Anda Pengunjung Ke :

Sunday 24 May 2015

Darjah Kebesaran Yang Membawa Gelaran Di Malaysia.

Kali ini WARISAN PERMAISURI MELAYU ingin menulis tentang Senarai Darjah Kebesaran Yang Membawa Gelaran di Malaysia. Hari ini. banyak gelaran-gelaran dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf yang diterima oleh rakyat Malaysia. Hanya darjah kebesaran dari peringkat Persekutuan dan Negeri sahaja diiktiraf sebagai darjah kebesaran dan gelaran yang sah. Gelaran seperti Datuk Sri Paduka atau Datuk Seri Paduka Diraja tidak wujud dalam mana-mana senarai darjah kebesaran di Malaysia. Berikut merupakan senarai Bintang dan Darjah Kebesaran yang dikurniakan oleh Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertua Negeri :

DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN : 


Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) : Tun.

Darjah Seri Setia Mahkota (S.S.M.) : Tun.


Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) : Tan Sri.

Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) : Tan Sri.

Darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N.) : Datuk.

Darjah Panglima Setia Diraja (P.S.D.) : Datuk.

DARJAH KEBESARAN PERLIS INDERA KAYANGAN :


Darjah Dato' Bendahara Seri Jamalullail (D.B.S.J.) : Dato' Seri DiRaja Bendahara Negara.


Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (S.S.S.J.) : Dato' Seri DiRaja.


Darjah Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (S.P.S.J.) : Dato' Seri Setia DiRaja.

Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) : Dato' Seri.

Darjah Dato' Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ( D.S.S.J.) : Dato' Paduka.

Darjah Dato' Wira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ( D.W.S.J.) : Dato' Wira.

Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.) : Dato'.

Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail ( D.S.P.J.) : Dato'.

sumber : perlis.gov.my

DARJAH KEBESARAN KEDAH DARUL AMAN :

Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati Kedah : Dato' Seri Utama.


Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (S.H.M.S.) : Dato' Seri Diraja.


Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Kedah (S.P.M.K.) : Dato' Seri.


Darjah Dato' Seri Setia Diraja Kedah (S.S.D.K.) : Dato' Seri.

Darjah Dato' Gemilang Mahkota Kedah : Dato' Wira.


Darjah Dato' Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (D.H.M.S.) : Dato' Paduka.


Darjah Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) : Dato'.

Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) : Dato'.

sumber :memori-kedah.com.

DARJAH KEBESARAN PERAK DARUL RIDZUAN :

Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) : Dato' Seri DiRaja.


Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) : Dato' Seri.

Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) : Dato' Seri.

Darjah Seri Paduka Taming Sari (S.P.T.S.) : Dato' Seri Panglima.

Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.) : Dato' Seri.


Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini ( D.P.C.M.) : Dato'.


Darjah Dato' Paduka Taming Sari ( D.P.T.S.) : Dato' Pahlawan.

Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak ( D.P.M.P.) : Dato'.

sumber : royalark , gsas , cikgulin57.blogspot.com

DARJAH KEBESARAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN :

Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor ( S.P.M.S.) : Dato' Seri / Datin Paduka Seri.

Darjah Seri Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah ( S.S.I.S.) : Dato' Setia / Datin Paduka Setia.

Darjah Dato' Paduka Mahkota Selangor ( D.P.M.S.) : Dato' / Datin Paduka.

Darjah Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah ( D.S.I.S.) : Dato' / Datin Paduka.

sumber : awards.selangor.gov.my

DARJAH KEBESARAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS :

Darjah Dato' Seri Utama Negeri Sembilan ( S.U.N.S.) : Dato' Seri Utama.

Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang ( S.S.T.M.) : Dato' Seri.

Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan ( D.P.N.S.) : Dato'.

Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang ( D.S.T.M.) : Dato'.

Darjah Dato' Bakti Negeri Sembilan ( D.B.N.S.) : Dato'.

DARJAH KEBESARAN JOHOR DARUL TA'ZIM.

Darjah Dato' Sri Paduka Mahkota Johor ( S.P.M.J.) : Dato' / Datin Paduka.


Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor ( D.P.M.J.) : Dato'/ Datin Paduka.

Darjah Dato' Sri Setia Sultan Ismail ( S.S.I.J.) : Dato' / Datin Paduka.

Darjah Dato' Setia Sultan Ismail ( D.S.I.J.) : Dato' / Datin Paduka.

Darjah Dato' Seri Mulia Sultan Ibrahim Johor ( S.M.I.J.) : Dato' / Datin Paduka.

Darjah Dato' Mulia Ibrahim Johor ( D.M.I.J.) : Dato' / Datin Paduka.

sumber : royalark , kemahkotaan.johor.gov.

DARJAH KEBESARAN PAHANG DARUL MAKMUR :


Darjah Dato' Sri DiRaja Sultan Ahmad Shah Pahang ( S.D.S.A.) : Dato' Sri DiRaja.


Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang ( S.S.A.P.) : Dato' Sri.

Darjah Sri Indera Mahkota Pahang ( S.I.M.P.) : Dato'.


Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) : Dato'.


Darjah Indera Mahkota Pahang ( D.I.M.P.) : Dato'.

DARJAH KEBESARAN TERENGGANU DARUL IMAN :

Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin ( S.U.M.Z.) : Dato' Seri.

Darjah Dato' Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin ( S.S.M.Z.) : Dato' Seri.

Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T.) : Dato'.


Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (D.S.M.Z.) : Dato'.


Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) : Dato'.

DARJAH KEBESARAN KELANTAN DARUL NAIM :


Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Kelantan (S.P.M.K.) : Dato'.


Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan (D.P.M.K.) : Dato'.


Darjah Dato'Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan ( S.J.M.K.) : Dato'.


Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (D.J.M.K.) : Dato'.


Darjah Dato' Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (S.P.S.K.) : Dato'.

Darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan (D.P.S.K.) : Dato'.

Darjah Dato' Seri Paduka Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan ( S.P.K.K.) : Dato'.

Darjah Dato' Paduka Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan (D.P.K.K.) : Dato'.

DARJAH KEBESARAN NEGERI PULAU PINANG :


Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) : Datuk Seri Utama.


Darjah Panglima Pangkuan Negeri (D.P.P.N.) : Datuk Seri.


Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) : Datuk Seri.


Darjah Setia Pangkuan Negeri ( D.S.P.N.) : Datuk.


Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) : Datuk.

sumber : epingat.penang.gov.my

DARJAH KEBESARAN NEGERI MELAKA :


Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) : Datuk Seri Utama.


Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) : Datuk Seri.


Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) : Datuk Wira.


Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) : Datuk.


Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) : Datuk.


sumber : navy.mil.my.

DARJAH KEBESARAN NEGERI SABAH :


Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) : Datuk Seri Panglima.


Darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) : Datuk.

sumber : ekurnia.sabah.gov. 

DARJAH KEBESARAN NEGERISARAWAK :


Darjah Satria Bintang Sarawak (S.B.S.) : Pehin Sri.


Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) : Datuk Patinggi.


Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) : Datuk Seri.


Darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.) : Datuk Amar.


Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) : Datuk.


Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) : Datuk.


Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S.) : Datu / Datin Paduka.

sumber : upak.sarawak.gov.my , allencharlie.com

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

11 comments:

  1. Penambahan :

    1) Darjah Dato' Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ) yang membawa gelaran Dato'...

    2) Darjah Seri Setia Negeri Sembilan (SSNS) yang membawa gelaran Dato' Seri...

    Pembetulan :

    1) Akronim bagi Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail adalah DPSJ, gambar diatasnya bukan DPSJ sebaliknya gambar lama DSPJ...

    2) Gambar DPMK & DSDK (Kedah) & SJMK & DJMK (Kelantan) adalah gambar yang lama bukan yang terkini...

    3) Selepang darjah SPTS & DPTS adalah yang lama...

    4) Darjah SUMZ membawa gelaran Dato' Seri Utama...

    5) Gambar selepang DPMT bukan seperti yang ditunjukkan kerana gambar tersebut adalah selepang SPMT...

    6) Gelaran ejaan adalah Dato' bukan Datuk bagi Pulau Pinang...

    7) Darjah PNBS - Dato' Sri, PSBS - Dato'...

    Sekian... Harap maklum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terma kasih. Aagak2 sudara ada tak gambar2 darjah kebesaran yang terbaru?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. admin amirul izwan ada cita-cita nak isi borang pencalonan untuk dianugerahkan sebarang darjah kebesaran ataupun at least pingat?? sumbangan admin ialah berdedikasi meluangkan masa untuk update maklumat sistem monarki dalam blog.. bukan senang nak cari rakyat malaysia yang buat blog cerita pasal raja-raja ni.. even anak kerabat diraja pun tak minat nak kaji sangat pasal gelaran dan sejarah diraja ni. asal hidup senang dah ok.. btw, harus dipuji kesungguhan admin ni.. admin ni ada darah keturunan diraja ke?? ataupun sebab lawyer yang berminat untuk cari klien kerabat diraja?? hehe.. apa pandangan admin mengenai sistem republik.. kerabat diraja dan orang awam yang berpengaruh boleh bertanding dalam pilihan raya presiden, gabenor, biar berjuta-juta rakyat pilih mana satu..

      Delete
    4. terima kasih atas sokongan. pasal pingat tu tak layak kot.hehe. tak de darah raja pun. maybe sebab minat kot. kalau pasal sistem republik tu..entah la.. sbb sistem raja kita dah lama diamalkan, mungkin kalau nak perubahan tu susah sikit kot.

      Delete
  2. Bagaimana pula dengan DPJK?

    ReplyDelete
  3. Admin nak tanye....mana dapat sumber darjah negeri sembilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada buku berkenaan darjah kebesaran negeri sembilan.

      Delete
  4. Maaf kelantan ade anugerah DATO' PADUKA???

    ReplyDelete
  5. Mau tanya darjah kerabat diraja Kedah baru selempang kuning dgn darjah kerabat sallehudin

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...