Anda Pengunjung Ke :

Showing posts with label Permaisuri Nusantara. Show all posts
Showing posts with label Permaisuri Nusantara. Show all posts

Monday, 1 July 2013

Tuanku Bainun dan Kirkby..


Negeri Perak Darul Ridzuan amat bertuah kerana mempunyai Sultan dan Raja Permaisuri yang berpendidikan tinggi dan bertaraf profesional.Sultan Perak,DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Ghafarulahu-lah merupakan seorang yang berkelulusan undang-undang dan pernah menjadi majistret serta pernah menjawat jawatan tertinggi dalam bidang perundangan negara iaitu Ketua Hakim Negara.Sementara itu Tuanku Bainun pula berkerjaya sebagai seorang pendidik yang berkelulusan dari luar negara dan pernah mendidik ribuan orang murid.

Tuanku Bainun yang berasal dari Pulau Pinang terpilih untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Kirkby atau The Malayan Teacher's Training College Kirkby di Liverpool England. Kerajaan membiayai pelajar yang terpilih untuk diberi latihan khusus dalam bidang perguruan untuk mempersiapkan negara menuju kemerdekaan.



Maktab Kirkby merupakan sebuah institusi khas pertama yang ditubuhkan di luar negara bagi melahirkan guru-guru di Tanah Melayu.Hal ini amat unik kerana Maktab Kirkby ialah satu-satunya maktab asing yang dibenarkan untuk dibina di England.Maktab ini ditubuhkan pada tahun 1951.Mengikut perjanjian di antara kerajaan England dan kerajaan Tanah Melayu,Maktab Kirkby akan beroperasi selama 10 tahun bermula tahun 1952 hingga 1962.Tenaga pengajar di Maktab ini merupakan cerdik pandai daripada Universiti Liverpool dan berpengalaman dalam pelbagai bidang.Pelajar dari Tanah Melayu boleh mempelajari pelbagai kemahiran ketika menetap di maktab yang dipanggil " Kampong Kirkby" oleh para pelajar dari Tanah Melayu ketika itu.



Dalam perjanjian itu juga,kerajaan Britain telah menetapkan jumlah pengambilan pelajar seramai 1500 orang iaitu seramai 150 orang setahun.Kurikulum maktab ini digubal khas untuk para pelajarnya dan menggunakan silibus moden termasuk sesi latihan mengajar di sekolah Inggeris dan pendedahan kepada cara hidup masyarakat Barat.

Tapak maktab ini asalnya ialah kem tentera.Maka,susun atur dalam maktab ini mirip konsep ketenteraan.Pelajar-pelajar yang baru memasuki maktab ini pasti terkejut dengan keadaan maktab ini kerana ia nya tidak seperti yang tergambar dalam fikiran mereka.Ini kerana sebaik tiba di Kirkby setelah menempuh perjalanan selama 21 hari,bukannya kolej dengan bangunan tinggi sebagaimana kolej lain di England,sebaliknya bangunan kayu setingkat yang pernah digunkan semasa Perang Dunia Kedua.

Tuanku Bainun (2 dari kiri) bersama pensyarah baginda,Miss Chesters dan sahabat baginda.

Kumpulan pertama seramai 148 pelajar dari Tanah Melayu berangkat ke England pada tahun 1951.Mereka menaiki kapal SS Chusan ke Liverpool selama 21 hari. Tuanku Bainun merupakan kumpulan kedua yang berlepas iaitu pada tahun 1952.Baginda baru sahaja berusia 20 tahun ketika itu.Baginda belajar di Maktab Kirkby sehingga tahun 1954.

Selain Tuanku Bainun,Maktab Kirkby menghasilkan ramai cerdik pandai dan professional dalam negara kita.Mereka termasuklah penerima anugerah Tokoh Guru iaitu Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim.Selain itu maktab ini juga melahirkan Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan dan juga Datuk Baharuddin Marji yang terlibat dalam penganjuran musabaqah Al Quran sejak tahun 1971 lagi.

Tuanku Bainun merupakan seorang yang aktif dalam sukan hoki.Hobi ini juga membawa jodoh baginda dengan Sultan Azlan Shah yang juga bermain sukan hoki.Pertemuan bersejarah kedua pasangan diraja ini berputik di Kirkby pada tahun 1952.

Pasukan Hoki Maktab Kirkby. Tuanku Bainun (bawah,2 dari kanan).

Tuanku Bainun merupakan Penaung Diraja Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia (PAMKM).Alumni ini amat aktif dalam negara kita. Walaupun semua alumni maktab Kirkby telah lama bersara,namun mereka masih aktif menyumbang bakti kepada masyarakat.Alumni ini sering mengadakan syarahan dan perbincangan tentang situasi bidang perguruan dalam negara.Seminar juga diakan untuk melatih guru-guru tempatan.

