Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 29 January 2013

Permaisuri Srikandi..



Yang Maha Mulia Tuanku Puan Besar Hajah Kurshiah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,D.K.N.S.,D.M.N.,S.M.N.,D.K.(Kedah).1911-1999.
DYMM Tuanku Ampuan Negeri Sembilan (1934-1960).
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (1957-1960).

Kebanyakan dari kita tentu kurang mengenali dengan lebih dekat siapakah gerangan Tuanku Puan Besar Kurshiah ini.Generasi hari ini hanya mengetahui bahawa baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Pertama negara kita.Namun,baginda lebih dari seorang Permaisuri.Baginda adalah salah seorang pejuang kemerdekaan dan pejuang wanita yang berjiwa kental.Jika Allahyarham Tun Fatimah Hashim digelar Srikandi Negara kita,sewajarnya jugalah gelaran Permaisuri Srikandi diberikan kepada Tuanku Kurshiah atas pengorbanan dan sumbangan baginda kepada negara kita.

Sejurus sahaja baginda ditabalkan sebagai Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada 25 April 1934,baginda telah menubuhkan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam.Asas penubuhan lembaga ini adalah kerana baginda sering mendapat aduan dan rayuan daripada kaum ibu akan masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian.

Tuanku Kurshiah berangkat ke Istiadat Pertabalan Tuanku Muawir sebagai Yang Dipertuan Besar.

Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan,Tuanku Kurshiah banyak membantu mempersediakan mental dan fizikal wanita Malaya supaya seiring dengan kemerdekaan yang akan dicapai.Maka terhasillah Institut Wanita Negeri Sembilan yang dinaungi baginda semasa baginda bergelar Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1954.Sewaktu Almarhum Tunku Abdul Rahman dan rombongannya hendak ke England untuk menuntut kemerdekaan daripada British,Tuanku Kurshiah merupakan salah seorang dari ribuan wanita yang melucutkan gelang-gelang tangan baginda untuk membiayai pemergian Almarhum Tunku Abdul Rahman dan rombongannya ke London.Tindakan baginda ini telah menyemarakkan lagi semangat warga tanah air kita untuk mencapai kemerdekaan.

Mengiringi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Sultanah Zanariah.

Baginda ketika berusia 88 tahun.

Selepas negara kita diberi kemerdekaan,Tuanku Kurshiah bertuah kerana suami baginda dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang pertama.Kedudukan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong memudahkan baginda untuk merancang pelbagai aktiviti untuk memperkasakan kaum wanita.Baginda telah mengumpulkan wanita-wanita dari seluruh negara,maka lahirlah Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia di Istana Negara pada tahun 1960.



Lembaga Kebajikan Perempuan Malaysia atau LKPIM telah diluluskan pendaftarannya pada 17 Oktober 1961.Maka bermula dari sini LKPIM di bawah pengelolan Tuanku Kurshiah menjalankan tugasnya membantu para ibu di serata ceruk negara. Selain itu,pergerakan Puteri Islam juga dipelopori oleh Tuanku Kurshiah.Puteri Islam dilancarkan secara rasminya oleh Raja Permaisuri Agong ke 7 Tengku Ampuan Afzan pada 17 Jun 1981.



Kini nama Tuanku Kurshiah telah diabadikan di Ibu Pejabat LKPIM di Kuala Lumpur yang diberikan nama Bangunan Tuanku Puan Besar Kurshiah.Baginda telah mangkat hampir 14 tahun.Namun jasa dan pengorbanan baginda dalam mempertingkat taraf sosial rakyat negara kita akan dikenang sampai bila-bila. AL FATIHAH .

Thursday 24 January 2013

Maharani Farah Pahlavi: Maharani Dalam Buangan.


WARISAN PERMAISURI rasa terpanggil untuk menceritakan kisah hidup Farah Pahlavi selepas menonton sebuah dokumentari " The Queen and I" yang mengisahkan perjalanan hidup beliau selepas dibuang negeri bersama suaminya Maharaja Mohammad Reza Pahlavi pada tahun 1979.

