Anda Pengunjung Ke :

Sunday 21 April 2019

Istiadat Perkahwinan DiRaja YTM Tengku Mahkota Kelantan & YABhg Cik Puan Sofie Louise Johansson

ISTIADAT PERKAHWINAN 
YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN DR TENGKU MUHAMMAD FA-IZ PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA & YABHG CIK PUAN SOFIE LOUISE JOHANSSON
ISTANA BALAI BESAR
19 APRIL 2019


Warisan Raja & Permaisuri Melayu merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kehadapan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Darul Naim Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra diatas perkahwinan baginda dengan kenalan lama baginda yang juga merupakan wanita warga Sweden, Cik Puan Sofie Louise Johansson, 33. Tengku Fa-iz, 45 menitahkan supaya Istiadat perkahwinan baginda diadakan secara tertutup di Istana Balai Besar. Baginda tiba di Istana Balai Besar bersama pasangan baginda menaiki kereta berasingan kira-kira jam 8.20 malam. Bonda baginda, Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid tiba pada jam 8.30 malam. 

Majlis akad nikah baginda diadakan selepas solat Isyak dan disusuli dengan istiadat perkahwinan. Baginda dan Cik Puan Sofie dinikahkan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan Dato Aria Diraja Dato Daud Mohamad pada jam 8.35 malam. Khutbah Nikah kemudiannya dibacakan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Kelantan Dato Mohamad Shukri Mohamad. Istiadat diteruskan dengan jamuan diraja yang dihadiri oleh kerabat diraja Kelantan serta kenalan rapat baginda. Semoga Allah SWT memanjangkan jodoh YTM Tuanku dan YABhg Cik Puan. 







Sembah Tahniah Atas Pernikahan Diraja YTM Tengku Mahkota Kelantan


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...