebab kesihatan.Kemerdekaan Indonesia,yang menyaksikan 150,000 tentera Belanda yang ditempatkan di sana sebagai kuasa dekolonisasi ,telah dianggap sebagai bencana ekonomi kepada Belanda.Disebabkan itu,Queen Wilhelmina mengumumkan untuk turun dari takhta .Pada 6 September 1948,Queen Juliana yang merupakan pemerintah Belanda ke 12 daripada House Of Orange,telah rasmi bergelar Ratu Belanda di Nieuwe Kerk,Amsterdam.Pada 27 Disember 1949,di Istana Dam di Amsterdam,Queen Juliana telah menandatangani suatu surat yang mengiktiraf kedaulatan Indonesia.

Baginda sering muncul di khalayak ramai dengan memakai pakaian rakyat biasa.Queen Juliana juga suka menunggang basikal untuk bersenam dan mengambil angin.Baginda mahu rakyat memanggilnya sebagai Puan bukannya Tuanku.Walaupun baginda selalu berbasikal dan merendah diri,namun kerabat diraja Belanda mempunyai istana-istana yang mewah.Queen Juliana sering melawat rakyat yang tinggal berdekatan dan selalu memberi perhatian kepada institusi sosial dan sekolah.Baginda merupakan seorang pendebat yang baik berdasarkan cara baginda bercakap yang selalunya berterus terang.Pada peringkat antarabangsa,Ratu Juliana berminat kepada masalah-masalah negara membangun,masalah pelarian,dan mempunyai perhatian yang amat mendalam pada kebajikan kanak-kanak,terutama di negara membangun.

Pada malam 31 Januari 1953,Belanda dilanda ribut paling teruk dalam masa 500 tahun.Bandar-bandar habis dihanyutkan air setinggi 12 kaki.Lebih 2000 rakyat lemas dan lebih 1000 orang terperangkap dalam banjir teruk.Dengan memakai but dan kot lama,Queen Juliana mengharung banjir dan tanah runtuh dan lumpur di kawasan yang musnah teruk untuk membawa makanan  dan baju untuk rakyatnya.Rasa simpatinya kepada rakyat ditambah pula dengan keprihatinan baginda,membuatkan jasa baginda selamanya dikenang oleh rakyat Belanda.

Pada tahun 1956,pengaruh Miss Hofmans,Pensihat Queen Juliana terhadap pandangan politik baginda hampir menyebabkan keluarga diraja Belanda berada dalam krisis perlembagaan yang menyebabkan keluarga diraja terbahagi kepada dua.Satu pihak iaitu pihak suaminya Prince Bernhard bercadang untuk menggulingkan isterinya sebagai Ratu dan mengangap Queen Juliana fanatik agama dan ancaman kepada NATO.Perdana Menteri menyelesaikan krisis ini.Bagaimanapun Queen Juliana kalah kepada suami dan rakan-rakannya.Miss Hofmans dan para pengikutnya dipecat.Prince Bernhard merancang untuk menceraikan isterinya,tetapi mengambil keputusan sebaliknya kerana merasakan Queen Juliana masih menyayangi dirinya.Pada tahun 1963,Queen Juliana sekali lagi mengalami krisis di kalangan rakyatnya yang beragama Protestan apabila puterinya Princess Irene memeluk agama Roman Katolik dan tanpa kelulusan daripada kerajaan,mengahwiniPrince Hugo Bourbon Carlos ,Duke of Parma,pada 29 April 1964.Prince Hugo ialah penuntut takhta Sepanyol dan pemimpin parti Carlist Sepanyol.Dengan kenangan perjuangan untuk membebaskan Belanda dari cengkaman Roman Katolik Sepanyol masih segar dalam minda rakyat Belanda .Perkahwinan puteri baginda itu mendapat perhatian akhbar-akhbar dan penentangan terhadap monarki mula berlaku.Tetapi,baginda bernasib baik kerana krisis ini tidak berpanjangan.
Keluarga diraja Belanda sekali lagi dilanda kontroversi pada 1976 apabila Prince Bernhard didedahkan menerima rasuah 1.1 Juta USD daripada pembuat pesawat Amerika Syarikat iaitu Lockheed Corporation untuk mempengaruhi kerajaan Belanda untuk membeli pesawat pejuang.Perdana Menteri Belanda mengarahkan sebuah inkuiri diwujudkan berkaitan hal ini.Manakala Prince Bernhard tidak mahu menjawab soalan para wartawan dengan menyatakan beliau tidak terlibat.Rakyat Belanda pada kali ini tidak pula meminta Queen Juliana untuk berundur dari takhta,tetapi mereka takut Ratu mereka itu akan turun takhta dengan penuh perasaan malu atau kerana disabitkan jenayah akibat perbuatan suaminya itu.

