Anda Pengunjung Ke :

Showing posts with label Lawatan Diraja Brunei. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Diraja Brunei. Show all posts

Saturday, 8 February 2014

Lawatan Raja-Raja Melayu ke Brunei Darussalam (Tahun 1958)- Bahagian 4.

Pada sebelah malamnya, KDYMM Sultan Brunei meraikan tetamu-tetamu baginda dalam suatu Santapan Diraja yang diadakan di dewan bankuet Istana Darul Hana. Raja-Raja Melayu berserta Permaisuri yang berangkat ke Brunei diundang ke Istiadat Santapan ini. Turut serta ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan YAB Tun Abdul Razak Hussien serta para kenamaan lain.

YTM Tunku Abdul Rahman berbual bersama YAM Tunku Aminah, Isteri Tunku Mahkota Johor.

KDYMM Sultan Brunei bersama DYMM Tengku Ampuan Jemaah dan KDYMM Sultan Pahang.

Sultan Brunei mendahului Raja-Raja menuju ke Istiadat Santapan.

Sultan Selangor dan Sultan Pahang.

Raja Perlis dan Tunku Laksamana Munawir.

Tetamu Diraja sedang menikmati hidangan.




Friday, 3 January 2014

Lawatan Raja-Raja Melayu ke Brunei Darussalam ( Tahun 1958) - Bahagian 3.

Perdana Menteri Persekutuan, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussien berangkat ke Brunei untuk bersama-sama Raja-Raja Melayu. Ketibaan Tunku disambut oleh Sultan Brunei.

Tunku Abdul Rahman memeriksan barisan kehormat.

Sultan Brunei menyambut ketibaan Tunku di Lapangan Terbang.

ISTIADAT BERKHATAN PUTERA SULTAN BRUNEI.

Raja-Raja Melayu menghadiri Istiadat Berkhatan Pengiran Muda Hassanal Bolkiah dan Pengiran Muda Mohammad Bolkiah di Istana Darul Hana. Turut berangkat Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak. Raja-Raja Melayu berkenan menepung tawar kedua putera yang bersemayam di Singgahsana Istana Darul Hana. 

Pengiran Muda Hassanal Bolkiah dan Pengiran Muda Mohammad bersemayam di Singgahsana.

Tuanku Syed Putra, Sultan Hisamuddin Alam Shah dan Sultan Abu Bakar.

Tuanku Syed Putra baru selesai menepung tawar kedua putera.

Sultan Pahang, Gabenor Sarawak dan Sultan Brunei.

Turut berangkat para permaisuri termasuk Tunku Durah, Tunku Aminah, Tengku Budriah, Tengku Azam, Tengku Ampuan Jemaah dan Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN KALI KEDUA.

Antara penerima Darjah Kerabat Brunei ialah DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dan YAM Tunku Laksamana Negeri Sembilan Tunku Munawir Ibni Tuanku Abdul Rahman. Sementara itu Tunku Abdul Rahman Putra dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Kelas Pertama manakala Tun Abdul Razak dikurniakan SPMB Kelas Kedua. Istiadat dijalankan di Istana Darul Hana.

Darjah Kerabat Brunei.

Tunku Abdul Rahman dan DYAM Raja Muda Johor Tunku Mahmood Iskandar.

Tunku Munawir dikurniakan Darjah Kerabat Brunei.

YTM Tunku Abdul Rahman dikurniakan SPMB. Turut kelihatan Tengku Ampuan Jemaah.

Permaisuri yang berangkat termasuk Tengku Budriah, Tengku Azam , Tengku Ampuan Jemaah dan Raja Isteri Pengiran Anak Damit.




Wednesday, 1 January 2014

Lawatan Raja-Raja Melayu ke Brunei (Tahun 1958)- Bahagian 2.

Setelah selesai Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Brunei, Sultan Selangor dan Sultan Pahang berangkat ke Brunei Shell Petroleum Seria Oils Fields. Baginda berdua ditemani oleh Raja Perlis dan Pemangku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru tiba ke Brunei.

