Anda Pengunjung Ke :

Monday 7 January 2019

DYMM Sultan Nazrin Shah Memangku Jawatan Yang Di-Pertuan Agong.

Pemangku Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang juga Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah akan memangku jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sehingga pemilihan Yang Di-Pertuan Agong dijalankan kelak. Berikut merupakan keputusan Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat pada hari ini di Istana Negara, Jalan Duta. Mesyuarat Majlis Raja-Raja ini dibuat berikutan perletakan jawatan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada 6 Januari 2019. Keputusan untuk melantik Sultan Nazrin sebagai Pemangku Yang Di-Pertuan Agong itu dicapai oleh 6 orang daripada 9 orang Raja-Raja Melayu yang berangkat. Raja Melayu yang berangkat ialah DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, DYMM Sultan Perak Sultan Nazrin Mu'izzudin Shah dan KDYMM Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Mesyuarat itu berlangsung kira-kira satu jam.

Pada mesyuarat yang sama juga, Majlis Raja-Raja telah memutuskan tarikh 24 Januari 2019 sebagai tarikh Mesyuarat Khas untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong Ke-`16 dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. Manakala 31 Januari ditetapkan untuk istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. Pada mesyuarat ini, KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah tidak berangkat kerana gering manakala DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berangkat kerana berada di luar negara. Majlis Raja-Raja juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap KDYMM Sultan Muhammad V atas khidmat dan tanggungjawab baginda semenjak dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016 hingga 6 Januari 2019.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...