Anda Pengunjung Ke :

Thursday, 1 December 2011

YMM Almarhum Tuanku Ampuan Durah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin...




Siapakah gerangan empunya diri dalam gambar di atas?Tentu ramai kurang mengenali siapakah baginda.Tetapi sudah tentu anda biasa mendengar nama SMK Tunku Ampuan Durah.Inilah sebenarnya gerangan pemilik nama Tunku Ampuan Durah atau nama sebenar baginda Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Duratun Nafisah Azibah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,D.K.N.S. 



Tuanku Ampuan Durah diputerikan pada 26 Jun 1922 di Istana Seri Menanti Negeri Sembilan.Baginda merupakan kerabat Diraja Negeri Sembilan.Baginda merupakan puteri kelima kepada YAM Tunku Besar Seri Menanti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin Ibni Almarhum Tuanku Antah.Bonda baginda pula ialah YABhg Sharifah Alawiyah Binti Syed Abdul Hamid.Tuanku Ampuan Durah merupakan adinda kepada Almarhum Tuanku Kursiah dan kekanda kepada YMM Tuanku Najihah.Ketiga-tiga puteri Tunku Besar Burhanuddin ini pernah menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Mendirikan rumah tangga bersama DYMM Almarhum Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 1 Januari 1940.Ketika itu baginda hanya berusia 18 tahun.Pasangan ini dikurniakan seorang putera dan empat orang puteri iaitu DYMM Tuanku Muhriz,Tunku Mudziah,Tunku Anne Dakhlah,Tunku Deborah, dan Tunku Deannah.Putera tunggal baginda DYMM Tuanku Muhriz dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menggantikan Almarhum Tuanku Jaafar yang mangkat pada tahun 2008.

Ketika pertabalan baginda sebagai suami baginda sebagai Yang Di Pertuan Besar.

Baginda ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada 17 April 1961 ketika berusia 39 tahun.Suami baginda,Tuanku Munawir menaiki takhta Negeri Sembilan menggantikan Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang mangkat semasa bertakhta sebagai Yang Dipertuan Agong.Baginda menjadi Tunku Ampuan Besar selama 7 tahun sehinggalah kemangkatan Almarhum Tuanku Munawir pada 14 April 1967.Selepas kemangkatan Tuanku Munawir,baginda menggunakan gelaran Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Durah.Baginda bersemayam di Negeri Sembilan selepas kemangkatan suami baginda.Tuanku Ampuan Durah mangkat pada 8 Ogos 1999 ketika berusia 77 tahun.Pada tahun yang sama juga kekanda baginda Tuanku Kursiah mangkat.

Berikut gambar kenangan Tuanku Ampuan Durah:







No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...