Gelaran penuh beliau ialah HER IMPERIAL MAJESTY THE SHAHBANOU OF IRAN EMPRESS FARAH PAHLAVI,
Order of The Pleiades(Iran),Member Of The Royal Order Of  Seraphim(Sweden),Knight Of The Order Of The Elephant(Denmark),Knight Grand Cross Of The Order of The Netherlands Lions(Netherlands),Grand Cross Of The Legion d'Honneur(France),Dame Grand Cross Of The Order of the Queen of Sheba(Ethiopia),Grand Cross of the Order of Leopold(Belgium),Grand Cross Of The Order Of Saint Olav(Norway),Grand Cordon Of The Order Of Independence(Tunisia),Grand Cross Of The Order of the Southern Cross(Brazil),Grand Cross Of The Order Of The Liberator General San Martin(Argentina),Member 1st Class of the Order of the Yugoslav Star(Yugoslavia),Grand Star of The Decorations of Honour for Services to the Republic of Austria(Austria),Grand Cross Special Class of the Order of Merit of the Federal Republic of Germany(Germany),Member 1st Class Of The Order of Khorshid(Iran),Member Of The Order of the Crown of the Realm(Malaysia),Grand Cordon (1st Class) of The Order of The Precious Crown(Japan),Knight Of The Order Of The Royal House Of Chakri(Thailand),Dame of The Collar of the Order of Isabella the Catholic(Spain),Knight Grand Cross with Collar of the Order of Merit of the Italian Republic(Italy),Order Of Smile(Poland).


Dilahirkan sebagai Farah Diba pada 14 Oktober 1938,di Tehran dan berasal dari golongan atasan.Beliau merupakan bekas Permaisuri dan Maharani Iran.Merupakan balu kepada Allahyarham Maharaja Mohammad Reza Pahlavi dan merupakan satu-satunya wanita yang memegang jawatan Maharani semenjak pemerintahan pra Islam di Iran.Beliau menjadi Permaisuri Iran pada tahun 1959 sehingga 1967 dan menjadi Maharani bermula tahun 1967 sehingga tahun beliau dibuang dari Iran iaitu 1979.Walaupun pangkat keluarga diraja Iran telah dihapuskan oleh Kerajaan Islam Iran,sebagai bekas Maharani,beliau masih digelar sebagai " Her Imperial Majesty The Shahbanou (Empress/Maharani) Of Iran dan mengikut kepada protokol antarabangsa.Sebagai contoh,Amerika Syarikat,Denmark,Sepanyol,dan Jerman masih menggelarkan beliau sebagai Maharani Iran dalam dokumen-dokumen rasmi seperti senarai tetamu perkahwinan diraja.Farah Pahlavi telah dikurniakan dengan pelbagai darjah kebesaran dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia iaitu Darjah Seri Utama Mahkota Negara (D.M.N.) yang dikurniakan oleh Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin,Yang Di Pertuan Agong ke 4 semasa lawatan beliau dan suaminya ke Malaysia pada tahun 1968.Beliau juga memiliki keistimewaan di dalam negara-negara yang pernah mengurniakan darjah kebesaran kepadanya.

Memakai set penuh Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) sewaktu melawat Malaysia.

Beliau merupakan satu-satunya puteri kepada Kapten Sohrab Diba dan Farideh Ghotbi.Ayah Farah Pahlavi berasal daripada keturunan Azerbaijan.Sementara ibunya pula berketurunan Lahijan yang berasal dari kawasan pantai Laut Kaspian.Farah Pahlavi berasal dari keluarga yang mewah dan berpengaruh.Pada lewat kurun ke 19,datuk beliau menjadi seorang Diplomat ,berkhidmat sebagai Duta Iran ke Romanov,Moscow Rusia.Ayahnya pula merupakan pegawai Tentera Diraja Iran dan merupakan seorang lulusan Akademi Ketenteraan Perancis di St. Cyr. Farah Pahlavi sememangnya rapat dengan ayahnya.Namun kematian ayahnya secara mengejut pada tahun 1948 telah memberi kesan kepada Farah yang baru berusia 10 tahun ketika itu.Keluarganya pula menghadapi masalah kewangan sejurus selepas ayahnya meninggal dunia.Mereka sekeluarga terpaksa berpindah dari vila mewah mereka di Utara Tehran ke sebuah pangsapuri yang terpaksa dikongsi bersama bapa saudaranya.


