Anda Pengunjung Ke :

Tuesday, 19 May 2015

Darjah Kerabat Yang Diterima Sultan Nazrin Shah.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah mengetuai senarai penerima darjah kebesaran negeri Perlis sempena Hari Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ke 72 pada 17 Mei 2015. Satu istiadat penganugerahan khas akan disempurnakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. 

DARJAH KERABAT BAGINDA TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) PERLIS.
Dizahirkan pada 21 September 1965 oleh KDYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail. Penerima darjah kebesaran ini tidak mempunyai apa-apa gelaran. Darjah kebesaran ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana dikurniakan kepada DYMM Raja-Raja, Kerabat Diraja Perlis yang kanan serta pihak tertentu atas limpah perkenan KDYMM Tuanku Raja Perlis. 

Setelah bergelar DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah telah dikurniakan beberapa darjah kerabat. Darjah-Darjah Kerabat ini termasuklah :

DARJAH KERABAT YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) KELANTAN DARUL NAIM.
Pada 20 Januari 2015, KDYMM Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K) kepada DYMM Sultan Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak. Majlis penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan yang mewakili  KDYMM Sultan Muhammad V di Istana Perak di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri oleh kerabat-kerabat dan pegawai-pegawai tinggi dari kedua-dua negeri ini. Sesungguhnya penganugerahan ini mempereratkan lagi hubungan yang sedia terjalin di antara kerajaan negeri Kelantan dan Perak.


DARJAH KERABAT YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) SELANGOR DARUL EHSAN
PANGKAT YANG PERTAMA.


Sultan Perak Sultan Dr Nazrin Shah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah 11 Disember 2014. Turut berangkat ke upacara pengurniaan di Istana Bukit Kayangan di sini ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan Selangor. Darjah tersebut merupakan Darjah Kebesaran tertinggi Selangor Darul Ehsan.



DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.)

6 Disember 2014 :
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) yang dianugerahi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Sultan Nazrin Shah dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap Perak, di sini hari ini. Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.



Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

1 comment:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...