Anda Pengunjung Ke :

Friday 8 May 2015

Tiara Berlian Tuanku Zara Ketika Pertabalan.



Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim telah selamat menjalani Istiadat Tabal Adat di Istana Iskandariah pada 6 Mei 2015. Secara rasminya Tuanku Zara telah bergelar Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan. Tuanku Zara berhias cantik dengan memakai Darjah Kebesaran dan Pontoh Ular Lidi di kedua belah tangan baginda. Perhiasan paling penting bagi seseorang Permaisuri ialah tiara yang akan dipakai di atas jemala seseorang yang bergelar Permaisuri.

Pada Istiadat Pertabalan, Tuanku Zara memakai Tiara Berlian yang sebelum ini dipakai oleh bonda mertua baginda, Raja Permaisuri Tuanku Bainun sepanjang 30 tahun bergelar Raja Permaisuri Perak. Tiara Berlian ini juga dipakai oleh Tuanku Bainun semasa Istiadat Pertabalan Sultan Azlan Shah pada tahun 1985. Tiara Berlian ini kini menjadi tiara rasmi bagi Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak. Sepanjang bergelar Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun sering dilihat memakai tiara ini apabila berangkat ke istiadat diraja. Kini, Tiara Berlian ini bertukar milik kepada Tuanku Zara,

Tiara ini dibuat dari berlian dan platinum dan dibuat di Hong Kong sekitar tahun 1960an. Tiara ini ditempah dengan harga $ 23,000 atau bersamaan RM 83,490 nilai pada hari ini. Namun, nilai sebenar tiara ini mungkin lebih mahal sekarang. Tiara ini mengandungi 312 berlian di gabungkan dengan menggunakan platinum.




Tuanku Zara dan Tuanku Bainun memakai tiara yang sama ketika Istiadat Pertabalan.

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menyemat Bunga Pencawa Pencara di kepala Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dalam Istiadat Pertabalan Adat di Istana Iskandariah pada tahun 1985.

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menyemat Bunga Pencawa Pencara di jemala Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dalam Istiadat Pertabalan Adat di Istana Iskandariah. 



Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...