Anda Pengunjung Ke :

Thursday, 2 October 2014

Baju Layang Sultan Selangor.


Sultan Selangor merupakan satu-satunya Sultan yang mempunyai baju layang. Baju layang ini dipakai semasa Istiadat Kemahkotaan dan Pertabalan Sultan Selangor Darul Ehsan. Jubah ini diperbuat khas untuk setiap Sultan Selangor yang naik takhta. Tradisi memakai baju layang ini diambil dari monarki Britain di mana setiap Darjah Kebesaran Britain mempunyai jubahnya yang tersendiri. 

Baju layang atau jubah DiRaja Selangor ini mempunyai logo atau emblem Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.) Selangor yang merupakan darjah kebesaran tertinggi di negeri Selangor. 


Almarhum Sultan Salahuddin memakai baju layang semasa Istiadat Pertabalan baginda pada tahun 1961.


Sultan Sharafuddin Idris Shah memakai baju layang di dalam potret baginda sempena pertabalan pada tahun 2003.





Queen Elizabeth II memakai Jubah Order of Garter yang merupakan darjah kebesaran tertinggi di Britain.


No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...