Anda Pengunjung Ke :

Monday 30 September 2013

Mahkota DYMM Sultan Selangor.


Malaysia merangkumi 9 buah negeri yang mempunyai Raja Pemerintah.Setiap negeri mempunyai warisan mereka sendiri termasuklah dalam adat istiadat diraja.Di Malayisa,Raja-Raja Melayu memakai tengkolok atau destar untuk menghiasi kepala baginda.Namun, terdapat 4 buah negeri yang mempunyai mahkota yang digunakan untuk pertabalan baginda sebagai Sultan.4 negeri ini ialah Selangor,Terengganu,Kelantan,dan Johor.Kali ini WARISAN PERMAISURI akan mengupas berkenaan Mahkota Diraja Selangor.

Pandangan hadapan mahkota.

Mahkota ini dibuat untuk pertabalan dan kemahkotaan Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah Alhaj pada tahun 1903 oleh dua orang tukang emas yang berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang.Mahkota Diraja Selangor ini agak unik berbanding mahkota negeri-negeri lain kerana mahkota ini berbentuk songkok. Di hadapan mahkota ini, terdapat perhiasan emas berbentuk seakan-akan bulu burung merak yang sedang kembang.
Mahkota ini hanya digunakan semasa pertabalan Sultan Selangor . Mahkota ini dihiasi dengan berlian dan delima. Berlian dan permata ini semuanya berasal dari Pontianak, Indonesia dan ditempa dengan emas yang berasal dari negeri Pahang Darul Makmur. 


DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah memakai mahkota sempena pertabalan baginda sebagai Sultan Selangor.


DYMM Sultan Musa Ghiyatauddin (1938-1942) memakai Mahkota Diraja Selangor didalam potret rasmi baginda.


DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj (1961-2001)  juga memakai mahkota diraja dalam potret rasmi baginda.


DYMM Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah (1898-1938) , Sultan Selangor pertama yang ditabalkan dengan mahkota pada tahun 1903.

Sunday 29 September 2013

DYTM Tuanku Raja Puan Muda Kedah Darul Aman..


Raja Puan Muda semasa berangkat ke Istiadat Diraja. Di belakang baginda ialah anakanda saudara baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah.

WARISAN PERMAISURI akan menceritakan kisah seorang Puteri Sultan Selangor yang kini bergelar Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah Darul Aman. Ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan jawatan Raja Puan Muda Kedah kerana baginda tidak lagi membuat kemunculan di khalayak ramai atas faktor usia dan kesihatan.

Diputerikan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Raudzah Binti Sultan Hisamuddin Alam Shah Al Haj, puteri sulung kepada DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dan isteri baginda YTM Che Puan Kalsum Binti Mahmud. Tunku Raudzah diputerikan pada 29 September 1929 di Istana Bandar Temasha Kelang Selangor.Baginda merupakan adinda kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan kekanda kepada Tengku Ampuan Bariah .

Potret rasmi sebagai DYTM Raja Puan Muda Kedah.

Mendirikan rumah tangga bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah Darul Aman Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada tanggal 16 Julai 1956 di Istana Bukit Kota Alor Star Kedah. Setelah suami baginda dikurniakan gelaran Raja Muda Kedah pada 28 November 1981, gelaran rasmi baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Darul Aman Tunku Hajah Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj,D.K.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.K.II (Selangor).
Perkahwinan baginda tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Atas sebab kesihatan, Tunku Raudzah tidak memunculkan diri di khalayak umum. Baginda tidak lagi menghadiri Istiadat Diraja mahupun majlis rasmi kerajaan.Kini, baginda telah beusia 84 tahun dan bersemayam bersama suami baginda yang juga sedang uzur di Istana Kesoma. Sama-sama kita doakan semoga pasangan Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah diberikan kesihatan yang baik dan berada dalam perlindungan Allah selalu.

Bersama suami baginda.


Tunku Raudzah bersama suami Tunku Abdul Malik dan kerabat Diraja Selangor.

Tunku Raudzah ketika zaman muda baginda bersama Tuanku Abdul Halim ketika Santapan Diraja sempena keputeraan Sultan Kedah.


Baginda dipimpim oleh adinda ipar baginda Tuanku Siti Aishah dan Tuanku Intan Zaharah ketika Istiadat Pemakaman Kekanda baginda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Gambar terbaru Raja Puan Muda ketika dilawati oleh Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kedah di Istana Kesoma.

Wednesday 25 September 2013

YBM Dato' Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad Mangkat.


Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Mulia Dato' Tengku Noor Asiah Binti Almarhum Tengku Ahmad Panglima Raja, DPMK,KMN,AMN,SMK,PB telah mengkat di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 11.20 malam pada 25 September 2013. Beliau berusia 83 tahun. Tengku Noor Asiah merupakan kerabat Diraja Kelantan. Beliau merupakan kekanda kepada 2 orang Mantan Sultanah Johor iaitu YAM Tunku Puan Nora dan YAM Tunku Puan Zanariah.

Tengku Noor Asiah merupakan seorang ahli politik yang cukup dikenali di Negeri Kelantan. Beliau merupakan Ahli Parlimen Tumpat pada tahun 1978. Beliau juga merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Kelantan. Beliau juga merupakan Pengerusi Perkumpulan Wanita Negeri Kelantan. 

Jenazah beliau akan diterbangkan oleh Pesawat TUDM ke Kota Bharu bersama kerabat terdekat. Jenazah beliau akan dibawa ke kediaman beliau di Kota Bharu sebelum dimakamkan di Makam Diraja Langgar Kelantan. 

Setinggi-tinggi takziah diucapkan kepada kerabat Diraja Kelantan.Al Fatihah.

Jenazah beliau di Lapangan Terbang Subang.

Dilawati oleh adinda beliau Tunku Puan Zanariah.

Bersama Tunku Puan Nora.

Kenangan bersama adinda beliau Tunku Puan Nora, Tunku Puan Zanariah dan Tengku Iskandar. Turut kelihatan Tengku Rozan Sultan Yahya Petra dan Tengku Salwani Sultan Yahya Petra.

Ketika masih aktif dalam bidang politik. Dato Tengku Noor Asiah bersama Tan Sri Rais Yatim, Dato' Seri S Samy Vellu, Tun Dr Ling Liong Sik dan Lee Kuan Yew.


Sumber : Facebook Dato' Tengku Noor Asiah.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...