Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 12 January 2019

Istiadat Pernikahan & Perkahwinan Diraja DYTM Raja Muda Perak & YAM Raja Puan Mahkota Perak.

ISTIADAT PERNIKAHAN DIRAJA 
DYTM RAJA MUDA PERAK RAJA JAAFAR IBNI ALMARHUM RAJA MUDA MUSA & YAM RAJA PUAN MAHKOTA PERAK RAJA DATO' SERI NAZHATUL SHIMA BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH II
ISTANA RISWIN 12 JANUARI 2019


Warisan Raja & Permaisuri Melayu merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kehadapan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak Raja Dato' Seri Nazhatul Shima Binti Alamrhum Sultan Idris Shah II Afifullah diatas perkahwinan baginda berdua yang diadakan pada 12 Januari 2019. Raja Jaafar, 76 dan Raja Nazhatul Shima, 66 merupakan dua pupu. Kedua-dua baginda merupakan cicit kepada Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah. Istiadat Pernikahan baginda berdua diadakan di Istana Riswin, Ipoh, Perak. Berangkat menyaksikan pernikahan ini ialah adinda Raja Nazhatul Shima iaitu DYMM Permaisuri Johor Tuanku Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris, DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris, DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Binti Almarhum Tuanku Abdul Halim, YAM Raja Izzuddin Iskandar Ibni Almarhum Sultan Idris Shah, YAM Tengku Noor Hazah, YAM Raja Dato' Seri Ir Jamil Arifin Ibni Almarhum Sultan Idris Shah, YAM Tengku Dato' Zalila Tengku Kamarulzaman, YAM Raja Shah Azman Ibni Raja Jaafar, YAM Raja Nor Azwina Binti Raja Jaafar, putera-putera Raja Nazhatul Shima serta kerabat diraja terdekat. Isteri Raja Jaafar, Almarhum Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah mangkat pada tahun 2017. Selepas ini Raja Nazhatul Shima akan bergelar Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak. Semoga Allah SWT memanjangkan jodoh DYTM Raja Jaafar dan YAM Raja Nazhatul Shima. 

Raja Jaafar menyarungkan cincin di jari Raja Nazhatul Shima.


Kerabat diraja terdekat termasuk DYMM Permaisuri Johor.

Istiadat Akad Nikah.


Memotong pulut kuning.





No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...