Farah Pahlavi memulakan pendidikan beliau di Tehran Italian School ,seterusnya berpindah ke French Jeanne d'Arc School dan kemudian ke Lycee Razi.Beliau merupakan seorang atlet ketika zaman persekolahannya dan merupakan Kapten pasukan bola jaring sekolah.Beliau seterusnya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Ecole Speciale d'Architecture di Paris,dimana beliau merupakan pelajar Albert Besson.Kebanyakan pelajar Iran yang berada di luar negara pada ketika itu bergantung kepada biasiswa kerajaan.Selalunya apabila Maharaja Iran membuat lawatan ke negara luar,beliau akan membuat perjumpaan dengan pelajar Iran.Farah Pahlavi pertama kali diperkenalkan kepada Mohammad Reza Pahlavi  ialah ketika perjumpaan di Kedutaan Iran di Paris pada tahun 1959.Selepas pulang ke Tehran pada musim panas tahun 1959,Farah dan Reza Pahlavi mulai rapat.Pasangan ini memaklumkan tentang pertunangan mereka pada 23 November 1959.



Farah mendirikan rumah tangga bersama Shah Mohamad Reza Pahlavi pada 21 Disember 1959 pada usia 21 tahun.Manakala Reza Pahlavi sudahpun berusia 40 tahun.Farah pada ketika itu menjadi bualan seluruh dunia dan perkahwinan mereka berdua mendapat perhatian media seluruh dunia.Gaun yang dipakainya di buat oleh Yves St Laurent,seorang pereka Dior dan beliau memakai Tiara Berlian Noor-ol Ain .Pasangan diraja ini dikurniakan dengan 2 orang putera dan 2 orang puteri:
His Imperial Highness Putera Mahkota Reza Pahlavi (lahir 31 Oktober 1960)
Her Imperial Higness Puteri Farahnaz Pahlavi (lahir 12 Mac 1963)
His Imperial Highness Putera Ali Reza Pahlavi (28 April 1966 - 4 Januari 2011)
Her Imperial Highness Puteri Leila Pahlavi (27 Mac 1970 - 10 Jun 2001).


Pada awalnya,tugas Farah sebagai seorang permaisuri adalah melahirkan zuriat lelaki untuk menjadi pewaris takhta Iran.Namun,selepas lahirnya Putera Mahkota,maka Farah bebas untuk menghabiskan masanya menghadiri majlis-majlis rasmi dan keraian.Farah pada mulanya hanya aktif dalam menghadiri dan merasmikan majlis-majlis,namun apabila masa berlalu maka peranannya menjadi lebih penting.Beliau secara aktif berperanan dalam memelihara hak wanita dan pembangunan budaya.Seterusnya beliau menjadi penaung kepada 24 persatuan pendidikan,kesihatan dan kebudayaan.Pada Istiadat kemahkotaan tahun 1967,Farah Pahlavi dimahkotakan sebagai Shahbanou atau Maharani Iran Moden.Suami beliau juga menamakan beliau sebagai Pemangku Maharaja jika sekiranya Maharaja Reza Pahlavi mangkat sebelum Putera Mahkota memcecah usia 21 tahun.Namun,menamakan wanita sebagai Pemangku Raja merupakan sesuatu yang di luar kebiasaan untuk Monarki Timur Tengah.


Pada awal tahun 1978,faktor yang menyumbang kepada ketidakpuasaan hati rakyat terhadap sistem beraja di Iran semakin ketara.Semakin hari rasa tidak puas hati makin memuncak yang kemudiannya membawa kepada tercetusnya demonstrasi membantah pemerintahan beraja.Rasa tidak senang semakin dirasai.Dalam keadaan ini,kebanyakan aktiviti rasmi Maharani terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan.Penghujung tahun 1978,keadaan politik Iran semakin tenat.Rusuhan dan kekacauan semakin membimbangkan.Keadaan ini memuncak pada bulan Januari 1979.Kerajaan telah menggubal undang-undang tentera di bandar-bandar utama Iran dan negara berada di ambang revolusi.Pada waktu ini,sebagai respon kepada bantahan-bantahan ganas,Maharaja dan Maharani Farah mahu meninggalkan negara Iran.Kedua mereka meninggalkan Iran menggunakan pesawat pada 16 Januari 1979.

Farah Pahlavi dan suami beliau bergambar di hadapan singgahsana Istana Selangor bersama Sultan Salahuddin dan Tengku Ampuan Rahimah.

