Anda Pengunjung Ke :

Showing posts with label Puteri Sultan. Show all posts
Showing posts with label Puteri Sultan. Show all posts

Monday, 16 February 2015

Yang Teramat Mulia Dato' Seri Noraini Jane.

 
Yang Teramat Mulia Dato' Seri Hajah Noraini Jane Binti Tan Sri Kamarul Ariffin,
D.K.A. II, S.P.C.M.

Yang Teramat Mulia Dato' Seri Noraini Jane dilahirkan pada 25 Julai 1959 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan puteri kepada Tan Sri Kamarul Ariffin Bin Mohamed Yassin yang merupakan seorang tokoh politik negara dan bekas Senator Dewan Negara. Bonda beliau merupakan seorang wanita berketurunan British. Dato' Seri Noraini mendapat pendidikan di Sekolah Menengan Kebangsaan Bukit Damansara dan Garden International School. 


Dato' Seri Noraini mempunyai kerjaya sebagai pelakon sekitar tahun 1980 an. Beliau pernah menjadi watak utama dalam filem Jasmin pada tahun 1984 dan Jasmin II pada tahun 1986. Filem ini diadaptasi dari kisah benar peristiwa Natrah yang berlaku sekitar tahun 1950 an. Beliau berlakon disamping hero Johari Zain, Dato' Mustapha Maarof, dan Dato' Rosnani Jamil . Filem ini arahan Dato' Jamil Sulong dan penerbitnya adalah ayah kepada Dato' Seri Noraini iaitu Tan Sri Kamarul Ariffin. Beliau telah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 6 pada tahun 1986. Namun, Fauziah Ahmad Daud telah memenangi kategori itu melalui filem Ali Setan.

Dato' Seri Noraini sebagai Jasmin disamping Dato' Rosnani Jamil sebagai Mak Munah dan Johari Zain dalam filem Jasmin.

Dato' Seri Noraini bertemu jodoh dengan putera Sultan Perak iaitu Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah pada 26 September 1991 ketika berusia 32 tahun. Istiadat perkahwinan diadakan di Kuala Kangsar . Perkahwinan beliau dianugerahi dengan seorang putera dan 2 orang puteri. Putera tunggal beliau kini bergelar Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak Raja Dato' Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni Raja Ashman Shah yang diputerakan pada tahun 1994. Puteri-puteri beliau pula terdiri daripada Yang Mulia Raja Eminah Elliyah Binti Raja Ashman Shah dan Yang Mulia Raja Bainunnisa Safiah Binti Raja Ashman Shah.

Raja Ahmad Nazim, Dato' Seri Noraini dan Almarhum Raja Ashman Shah.

Tanggal 30 Mac 2012 merupakan tarikh sedih bagi beliau sekeluarga. Suami tercinta, Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah mangkat akibat serangan asma di kediaman mereka. Jenazah Almarhum telah disemadikan di Makam Diraja Al Ghufran,Kuala Kangsar. Dato' Seri Noraini kini bergelar bonda kepada Raja Kechil Besar Perak yang merupakan pewaris takhta negeri Perak di tangga ke 3 selepas Raja Muda Perak dan Raja DiHilir Perak.


Dato' Seri Noraini merupakan pemilik tadika Jasmin Kindergarten di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan penulis buku "Corak : Patterns and Proverbs of Nature". Selaku menantu kepada Sultan Perak, beliau telah dianugerahi Darjah Kebesaran Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) yang membawa gelaran Dato' Seri pada 19 April 1992. Pada tahun 2009 pula, beliau dianugerahi Darjah Kerabat Azlaani Pangkat Kedua (D.K.A. II). YTM Dato' Seri Noraini Jane kini berusia 56 tahun. Sama-sama kita doakan semoga beliau selalu berbahagia disamping keluarga tercinta.

Bersama Almarhum suami beliau.

Dato' Seri Noraini ketika Istiadat Pengishtiharan Sulta Perak ke 35.

Dato' Seri Noraini Jane bersama bonda mertua beliau Tuanku Bainun dan biras beliau Tuanku Zara Salim.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Tuesday, 8 July 2014

Kemangkatan 2 Orang Kerabat DiRaja Johor..

