Anda Pengunjung Ke :

Showing posts with label Sultan Pahang. Show all posts
Showing posts with label Sultan Pahang. Show all posts

Saturday, 19 December 2015

Darjah Kebesaran British Yang Diterima Raja-Raja Melayu.


KNIGHT GRAND CROSS OF THE MOST HONORABLE ORDER OF THE BATH

( G.C.B. )






Penerima :

1. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, G.C.B.
( 22. Februari- 1972 ).

2. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, G.C.B., K.S.tJ.
( 14- Oktober- 1989 ).

3. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, G.C.B.
( 14- October- 1998 ).

KNIGHT GRAND CROSS OF THE MOST DISTINGUISHED ORDER OF SAINT MICHAEL AND SAINT GEORGE
( G.C.M.G. )


Penerima : 

1. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Almarhum Dato' Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, G.C.M.G., K.C.S.I.
( 20- Mac- 1876 ).

2. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar, G.C.M.G., K.C.M.G., G.C.V.O.
( 20- Mac- 1901 ).

3. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Sir Ibrahim Al-Mahsyur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, G.C.M.G., K.C.M.G.
( 1- Januari- 1916 ).

4. Almarhum Duli Yang Maha Mulia  Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah AlHaj Ibni Almarhum Yang Di-Pertuan Muda Musa, G.C.M.G., K.C.M.G., K.C.V.O.
( 3- Jun- 1929 ).

5. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhammad Ibni Almarhum Tuanku Antah, G.C.M.G., K.C.M.G., K.C.V.O.
( 1- Januari- 1931 ).

6. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Sir Iskandar Shah Al-Kaddasullah Ibni Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah, G.C.M.G., K.C.M.G., K.C.V.O.
( 19- Jun- 1933 ).

7.  Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darul Naim Sultan Sir Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, G.C.M.G.
( 5- Jun- 1952 ).

8. Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Darul Makmur Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Abdullah Al-Muhtasim Billah Shah, G.C.M.G., K.C.M.G.
( 1- Jun- 1953 ).

9. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Sir Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, G.C.M.G., K.C.M.G.
( 1- Januari- 1957 ).

KNIGHT GRAND CROSS OF THE ROYAL VICTORIAN ORDER( G.C.V.O.)



1. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar, G.C.M.G., K.C.M.G., G.C.V.O.
( 3- Jun- 1913 ).

KNIGHT COMMANDER OF THE ROYAL VICTORIAN ORDER
( K.C.V.O. )


1. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Sir Iskandar Shah Al-Kaddasullah Ibni Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah, G.C.M.G., K.C.M.G., K.C.V.O.
( 25- Jun- 1924 ).

2. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhammad Ibni Almarhum Tuanku Antah, G.C.M.G., K.C.M.G., K.C.V.O.
( 10- Julai- 1925 ).

3. Almarhum Duli Yang Maha Mulia  Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah AlHaj Ibni Almarhum Yang Di-Pertuan Muda Musa, G.C.M.G., K.C.M.G., K.C.V.O.
( 27- Oktober- 1936 ).

KNIGHT OF JUSTICE OF THE MOST VENERABLE ORDER OF THE HOSPITAL OF SAINT JOHN OF JERUSALEM( K.St.J. )


1. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, G.C.B., K.St.J.
( 14- September- 1972 ).

2. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, G.C.B., K.St.J.
( 20- Mac- 1990 ).

3. Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.St.J.
( 20- Mac- 1990 ).

KNIGHT COMMANDER OF THE MOST EXALTED ORDER OF THE STAR OF INDIA 
( K.C.S.I. )



1. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Almarhum Dato' Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, G.C.M.G., K.C.S.I.
( 17- September- 1866 ).

Tuesday, 14 July 2015

Kad Raya Sultan Pahang 2015.

Kad Hari Raya Aidilfitri kurniaan KDYMM Sultan Pahang Darul Makmur Sultan Haji Ahmad Shah Al Mus'tain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan DYMM Sultanah Pahang Darul Makmur Sultanah Hajah Kalsom. 






Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Wednesday, 9 July 2014

Tengku Hajah Azam Mangkat..


Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tengku Hajah Azam Binti Almarhum Tengku Umar, AMN,PJK telah mangkat pada pukul 6.35 pagi di Hospital Gleneagles Intan Ampang. Almarhum mangkat pada usia 92 tahun. Almarhum merupakan balu kepada Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah dan merupakan bonda tiri kepada KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah. 

Almarhum Tengku Hajah Azam diputerikan pada tahun 1922 di Pekan Pahang. Almarhum merupakan anakanda kepada Yang Amat Mulia Tengku Setia Diraja Tengku Umar Ibni Almarhum Sultan Sir Ahmad Muazzam Shah dan isterinya YM Che Engku Umaiyah Binti Tun Mansur. Almarhum merupakan adinda kepada Almarhum Tengku Tengah Zaharah Binti Almarhum Tengku Umar yang merupakan nenda kepada KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. 

Bersama Almarhum suami.

Almarhum Tengku Hajah Azam mendirikan rumah tangga dengan Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai isteri ketiga pada tahun 1938 di Pekan Lama ketika berusia 16 tahun. Almarhum mempunyai 13 orang cahaya mata, 6 putera dan 7 puteri. 

Jenazah Almarhum Tengku Hajah Azam akan dimakamkan di Makam Diraja Pekan Lama,Pekan Pahang pada selepas solat Asar hari Rabu, 9 Julai 2014. Al Fatihah untuk Almarhum. Setinggi-tinggi ucapan takziah buat seluruh keluarga Diraja Pahang Darul Makmur.