Persoalan ke manakah Maharaja dan Maharani akan pergi setelah meninggalkan Iran menjadi topik perbincangan antara kaum kerabat dan penasihat diraja.Semasa pemerintahannya,Maharaja Reza Pahlavi telah mengekalkan hubungan yang akrab dengan Presiden Mesir Anwar El Sadat dan Maharani Farah juga bersahabat baik dengan isteri Presiden Mesir,Jehan El Sadat.Presiden Mesir menjemput mereka untuk tinggal di Mesir dan mereka bersetuju.Disebabkan keadaan politik yang tidak menentu di Iran,banyak kerajaan,termasuk yang rapat dengan Monarki Iran sebelum ini,melihat kehadiran Maharaja Reza dan Maharani Farah ke negara mereka sebagai liabiliti.Pasangan diraja ini menyedari akan hal tersebut.Mereka menyedari akan bahaya yang mereka bawa kepada negara tempat mereka berlindung.Akhirnya,Maharaja Reza dan Maharani Farah meninggalkan Mesir,memulakan perjalanan selama 14 bulan untuk mencari perlindungan kekal dan perjalanan ini membawa mereka melalui banyak negara berbeza.Selepas Mesir,mereka ke Maghribi ,di mana mereka telah diterima menjadi tetamu Raja Hassan II.


Selepas meninggalkan Maghribi,Maharaja Reza dan Maharani Farah diberi perlindungan sementara di Bahamas.Mereka dibenar untuk tinggal di sebuah pantai di Pulau Paradise.Maharani Farah melabelkan masa itu sebagai waktu paling gelap dalam hidupnya.Selepas visa Bahamas mereka tamat tempoh dan tidak diperbaharui,mereka membuat rayuan kepada Mexico dan rayuan mereka diterima.Pasangan ini telah menyewa sebuah villa di Cuernavaca berdekatan Bandar Mexico. Selepas meninggalkan negara Mesir,tahap kesihatan Maharaja Reza semakin menurun.Beliau selama ini bertarung dengan penyakit "non-Hodgkin's Lymphoma".Memandangkan penyakit suami beliau semakin teruk,Maharani Farah membawa suaminya ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan.Kehadiran pasangan ini ke Amerika memburukkan lagi hubungan antara Washington dengan Pencetus Revolusi di Tehran.Walaupun Maharaja Reza berada di Amerika untuk tujuan perubatan,tetapi ini menjadi titik permulaan permusuhan yang lebih teruk antara kedua negara.Akhirnya,keadaan ini membawa kepada serangan dan Kedutaan Amerika Syarikat di Iran telah diambil alih oleh Pencetus Revolusi.Krisis ini dikenali sebagai Krisis Tebusan Iran.Dalam keadaan yang semakin meruncing ini,Maharaja dan Maharani Farah tidak dibenarkan lagi untuk tinggal di Amerika Syarikat.Sejurus sahaja mendapat rawatan asas,mereka terpaksa meninggalkan Amerika dan menuju ke Pulau Contadora di Panama.Semasa di Panama,timbul pula spekulasi bahawa kerajaan Panama mahu mencari dan menangkap Maharaja Reza dan membawa beliau ke Iran.Lalu,pasangan ini membuat rayuan kepada Presiden Anwar Al Sadat untuk kembali ke Mesir.Rayuan mereka diterima dan mereka kembali ke Mesir pada Mac 1980 .Maharaja Reza Pahlavi mangkat empat bulan kemudian iaitu pada 27 Julai 1980 pada usia 61 tahun.



Selepas kemangkatan Maharaja Reza,Maharani Farah kekal tinggal di Mesir selama 2 tahun.Presiden Sadat memberi Maharani Farah dan keluarganya tinggal di Istana Koubbeh di Kaherah.Beberapa bulan selepas pembunuhan Presiden Sadat pada Oktober 1981,Maharani Farah dan keluarganya keluar dari Mesir.Presiden Donald Reagen memaklumkan bahawa Maharani Farah amat dialu-alukan untuk tinggal di Amerika Syarikat.Pada mulanya beliau menetap di Williamstown,Massachusetts tetapi kemudian berpindah ke Greenwich,Connecticut.Selepas kematian anakanda beliau Puteri Leila pada 2001,beliau membeli sebuah rumah yang lebih kecil di Potomac,Maryland berhampiran Washington D.C. untuk berada lebih dekat dengan anakanda dan cucunda beliau.Maharani Farah membahagikan masanya antara Washington dan Paris.Beliau juga membuat umrah pada bulan Julai setiap tahun dan menziarah ke Makam Maharaja Reza di Masjid Al Rifa'i di Kaherah.