Tuanku Bainun bersama Alumni Maktab Kirkby,

Ketika makan malam sempena reunion Alumni Kirkby.

Perasmian Galeri khas Maktab Kirkby di UPSI.

Bersalaman bersama rakan-rakan lama baginda.

Kini,walaupun sudah 51 tahun Maktab Kirkby ditutup,tetapi ia tetap menjadi kenangan bagi mereka 


Wednesday, 6 February 2013

Senarai Ratu Dan Permaisuri Di Seluruh Dunia..

Ratu Pemerintah.

HER MAJESTY QUEEN BEATRIX ,
RATU BELANDA.
Lahir : 31 Januari 1938
Tarikh Naik Takhta : 30 April 1980.

HER MAJESTY QUEEN MARGRETHE,
RATU DENMARK.
Lahir : 16 April 1940.
Naik Takhta : 14 Januari 1972.

HER MAJESTY QUEEN ELIZABETH II,
RATU ENGLAND.
Lahir : 21 April 1926.
Naik Takhta : 6 Februari 1952.


Permaisuri Yang Sedang Bertakhta.

Her Royal Highness Queen Sabika Bint Ibrahim Al Khalifa,
PERMAISURI BAHRAIN.
Lahir : 1948.
Naik takhta : 14 Februari 2002.

Her Majesty Queen Paola,
PERMAISURI BELGIUM.
Lahir : 11 September 1937.
Naik Takhta : 9 Ogos 1993.

Her Majesty Queen Jetsun Pema Wangchuck,
PERMAISURI BHUTAN.
Lahir : 4 Jun 1990.
Naik Takhta : 13 Oktober 2011.

Duli Yang Maha Mulia Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Pengiran Mohamad Alam,
RAJA ISTERI BRUNEI DARUSSALAM.
Lahir : 7 Oktober 1946.
Naik Takhta : 4 Oktober 1967.

Her Imperial Majesty Empress Michiko 
MAHARANI JEPUN.
Lahir : 20 Oktober 1934.
Naik Takhta : 7 Januari 1989.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bainun Binti Mohamed Ali,
RAJA PERMAISURI PERAK.
Lahir : 7 November 1932.
Naik Takhta : 3 Februari 1984.

Her Majesty Queen Rania Al Abdullah,PERMAISURI JORDAN.
Lahir : 31 Ogos 1970.
Naik Takhta : 7 Februari 1999.

Her Majesty Queen 'Masenate Mohato Seeiso,
PERMAISURI LESOTHO.
Lahir : 2 June 1976.
Naik Takhta : 18 Februari 2000.

Her Serene Highness Princess Marie,
PUTERI LEICHTENSTEIN.
Lahir : 14 April 1940.
Naik Takhta : 13 November 1989.


Her Royal Highness Maria Teresa,
GRAND DUCHESS OF LUXEMBOURG.
Lahir : 22 Mac 1956.
Naik Takhta : 7 Oktober 2000.


Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Kalsom Binti Abdullah,SULTANAH PAHANG.
Lahir : 12 September 1951.
Naik Takhta : 30 September 1992.


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah Binti Hamidun,SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG MALAYSIA.
SULTANAH KEDAH.
Lahir : 15 Julai 1953.
Naik Takhta Kedah : 9 Januari 2004.
Naik Takhta Persekutuan : 13 Disember 2011.

Her Serene Highness Princess Charlene,PUTERI MONACO.
Lahir : 25 Januari 1978.
Naik Takhta : 1 Julai 2011.


Her Royal Highness Princess Lalla Salma,
PUTERI MOROCCO.
Lahir : 10 May 1978.
Naik Takhta : 21 Mac 2002.


Her Majesty Queen Sonja,
PERMAISURI NORWAY.
Lahir : 4 Julai 1937.
Naik Takhta : 17 Januari 1991.

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah,SULTANAH TERENGGANU.
Lahir : 7 Disember 1973
Naik Takhta : 12 Julai 1998.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid,RAJA PEREMPUAN PERLIS.
Lahir : 6 Jun 1946
Naik Takhta : 17 April 2000.


Her Highness Sheikha Mozah Bint nasser Al Missned,
PERMAISURI QATAR.
Lahir : 8 Ogos 1959.
Naik Takhta : 1977.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud,
TUANKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN.
Lahir : 19 June 1952.
Naik Takhta : 14 April 2009.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris,
ISTERI SULTAN JOHOR.
Lahir : 14 Ogos 1959.
Naik Takhta : 23 Januari 2010.

Her Majesty Queen Sofia,
PERMAISURI SEPANYOL.
Lahir : 2 November 1938.
Naik Takhta : 22 November 1975.

Her Majesty Queen Silvia Renata,
PERMAISURI SWEDEN.
Lahir : 23 Disember 1943.
Naik Takhta : 19 Jun 1976.