Keluarga DiRaja Johor menerima berita sedih apabila dua orang kerabat DiRaja Johor mangkat baru-baru ini. Pertamanya adalah kemangkatan Yang Amat Mulia Tunku Miriam Binti Almarhum Sultan Ibrahim Al Mahsyur. Beliau merupakan puteri bongsu kepada Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor Moden ke 2 dengan Almarhum Sultanah Marcella. Almarhum mangkat pada 4 Julai 2014 pada usia 64 tahun di Florida, Amerika Syarikat. Almarhum adalah nenda saudara kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.


Diatas takhta negeri Johor bersama ayahanda dan bonda.


Keduanya adalah kemangkatan Yang Berhormat Mulia Tunku Tan Sri Osman Ibni Almarhum Tunku Temenggong Ahmad. Almarhum mangkat pada usia 82 tahun pada 6 Julai 2014. Almarhum merupakan suami kepada Almarhum Tunku Tun Maimunah Binti Almarhum Sultan Ismail yang telah mangkat 2 tahun lepas. Almarhum merupakan ayahanada saudara kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Almarhum juga pernah menjadi Pengerusi Majlis Jumaah DiRaja Johor. Almarhum mangkat di Hospital Pakar Johor akibat sakit tua. Jenazah Almarhum dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah Johor Bahru.


Bersama keluarga.

Jenazah dibawa ke Makam Mahmoodiah.

Friday, 18 October 2013

Kerabat Perempuan Bergelar.

Almarhumah Yang Amat Mulia Dato' Seri Diraja Hajah Sharifah Salwa Binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
S.S.P.J., S.P.M.P.
 Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Perlis.
(Mangkat pada 4 Mei 2016).
...........................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Dato' Seri Sharifah Fazira Binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,
S.P.M.P.
 Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis.

......................................................................................................................................................

Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Intan Safinaz Binti Almarhum Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah,
D.K.H., D.K.Y.R., S.H.M.S., P.S.M., S.S.D.K., P.A.T., J.P.
 Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Darul Aman.
................................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Tunku Tan Sri Naquiah Binti Almarhum Tuanku Jaafar,
D.K.Y.R., P.S.M., S.P.T.J., A.M.N., P.J.K.
 Yang Amat Mulia Tunku Dara Negeri Sembilan Darul Khusus.
....................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Tunku Dato' Seri Jawahir Binti Almarhum Tuanku Jaafar,

D.K.Y.R., S.P.T.J.
 Yang Amat Mulia Tunku Puteri Negeri Sembilan Darul Khusus.
.......................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Tengku Tan Sri Meriam Binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah,
D.K., S.I.M.P., P.S.M., J.P.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Lela Wangsa Pahang Darul Makmur.

.........................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Tengku Dato' Muhaini Binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah,

D.K., S.I.M.P.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Pahang Darul Makmur.

.............................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Tengku Dato' Aishah Binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah,
D.K.,S.I.M.P.
 Yang Amat Mulia Tengku Seri Kemala Pahang Darul Makmur.

................................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Tengku Dato' Nong Fatimah Binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah,
D.K.,S.I.M.P.
 Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Darul Makmur.

....................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Tengku Shahariah Binti Sultan Haji Ahmad Shah,
D.K.,S.I.M.P.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang Darul Makmur.
..............................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj,
D.K., S.P.M.J., S.J.M.K.
Yang Amat Mulia Tunku Puteri Johor Darul Takzim.
............................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Tunku Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj,
D.K.
Yang Amat Mulia Tunku Besar Johor Darul Takzim.
......................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aishah Putri Binti Almarhum Sultan Ismail Petra,
D.K.
Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Kelantan Darul Naim.
...........................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Tengku Dato' Seri Nadhirah Zahrah Binti Sultan Mizan Zainal Abidin,
S.S.M.Z.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Terengganu Darul Iman.
..........................................................................................................................................................

Yang Amat Mulia Tengku Dato' Seri Fatimaztuz' Zahra Binti Sultan Mizan Zainal Abidin,
S.S.M.Z.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Terengganu Darul Iman.

Sunday, 29 September 2013

DYTM Tuanku Raja Puan Muda Kedah Darul Aman..


Raja Puan Muda semasa berangkat ke Istiadat Diraja. Di belakang baginda ialah anakanda saudara baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah.

WARISAN PERMAISURI akan menceritakan kisah seorang Puteri Sultan Selangor yang kini bergelar Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah Darul Aman. Ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan jawatan Raja Puan Muda Kedah kerana baginda tidak lagi membuat kemunculan di khalayak ramai atas faktor usia dan kesihatan.

