Anda Pengunjung Ke :

Monday 25 May 2015

Darjah Kerabat Malaysia (D.K.M.)


DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.) merupakan Darjah Kebesaran Persekutuan yang kedua tertinggi selepas Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.). Darjah kebesaran ini merupakan satu daripada dua darjah kebesaran diraja yang terdapat dalam senarai Anugerah Diraja Malaysia. Darjah kebesaran ini hanya dikurniakan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu yang menaiki takhta persekutuan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bilangan ahli bagi darjah kebesaran ini terhad kepada 10 orang sahaja. Darjah kebesaran ini dizahirkan oleh Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang Di Pertuan Agong ke 4 pada 18 April 1966 dan diwartakan pada 30 Jun 1966. Darjah ini hanya mempunyai satu pangkat sahaja. 


Bintang Darjah Kerabat Malaysia.

Darjah Kerabat Malaysia ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah. Kalung darjah ini diperbuat daripada perak bersadur emas. Bintang darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan diatasnya berukit timbul motif daun paku. Selepang darjah diperbuat daripada sutera merah dan hujungnya berikat reben. Lencana darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan diatasnya terdapat sekuntum bunga raya. Ia berpaut pada motif Mahkota Diraja Malaysia. 

Lencana Darjah Kerabat Malaysia.

Setakat ini, 11 orang Yang Di Pertuan Agong telah dikurniakan darjah kebesaran ini. Pertama kalinya dikurniakan kepada Yang Di Pertuan Agong Keempat, Tuanku Ismail Nasiruddin. Sehingga hari ini, terdapat 4 orang penyandang darjah kebesaran ini yang masih hidup iaitu KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah, KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, KDYMM Tuanku Syed Sirajuddin dan KDYMM Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Lagi 7 orang penyandang telah mangkat. Kali terakhir darjah ini dikurniakan adalah pada 2 Jun 2012 dan dikurniakan kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Yang Di Pertuan Agong ke 13.

Tunku Abdul Rahman bagi pihak Persekutuan mempersembahkan D.K.M. kepada Tuanku Ismail Nasiruddin.

Yang Di Pertuan Agong ke 3 Tuanku Syed Putra Jamalullail memakai selepang dan bintang D.K.M.

Penerima kedua D.K.M., Tuanku Abdul Halim memakai kalung, selepang, bintang dan lencana D.K.M.

Yang Di Pertuan Agong ke 6, Tuanku Yahya Petra memakai selepang dan bintang D.K.M.

Yang Di Pertuan Agong ke 7 Sultan Haji Ahmad Shah memakai set penuh D.K.M. ketika pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong.

Yang Di Pertuan Agong ke 7 Sultan Iskandar memakai kalung D.K.M. ketika pertabalan baginda.

Yang Di Pertuan Agong ke 9 Sultan Azlan Shah memakai set penuh D.K.M.

Yang Di Pertuan Agong ke 10 Tuanku Ja'afar memakai set penuh D.K.M.

Yang Di Pertuan Agong ke 11 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memakai set penuh D.K.M. di dalam potret baginda. 

Yang Di Pertuan Agong ke 12 Tuanku Syed Sirajuddin memakai selepang dan bintang D.K.M.

Yang Di Pertuan Agong ke 13 Tuanku Mizan Zainal Abidin memakai selepang dan bintang D.K.M.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...