Her Majesty Queen Sirikit,
PERMAISURI THAILAND.
Lahir : 12 Ogos 1932.
Naik Takhta : 28 April 1950.

Her Majesty Queen Nanasipau'u Tuku'aho,
PERMAISURI TONGA.
Lahir : 8 Mac 1954.
Naik Takhta : 18 Mac 2012.

Mantan Permaisuri / Permaisuri Turun Takhta.


Yang Maha Mulia Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,
TENGKU AMPUAN TUA TERENGGANU.
Lahir : 13 April 1928.
Naik Takhta : 5 November 1945 - 20 September 1979.

Her Majesty Queen Ashi Tshering Yangdon ,
QUEEN MOTHER OF BHUTAN.
Lahir : 21 Jun 1959.
Naik Takhta : 24 Julai 1972 -14 Disember 2006.

Her Majesty Queen Norodom Monineath,
QUEEN MOTHER OF CAMBODIA.
Lahir : 18 June 1936.
Naik Takhta : 24 September 1993 - 7 Oktober 2004.

Her Majesty Queen Noor,
QUEEN DOWAGER OF JORDAN.
Lahir : 23 Ogos 1951.
Naik Takhta : 15 Jun 1978 - 7 Februari 1999.


Her Majesty Queen Ntombi,
QUEEN MOTHER OF SWAZILAND.
Lahir : 1950.
Naik Takhta : 1968 - 1982.
Queen Ntombi menjadi Ratu Pemerintah pada tahun 1982 sehingga 1986 berikutan anakandanya King Mwasti II belum cukup umur.Pada ketika itu, Queen Ntombi tersenarai sebagai salah seorang daripada 4 orang Ratu Pemerintah yang melayakkan nama beliau sebaris dengan Queen Elizabeth,Queen Margrethe dan Queen Beatriz.


Her Majesty Queen Halaevalu Mata'aho 'Ahome'e,
QUEEN MOTHER OF TONGA.
Lahir : 29 Mei 1926.
Naik Takhta : 16 Disember 1965 - 10 September 2006.


Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad,
MANTAN SULTANAH JOHOR.
Lahir : 5 Julai 1940.
Naik Takhta : 1981 - 2010.


Yang Maha Mulia Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,
TUNKU AMPUAN NEGERI SEMBILAN.
Lahir : 24 September 1924.
Naik Takhta : 1967 - 2008.


Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah Binti Abdul Rahman,
MANTAN TENGKU PERMAISURI SELANGOR.
Lahir : 18 November 1971.
Naik Takhta : 1988 - 21 November 2011.

Her Majesty Queen Fabiola,
QUEEN DOWAGER OF BELGIUM.
Lahir : 11 Jun 1928.
Naik Takhta : 15 Disember 1960 - 31 Julai 1993.


Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Ahmad,
MANTAN SULTANAH JOHOR.
Lahir : 1937.
Naik Takhta : 1978 - 1981.


Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid,
MANTAN RAJA PEREMPUAN KELANTAN.
Lahir : 1949.
Naik Takhta : 3 Mac 1980 - 13 Disember 2010.


Her Majesty Queen Kesang Choden Wangchuck,
QUEEN GRANDMOTHER OF BHUTAN.
Lahir : 21 Mei 1930.
Naik Takhta : 27 Oktober 1952 - 21 Julai 1972.


Permaisuri Yang Dilucutkan Takhta / Permaisuri Dalam Buangan / Permaisuri Kepada Monarki Yang Dihapuskan.


Her Imperial Majesty Empress Farah Pahlavi,
BEKAS MAHARANI IRAN.
Lahir : 14 Oktober 1938.
Naik Takhta : 21 Disember 1959 - 11 Februari 1979.
Dibuang negeri dari Iran bermula 1979 sehingga kini.


Her Majesty Queen Anne-Marie,
QUEEN OF THE HELLENES.
Lahir : 30 Ogos 1946.
Naik Takhta : 18 September 1964 - 1 Jun 1973.
Dibuang negeri dari Greece bermula 1973 sehingga kini.

Her Royal Majesty Queen Komal,
BEKAS PERMAISURI NEPAL.
Lahir : 18 Februari 1951.
Naik Takhta : 1 Jun 2001 - 28 Mei 2008.
Sistem Pemerintahan Beraja Nepal dihapuskan pada 28 Mei 2008.

Her Majesty Queen Anne,
QUEEN OF ROMANIA.
Lahir : 18 September 1923.
Pemerintahan Beraja Romania telah dihapuskan pada tahun 1947.

Her Majesty Queen Margarita,
DUCHESS OF SAXONY.
Lahir : 6 Januari 1935.
Pemerintahan Beraja Bulgaria telah dihapuskan pada tahun 1946.



Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...