Kini,Maharani Farah banyak menyokong badan-badan amal,termasuk "Annual Alzheimer Gala IFRAD ( International Fund Raising for Alzheimer Disease) yang diadakan di Paris.Maharani juga kerap memunculkan diri di majlis diraja antaranya Perkahwinan Putera Monaco Albert II pada tahun 2011,Perkahwinan Putera Mahkota Frederik dari Denmark pada tahun 2004,dan perkahwinan Putera Nikolaos dari Greece dan Denmark pada 2010.



Maharani Farah mempunyai 3 orang cucunda melalui anakandanya Putera Reza dan isterinya Yasmine.Mereka ialah Puteri Noor(3 April 1992),Puteri Iman(12 September 1993),dan Puteri Farah(17 Januari 2004).Beliau juga mempunyai lagi seorang cucunda melalui anakandanya Allahyarham Ali Reza dan isterinya Raha Didevar iaitu Puteri Iryana Leila(26 Julai 2011).

Farah Pahlavi bersama YTM Tunku Abdul Rahman Putra ketika suami beliau Maharaja Shah Reza menerima Ijazah Kehormat Universiti Malaya.



Pada tahun 2003,Maharani Farah menulis sebuah buku yang berkisar tentang perkahwinan beliau dengan suaminya .Buku itu bertajuk "An Enduring Love : My Life With The Shah"Penerbitan buku ini menarik minat antarabangsa.Buku ini merupakan buku terlaris di Eropah.Buku ini mendapat pujian di antara pengamal media antarabangsa.Kini,Maharani Farah telah berusia 82 tahun dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama ahli keluarganya dan juga majlis-majlis amal.Sesekali hatinya akan terusik apabila mengenangkan kampung halamannya di Iran.



Berikut antara gambar kenangan Maharani Farah Pahlavi :


Ketika kemahkotaan sebagai Maharani Iran.




Bersama Almarhum Sultan Idris Shah ketika mengadakan lawatan ke Negeri Perak.
Allahyarham Maharaja Mohamad Reza Pahlavi dan Maharani Farah Pahlavi.
Bersama anakanda dan cucunda beliau.

Monday 21 January 2013

SUSUNAN KEKANANAN YANG DI-PERTUAN AGONG,RAJA-RAJA,DAN YANG DIPERTUA NEGERI.



SENARAI SUSUNAN KEKANANAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA, DAN TUAN-TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA-YANG DIPERTUA NEGERI.

1. SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA XIV

Duli Yang Maha Mulia Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K. (Brunei), D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John., Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan).
Naik takhta Kedah Darul Aman pada 15 Julai 1958 dan ditabal pada 20 Februari 1959.

2. SULTAN PAHANG DARUL MAKMUR.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mu'adzam Shah,
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B., D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia), Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya), LLD hc (Northrop, USA), Hon.D.Sc. (Bedfordshire, UK.), Hon. PhD. (Civil Engineering) Universiti Malaysia Pahang).
Naik takhta Pahang Darul Makmur pada 7 Mei 1974 dan ditabal pada 6 Mei 1975.

3. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarrullahu-lah,
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.A., D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Pahang), S.S.M., P.M.N., P.S.M., S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P., S.I.M.P., Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (U.K.), The Bintang ADI PURNA (Republic of Indonesia), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Grand Order of Mugunghwa (Republic of Korea), Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum and Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Japan), Civil Order, 1st. Class (Oman), Grand Cross Special Class of the Order of Merit of the Federal Republic of Germany (Germany), Orden Al-Merito De Chile (Republic of Chile), and Order of Hussein ibni Ali (Qiladah Al-Hussein bin Ali,Jordan.
Naik takhta Perak Darul Ridzuan pada 3 Februari 1984 dan ditabal pada 9 Disember 1985.

4. SULTAN TERENGGANU DARUL IMAN

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah,
D.K.T., D.K.R., D.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia).
Naik takhta Terengganu Darul Iman pada 15 Mei 1998 dan ditabal pada 4 Mac 1999.

5. RAJA PERLIS INDERA KAYANGAN.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L'Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L'Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra (Arab Saudi), Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan).
Naik takhta Perlis Indera Kayangan pada 17 April 2000 dan ditabal pada 7 Mei 2001.

6. SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj,
D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France).
Naik takhta Selangor Darul Ehsan pada 22 November 2001 dan ditabal pada 8 Mac 2003.

7. YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,
D.K., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T. 
Naik takhta Negeri Sembilan Darul Khusus pada 29 Disember 2008 dan ditabal pada 26 Oktober 2009.

8. SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,
D.K.,D.M.N.,S.M.N.,S.P.M.J.,S.P.D.K.,P.I.S.1.,D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Selangor),D.K.(Perlis).
Naik takhta Johor Darul Takzim pada 23 Januari 2010.

9. AL SULTAN KELANTAN DARUL NAIM.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad  V,
D.K., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.
Naik takhta Kelantan Darul Naim pada 13 September 2010.

10. PEMANGKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN.

Tugas ini dijalankan oleh JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH yang dianggotai oleh :

Pengerusi
Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
D.K.H.,D.M.K.,S.S.D.K.,P.S.M.,P.S.B.

Ahli-ahli.
(i) Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Dato' Seri Diraja Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah,D.K.H.,S.H.M.S.,S.S.D.K.,B.C.K.

(ii) Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah,D.K.H.,S.H.M.S.,S.S.D.K.,D.S.D.K.

(iii) Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah,D.K.H.,S.H.M.S.,S.S.D.K.,P.S.M.,D.K.Y.R.(Negeri Sembilan),P.A.T.,J.P.
Jemaah ini berkuatkuasa 12 Disember 2011.

11. YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK.

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salehuddin Bin Abang Barieng,
S.M.N.,D.P.,S.P.M.P.,S.P.D.K.,D.U.P.N.,D.U.N.M.,P.C.D.
Dilantik menjadi Yang Di Pertua Negeri pada 2 April 1977 hingga 1 April 1981
Dilantik semula pada 5 Disember 2000 selama tempoh 4 tahun.
Dilantik semula pada 5 Disember 2004 selama tempoh 2 tahun.
Dilantik semula pada 5 Disember 2006 selama tempoh 2 tahun.
Dilantik semula pada 5 Disember 2008 selama tempoh 1 tahun.
Dilantik semula pada 5 Disember 2009 selama tempoh 2 tahun.
Dilantik semula pada 5 Disember 2011 selama tempoh 2 tahun.

12. Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang.

Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas,
D.M.K.,S.M.N.,D.U.P.N.,S.P.D.K.,D.P.,D.M.P.N.,D.J.N.
Dilantik menjadi Yang Di Pertua Negeri pada 1 Mei 2001 selama tempoh 4 tahun.
Dilantik semula pada 1 Mei 2005 selama tempoh 4 tahun.
Dilantik semula pada 1 Mei 2009 selama tempoh 2 tahun.
Dilantik semula pada 1 Mei 2011 selama tempoh 2 tahun.

13. YANG DI PERTUA NEGERI MELAKA

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob,
S.M.N.,D.U.N.M.,S.U.M.Z.,S.J.M.K.,S.S.A.P.,P.S.M.,S.I.M.P.,S.P.D.K.,D.P.,D.S.A.P.,J.S.M.,S.M.P.,Grand Cordon Of The Order Of Merit(Germany).
Dilantik menjadi Yang Di Pertua Negeri pada 4 Jun 2004 selama tempoh 4 tahun.
Dilantik semula pada 4 Jun 2008 selama tempoh 4 tahun.
Dilantik semula pada 4 Jun 2012 selama tempoh 4 tahun.

14. YANG DI PERTUA NEGERI SABAH.

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Mahiruddin,
S.M.N.,S.P.D.K.,P.G.D.K.,P.J.N.,A.S.D.K.,J.P.
Dilantik menjadi Yang Di Pertua Negeri pada 1 Januari 2011 selama tempoh 4 tahun.

15. MANTAN SULTAN KELANTAN DARUL NAIM.


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Selangor),D.K.(Johor),D.K.(Kedah),D.K.(Perak),D.K.(Terengganu),D.K.(Perlis),D.K.M.B.(Brunei),D.P.S.S.(Sarawak),D.P.(Sarawak),S.P.M.K.,S.J.M.K.,S.P.K.K.,S.P.S.K.
30 Mac 1980 - 12 September 2010.

Disebabkan baginda gering,maka anakanda baginda,Sultan Muhmammad V telah mengambil alih takhta kerajaan Kelantan Darul Naim pada 13 September 2010.Baginda masih dikekalkan gelaran Duli Yang Maha Mulia dan isteri baginda Tengku Anis diberikan gelaran Yang Maha Mulia Raja Perempuan.