Tengku Azam(dua dari kanan) bersama Almarhum Tengku Budriah,Almarhum Tengku Ampuan Jemaah dan isteri Sultan Brunei.

Thursday, 12 June 2014

Grace Kelly Malaysia: YH Dato' Sri Maria Menado.

Yang Hormat Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado,
S.S.A.P., S.I.M.P.

Grace Kelly Malaysia... Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Primadona Filem Melayu, Yang Hormat Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee. 


Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria Menado merupakan pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem Hindi apabila berlakon di samping Shammi Kapoor dalam filem bertajuk " Singapore". Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia seni, beliau telah berlakon lebih 20 filem. Beliau juga merupakan penerbit filem wanita Melayu pertama apabila menubuhkan Maria Menado Production.

Kejelitaan beliau yang berwajah Pan Asian itu bertambah mashyur apabila diberi gelaran "Wanita Terjelita Malaya" oleh Times Magazine serta "Wanita Berpakaian Paling Menarik di Asia Tenggara" oleh United Press International . Nama Maria diambil dari peristiwa Natrah yang berlaku di Singapura sewaktu tahun 1950an. Maria Menado mengambil nama sebenar Natrah iaitu Maria Hertogh dan Menado pula nama tempat beliau dilahirkan. 


Sudah ditakdirkan jodoh beliau bersama seorang Raja setelah bercarai dengan suami pertamanya pada tahun 1961. Pada tahun 1963, beliau dilamar oleh Sultan Pahang, KDYMM Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin untuk dijadikan isteri. Maria Menado berkahwin pada usia 31 tahun bersama Almarhum Sultan Abu Bakar. Selepas berkahwin, beliau menginap di Istana Seri Melati di Pekan Pahang. Selepas bergelar Permaisuri kepada Sultan Pahang, beliau bersara dari dunia seni yang diceburinya selama 12 tahun. Di atas titah Sultan Pahang juga, filem-filem lakonan Maria Menado tidak dibenarkan untuk ditayangkan di negeri Pahang.


Perkahwinan beliau bersama Almarhum Sultan dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri iaitu YAM Tengku Idris Sultan Abu Bakar, YAM Tengku Baharuddin Sultan Abu Bakar dan YAM Tengku Norashikin Sultan Abu Bakar. Selepas kemangkatan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar pada tahun 1974, Maria Menado berpindah ke Kuala Lumpur. Ketika itu, beliau memohon perkenan Sultan Pahang yang baru, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah untuk menayangkan kembali filem-filem lakonan beliau dan baginda memberi perkenan. Namun amat malang apabila mengetahui pemilik Cathay Keris telah membuang kesemua filem-filemnya ke dalam sebuah lombong. 

Maria Menado bertemu jodoh buat kali ketiga dengan seorang ahli perniagaan bernama Datuk Dr Hussain Yusuf pada tahun 1978 pada tahun 46 tahun. Sehingga kini, nama Maria Menado masih dianggap sebagai Primadona Filem Melayu dan merupakan nama besar dalam industri seni negara. Dari seorang pelakon terkenal kepada seorang permaisuri, itulah takdir Dato' Maria Menado, tak ubah seperti Grace Kelly yang dilamar His Serene Highness Prince of Monaco suatu masa dulu. Kini, di usia 82 tahun, Maria Menado menjalani kehidupannya dengan penuh ketenangan bersama kenangan beliau dengan Almarhum Sultan. Semoga Primadona Dato' Maria Menado senantiasa dirahmati Allah selalu.



Thursday, 23 January 2014

WAJAH-WAJAH : Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Afzan.

Segmen WAJAH-WAJAH kali ini menampilkan pasangan DiRaja daripada negeri Pahang Darul Makmur. Pasangan ini menaiki takhta persekutuan sebagai Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke 7. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Almustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muazzam Shah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Afzan Binti Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad menaiki takhta persekutuan bermula 29 Mac 1979 hingga 25 April 1984. Baginda berdua bertemu jodoh pada 22 April 1944. Pasangan ini dikurniakan 2 putera dan 5 puteri. Menaiki takhta negeri Pahang Darul Makmur setelah kemangkatan Sultan Abu Bakar pada 7 Mei 1974. Tengku Ampuan Afzan mangkat pada 29 Jun 1988 pada usia 55 tahun akibat kanser.  Sultan Ahmad Shah telah berkahwin sekali lagi dan isteri kedua baginda itu dikurniakan gelaran DYMM Sultanah Hajah Kalsom. 


Potret rasmi sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 7.

Baginda berdua menghadiri Majlis Angkatan Tentera. Turut kelihatan Tun Musa Hitam yang ketika itu Menteri Kabinet.


Baginda berdua bergambar di Istana Negara.

Baginda berdua bergambar di hadapan Singgahsana Istana Abu Bakar Pekan Pahang.

Baginda berdua rajin mencemar duli melawat rakyat di seluruh ceruk rantau negeri Pahang.

Baginda berdua sewaktu zaman muda menghadiri suatu majlis.

Baginda berdua bersama DYTM Tuanku Syed Sirajuddin(Raja Muda Perlis ketika itu) semasa membuat lawatan rasmi ke negeri Perlis. 

Potret baginda berdua sebagai KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM Tengku Ampuan Pahang Darul Makmur.

Tuanku berdua di atas Singgahsana Istana Negara sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 7.

Baginda berdua bersama Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Hajah Fatimah Binti Almarhum Sultan Sir Alang Iskandar Shah yang merupakan Paduka Bonda kepada Sultan Ahmad Shah. Tengku Ampuan Fatimah juga merupakan kekanda kepada Sultan Perak DYMM Sultan Idris Shah II.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...