Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 16 January 2013

PERSONALITI : Almarhum Tunku Sofiah Tunku Mahmud.


Siapakah gerangan Tunku Sofiah Tunku Mahmud ini? Jikalau anda mahu tahu,baginda merupakan bonda kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 14 Al-Mus'tasimu Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Diputerikan sebagai Yang Amat Mulia Tunku Sofiah Binti Tunku Mahmud pada 29 April 1910 di Alor Star Kedah.Baginda merupakan puteri kepada DYTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah,KBE,CMG yang merupakan Raja Muda Kedah bermula tahun 1934 hingga 1937.Bonda baginda pula ialah Che Puan Muda Kedah YM Hajah Zainab Binti Awang Ahmad.


Bertemu jodoh dengan DYMM Sultan Badlishah Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1924 di usia cukup muda iaitu 14 tahun.Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Balai Besar,Alor Star.Pasangan diraja ini dikurniakan 4 orang putera dan 2 orang puteri.Sayangnya,dua orang putera baginda mangkat di usia muda.Mereka ialah Tunku Abdul Hamid dan Tunku Mansur.Dua orang putera baginda yang masih hidup sehingga hari ini ialah DYMM Tuanku Abdul Halim dan DYTM Tunku Abdul Malik yang merupakan Raja Muda Kedah.Dua orang puteri baginda pula ialah Tunku Dato' Seri Hamdah dan Tunku Sakinah.

Baginda telah mangkat di usia agak muda pada 10 Mac 1934 akibat kemalangan jalan raya yang serius.Kejadian itu berlaku di Alor Star dan baginda baru sahaja berusia 24 tahun.Manakala anakanda-anakanda baginda masih kecil.Waktu itu Tuanku Abdul Halim baru sahaja berusia 7 tahun.Jenazah baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar.Beberapa bulan selepas kemangkatan baginda,putera baginda Tunku Mansur pula mangkat pada 18 Ogos 1934 di usia baru mencecah 2 tahun.Al Fatihah buat kaum keluarga Tuanku Abdul Halim yang telah mangkat.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...