    DAULAT TUANKU !!! DAULAT TUANKU !!! DAULAT TUANKU !!! DAULAT TUANKU !!!

................................................................................................................................



Mohor Besar Raja-Raja Melayu.


Tahukah anda apakah benda di atas ini? Jika anda tidak tahu, inilah dia Mohor Besar Raja-Raja Melayu.Jika  disebut Mohor Besar Raja-Raja,kita mesti teringatkan pengumuman tarikh permulaan Puasa dan tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.Mohor Besar Raja-Raja ini sebenarnya cop yang melambangkan kuasa Raja-Raja Melayu.Mohor Besar ini disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang juga merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja Melayu.Orang yang dilantik menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ini merupakan pegawai kanan kerajaan yang masih berkhidmat atau telah bersara.

Mohor Besar ini disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja seperti yang ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 4 Jadual Kelima.Terdapat dua jenis Mohor Besar yang berada dalam simpanan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.Mohor Besar pertama berukuran 51 cm panjang,22 cm lebar,52 cm tinggi,dan seberat 93 kilogram.Mohor Besar kedua pula berukuran 51 cm panjang,14 cm lebar,35.5. cm tinggi,dan seberat 38 kg.Mohor Besar kedua ini lebih ringan dan mudah untuk dibawa ke luar pejabat apabila diperlukan.


Permukaan Mohor Besar Raja-Raja ini mengandungi jata sembilan negeri Melayu Beraja dan tertulis perkataan '' MOHOR BESAR RAJA-RAJA NEGERI MELAYU" dalam huruf jawi.Mesyurarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju dengan corak ini dan digunakan sehingga ke hari ini.Kedua-dua Mohor Besar ini dibuat di England pada 1949 dengan kos Euro 211.10.Mohor Besar ini melambangkan kekuasaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.Surat cara yang dimeterai oleh Mohor Besar  melambangkan kepercayaan dan kuasa.Mohor Besar juga membuktikan kesahihan dan kebenaran sesuatu surat cara.Oleh sebab kesan terapan daripada Mohor Besar akan merubah tekstur kertas,maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada cop getah yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara.



Jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu telah diwujudkan pada tahun 1948.Sehingga hari ini,terdapat 14 orang yang pernah mengisi jawatan ini.Mereka terdiri daripada :

1. Yang Mulia Raja Ayob Bin Raja Haji Bot (MCS)
Februari 1948-Mei 1948

2. Yang Berbahagia Dato' Abdullah Muda Bin Nordin (MCS)
Jun 1948 - Mac 1949

3. Yang Mulia Raja Haji Shahar Shah Bin Raja Haron (MCS)
April 1949 - Disember 1949

4. Yang Mulia Tengku Husin Bin Tengku Yahaya (MCS)
Januari 1950 - Mei 1950

 5. Yang Teramat Mulia Tunku Ya'acob Ibni Almarhum  Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Pegawai Pertanian)
Februari 1954 - Disember 1955

6. Yang Berbahagia Dato' Haji Mustafa Al Bakri Bin Haji Hasan (MCS)
Januari 1956 - Ogos 1957

7. Yang Berbahagia Dato' Abdul Rahman Bin Abdul Rauf (Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja)
September 1957 - Mei 1963

8. Yang Mulia Tunku Tan Sri Shahriman Bin Tunku Sulaiman
Memangku : Jun 1963 - Ogos 1963

9. Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Abdul Aziz Bin Zakaria (Mantan Ketua Pegawai Perjawatan Persekutuan)
Memangku : Ogos 1963 - September 1963

10. Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Bin Haji Hussin (Mantan Ketua Pegawai Perjawatan Persekutuan)
Oktober 1963 - September 1980

11. Yang Berbahagia Datuk Ahmad Zainal Abidin Bin Muhammad Yusof (Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Kanada)
Oktober 1980 - September 1988

12. Yang Berbahagia Encik A.Rahim Bin Kassim (Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja)
Memangku : Oktober 1988 - Disember 1988

13. Yang Mulia Engku Tan Sri Dato' Seri Ibrahim Bin Engku Ngah
Januari 1989 - Januari 2011

14. Yang Berbahagia Dato' Seri Syed Danial Bin Syed Ahmad
Januari 2011 - sekarang.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...