Raja-Raja Melayu meninjau jentera yang memproses minyak.

DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Putra meninjau ketinggian jentera yang memproses minyak.

LAWATAN KE B.S.P. CO LTD TRADE SCHOOL.

Seterusnya baginda Raja-Raja Melayu berangkat pula ke Brunei Shell Petroleum Company Limited Trade School. Sekolah ini melatih anak-anak muda dari Brunei dan Borneo untuk bekerja di dalam bidang penghasilan dan pemprosesan minyak.

Tunku Munawir dan Tuanku Syed Putra bersuai kenal dengan pelajar-pelajar.

Sultan Hisamuddin dan Tunku Munawir melihat aktiviti yang dilakukan pelajar.

LAWATAN KE SHELL RECREATION CLUB.

Keberangkatan Raja-Raja Melayu disambut oleh ramai pekerja dari Tanah Melayu yang bekerja dengan Brunei Shell Petroleum. Baginda semua beramah mesra dan bertanya khabar dengan pekerja-pekerja berkenaan.

Sultan Abu Bakar bertanya khabar kepada pekerja Melayu di Brunei.

Sultan Hisamuddin berbual mesra dengan para pekerja.


Tunku Munawir bersalaman dengan pekerja dari Tanah Melayu yang menyambut ketibaan Raja-Raja Melayu .


Lawatan Raja-Raja Melayu ke Brunei Darussalam (Tahun 1958).

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Selamat menempuh tahun baru 2014. Semoga kita mendapat rahmat dan hidayah daripada Nya sepanjang tahun 2014 ini. Post pertama pada tahun baru ini merupakan post yang agak istimewa. Mengimbau kembali kenangan Raja-Raja Melayu pada awal kemerdekaan negara.

Pada tahun 1958, Raja-Raja Melayu telah berangkat ke Negara Brunei Darussalam untuk meraikan Hari Keputeraan Sultan Brunei yang ke 42. Raja-Raja Melayu telah diundang oleh Sultan Brunei ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Sir Omar Ali Saiffuddien Sa'adul Khairi Waddien. Antara Raja Melayu yang berangkat ke Brunei ialah DYMM Sultan Selangor, KDYMM Sultan Pahang, DYMM Raja Perlis, DYAM Tengku Mahkota Johor dan YAM Tunku Laksamana Negeri Sembilan. Turut berangkat ialah Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj dan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussien.

ISTIADAT MEMERIKSA BARISAN KEHORMAT .

Sempena Hari Keputeraan ke 42, Sultan Brunei berkenan untuk memeriksa barisan kehormat daripada Askar Melayu Diraja Brunei dan lain-lain anggota beruniform di negara itu. Dalam istiadat itu, turut berangkat ialah DYMM Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar, DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Timbalan Ketua Menteri Singapura Dato' Abdul Hamid Jumaat dan Gabenor Negeri Sarawak.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Omar Ali Saifuddien menerima tabik hormat.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Hisamuddin Alam Shah menyaksikan perbarisan kehormat.

Turut berangkat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah.

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN BRUNEI.

Setelah selesai Istiadat Perbarisan Kehormat, Sultan Brunei berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran negara Brunei kepada penerima-penerima terpilih di Istana Darul Hana. Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Brunei kepada Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Tunku Mahkota Johor.

KDYMM Sultan Omar Ali Saifuddien memberi ucapan di atas singgahsana Istana Darul Hana.

KDYMM Sultan Pahang dan Gabenor Sarawak.

DYAM Tunku Mahkota Ismail dan DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Permaisuri negara Brunei,Paduka Seri Suri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit Binti Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Anak Abdul Rahman, DYMM Tengku Ampuan Selangor Tengku Ampuan Jemaah dan YAM Tengku Azam, isteri Sultan Pahang.

KDYMM Sultan Pahang dikurniakan Darjah Kerabat Brunei.

DYMM Sultan Selangor dikurniakan Darjah Kerabat Brunei.

DYAM Tunku Mahkota Johor dikurniakan Darjah Kerabat Brunei.




Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...