Anda Pengunjung Ke :

Monday, 22 June 2015

5 Ramadan 1422 Hijrah : Kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Salahuddin.


Pada tarikh 5 Ramadan 1422 Hijrah bersamaan 21 November 2001, negara menerima berita sedih kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah AlHaj. Baginda yang merupakan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke 11 dan merupakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ke 8. 

Baginda mangkat pada pukul 11.57 pagi di Pusat Perubatan Gleneagles Intan,Jalan Ampang pada usia 75 tahun. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad menerusi siaran televisyen dan radio. Beliau mengumumkan negara berkabung selama 7 hari dan meminta bendera dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh itu. 

Tuanku Salahuddin merupakan Yang Di Pertuan Agong keempat mangkat ketika bertakhta. Ayahanda baginda Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj juga mangkat ketika menjadi Yang Di Pertuan Agong. Baginda dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU) sekembalinya dari mendapatkan rawatan di Singapura.  Baginda sebelum itu dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth selama 2 bulan untuk mendapatkan rawatan setelah menjalani satu pembedahan kecil pada 6 Oktober 2001.

Baginda meninggalkan seorang balu, Seri Paduka Baginda Tuanku Siti Aishah yang dikahwini baginda pada 1990. Jawatan Sultan Selangor diisi oleh anakanda sulung baginda Tengku Idris Shah yang kemudiannya bergelar Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah. Almarhum dikenali sebagai seorang yang sangat penyayang dan merupakan sultan yang popular di kalangan rakyat. Cinta dan kasih baginda pada rakyatnya tidak berbelah bahagi. 

Almarhum Tuanku Salahuddin dimakamkan di Makam DiRaja Klang,Perkarangan Masjid Sultan Sulaiman dengan penuh adat istiadat diraja. Al Fatihah untuk Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj.


DSC_0009.jpg

DSC_3797.jpg
Sultan Ismail Petra, Sultan Azlan, Tengku Abdullah, Tunku Naqiyuddin dan Tengku Faris Petra.


DSC_0042.jpg

DSC_0033.jpg
Jenazah Almarhum disemayamkan di tengah-tengah balairong seri Istana Alam Shah.

AGONG
Sultan Selangor yang baru mengangkat sumpah di hadapan jenazah Almarhum.

MANGKAT

JENAZAH

AGUNG MANGKAT


KEMANGKATAN DYMM AGONG
Sultan Hassanal Bolkiah menziarahi Almarhum.

AGUNG MANGKAT
Timbalan Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan, Tengku Ahmad Shah, Tengku Idris Shah, Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah dan Tuanku Siti Aishah.

Pemaisuri
Tuanku Siti Aishah ditemani oleh Dr.Siti Hasmah yang sedang membaca Yassin.

AGUNG MANGKAT
Tengku Idris Shah mengelap air mata sambil ditemani oleh Dr Mahathir.

MALAYSIA KING

JENAZAH SULTAN SALAHHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Solat jenazah diadakan di Masjid Negara.

KEMANGKATAN DYMM AGONG
Tuanku Siti Aishah menabur bunga di pusara Almarhum.

KEMANGKATAN DYMM AGONG
Raja-Raja Melayu yang berangkat Sultan Sharafuddin, Sultan Mizan, Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Ismail Petra, Sultan Azlan Shah dan Tengku Mahkota Pahang.

PERMAISURI MAKAM1.jpg
Balu Almarhum, Tuanku Siti Aishah diapit oleh Tengku Raudzah, Tengku Anis, Tengku Ampuan Bariah dan Tuanku Bainun.



sumber : utusan melayu.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...