Diputerikan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Raudzah Binti Sultan Hisamuddin Alam Shah Al Haj, puteri sulung kepada DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dan isteri baginda YTM Che Puan Kalsum Binti Mahmud. Tunku Raudzah diputerikan pada 29 September 1929 di Istana Bandar Temasha Kelang Selangor.Baginda merupakan adinda kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan kekanda kepada Tengku Ampuan Bariah .

Potret rasmi sebagai DYTM Raja Puan Muda Kedah.

Mendirikan rumah tangga bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah Darul Aman Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada tanggal 16 Julai 1956 di Istana Bukit Kota Alor Star Kedah. Setelah suami baginda dikurniakan gelaran Raja Muda Kedah pada 28 November 1981, gelaran rasmi baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Darul Aman Tunku Hajah Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj,D.K.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.K.II (Selangor).
Perkahwinan baginda tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Atas sebab kesihatan, Tunku Raudzah tidak memunculkan diri di khalayak umum. Baginda tidak lagi menghadiri Istiadat Diraja mahupun majlis rasmi kerajaan.Kini, baginda telah beusia 84 tahun dan bersemayam bersama suami baginda yang juga sedang uzur di Istana Kesoma. Sama-sama kita doakan semoga pasangan Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah diberikan kesihatan yang baik dan berada dalam perlindungan Allah selalu.

Bersama suami baginda.


Tunku Raudzah bersama suami Tunku Abdul Malik dan kerabat Diraja Selangor.

Tunku Raudzah ketika zaman muda baginda bersama Tuanku Abdul Halim ketika Santapan Diraja sempena keputeraan Sultan Kedah.


Baginda dipimpim oleh adinda ipar baginda Tuanku Siti Aishah dan Tuanku Intan Zaharah ketika Istiadat Pemakaman Kekanda baginda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Gambar terbaru Raja Puan Muda ketika dilawati oleh Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kedah di Istana Kesoma.

Tuesday, 2 July 2013

Raja Eleena,Wanita Melayu Terkaya.



Tahukan anda siapakah gerangan wanita Melayu paling kaya dalam Malaysia? Beliau merupakan puteri kepada Sultan Perak iaitu Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Eleena Binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah,D.K.A.,S.P.C.M.

Beliau menduduki tangga ke 41 dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2013.Beliau merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia selepas Puan Sri Lee Kim Hua,95,balu kepada Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong yang mempunyai aset sebanyak RM 7.24 Billion yang berada di tempat ke-8.Aset yang dimiliki oleh Raja Eleena  adalah sebanyak RM 819 Juta.Ini menjadikan beliau merupakan kerabat terkaya di Malaysia dan wanita Melayu terkaya di Malaysia.Beliau merupakan individu Melayu kelapan terkaya selepas Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary,Datuk Seri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin,Datuk Mokhzani Mahathir,Tan Sri Azman Hashim,Kamaruddin Meranun,Ahmayuddin Bin Ahmad.


Raja Eleena diputerikan pada 3 April 1960.Beliau berkelulusan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Of London.Beliau juga merupakan seorang pengamal undang-undang dan pernah menyertai Lincoln's Inn pada tahun 1985.Sekembalinya ke Malaysia,beliau menyertai Messrs Skrine & Co dan seterusnya menyertai Malaysian Bar pada tahun 1986.Beliau telah menubuhkan firma guamannya sendiri pada tahun 1987 yang diberi nama Messrs Raja Eleena,Siew Ang & Associates.Beliau merupakan rakan kongsi senior dalam firma guaman ini.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Ismail Farouk Bin Abdullah .Raja Eleena dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Gamuda,syarikat pembinaan dan kejuruteraan terbesar di Malaysia  pada 1 Jun 1992.Beliau merupakan pengarah dan pemegang saham utama Generasi Setia (M) Sdn Bhd yang merupakan pemegang saham utama Gamuda Holding.Beliau juga menjadi pengarah bagi beberapa buah syarikat lain seperti KAF Seagroatt & Campbell Holdings Berhad dan Danau Permai Resort Berhad.

Bersama suami beliau,Datuk Seri Ismail Farouk dan Tan Sri Michelle Yeoh.

Wanita Melayu yang berjaya.

Beliau juga memiliki kejelitaan yang tersendiri.Walaupun di usia 53 tahun,masih kelihatan anggun .

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...