Ketika istiadat permahkotaan baginda.
Pada 26 Ogos 1976,sebuah laporan terhadap perbuatan Prince Bernhard telah dikeluarkan kepada penduduk Belanda.Prince Bernhard segera meletak jawatan beliau yang berstatus tinggi seperti Laksamana Leftenan,Jeneral dan Inpektor General angkatan tentera.Beliau juga meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga dalam bidang bisnes,badan amal,Tabung Hidupan Liar Sedunia dan lain-lain lagi.Beliau juga melepaskan uniform yang menjadi kegemarannya selama ini.Sebagai balasan,Setiausaha Negara mengesahkan bahawa tiada pendakwaan jenayah terhadap suami Ratu Belanda itu.Pada sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan baginda pada 1973,Queen Juliana menderma semua wang yang dikutip oleh Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Jubli Perak kepada kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia.Baginda juga menderma semua hadiah yang diterima baginda sempena hari lahir ke 70 kepada Tahun Kanak-Kanak Antarabangsa.Baginda juga merupakan 922nd Lady of the Order  of the Garter pada tahun 1958.Pada 30 April 1980,sempena ulangtahun hari lahir baginda ke 71,Queen Juliana turun takhta dan puteri sulung baginda Queen Beatrix menggantikan baginda sebagai Ratu Belanda.Queen Juliana tetap aktif dalam bidang amal sehingga usia baginda mencecah 80 an.

Bermula pertengahan tahun 1990an,kesihatan Queen Juliana mula merosot.Baginda mengalami permulaan progresif dimensia.Baginda sudah tidak muncul lagi di khalayak ramai bermula waktu ini.Doktor kepada keluarga diraja mengarahkan baginda diletakkan dalam jagaan 24 jam.Suaminya mengakui dalam sebuah temubual televisyen pada 2001 bahawa isterinya itu tidak lagi mampu mengenali keluarganya dan baginda menghidap Alzheimer selama beberapa tahun.Queen Juliana menghembuskan nafas terakhir dalam tidur pada 20 Mac 2004,beberapa minggu sebelum menyambut hari lahirnya ke 95.Baginda mangkat di Istana Soestdjik akibat komplikasi pneunomia,70 tahun selepas nendanya Queen Regent Emma yang mangkat pada tarikh yang sama.Baginda dikebumikan pada 30 Mac 2004 bersebelahan bondanya Queen Wilhelmina di dalam peti besi diraja di Nieuwe Kerk di Delft.Suami baginda,Prince Bernhard,mangkat hampir lapan bulan selepas kemangkatan Queen Juliana iaitu pada 1 Disember 2004 di usia 93 tahun dan disemadikan bersebelahan isterinya Queen Juliana.

Semasa pemakaman Queen Juliana.

Berikut merupakan gambar kenangan Queen Juliana of Netherlands:

Bersama Queen Elizabeth dan Prince Philip.


Bersama Queen Elizabeth,Shah Reza Pahlavi,dan juga Shahbanou Farah Pahlavi.

No comments:

Post a comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...