Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 25 June 2017

Salam Aidilfitri 1438 Hijrah.


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Warisan Permaisuri Melayu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pembaca yang selalu menyokong blog Warisan Permaisuri Melayu. Maaf Zahir dan Batin.


Kad Raya YABhg Tun Dr Mahathir dan YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada dua orang mantan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan isteri Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohd Ali serta Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi dan isteri Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Binti Abdullah diatas pemberian kad raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah.

KAD RAYA YABHG TUN DR MAHATHIR DAN TUN DR SITI HASMAH



KAD RAYA TUN ABDULLAH DAN TUN JEANNE.




Saturday, 24 June 2017

Kad Raya Kurniaan KDYMM Sultan dan Sultanah Pahang 2017.

Menjunjung kasih kehadapan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Darul Makmur Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mus'tain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Darul Makmur Sultanah Hajah Kalsom diatas pengurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah. Daulat Tuanku!!!







Kad Raya Kurniaan KDYMM Sultan dan Sultanah Kedah 2017.

Menjunjung kasih KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman Sultanah Hajah Haminah Binti Hamidun diatas pengurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah. Daulat Tuanku!!!





Potret Kebawah Duli Tuanku berdua.



Kad Raya Kurniaan DYMM Raja dan Raja Perempuan Perlis 2017.

Menjunjung kasih kehadapan DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti AlmarhumTengku Abdul Rashid diatas pengurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah. Daulat Tuanku!!!






Kad Raya Yang Di-Pertua Negeri Melaka 2017.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Khalil Bin Yaakob dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Zurina Binti Kassim diatas pemberian kad raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah.





Potret Tun Khalil dan Toh Puan Zurina.


Kad Raya Kurniaan DYMM Sultan dan Permaisuri Johor 2017.

Menjunjung kasih kehadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Ta'zim Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah diatas pengurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah. Daulat Tuanku!!!




Potret DYMM Sultan dan Permaisuri Johor.

Tandatangan DYMM Sultan Johor.

Kad Raya DYTM Raja Muda dan Raja Puan Besar Perak 2017.

Menjunjung kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafa Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah diatas pengurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah. Daulat Tuanku!!!





Tandatangan DYTM Raja Muda Perak dan DYTM Raja Puan Besar Perak.


Kad Raya KDYMM Sultan dan KDYMM Sultanah Terengganu 2017.

Menjunjung kasih KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Darul Iman Sultanah Hajah Nur Zahirah diatas pengurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah. Daulat Tuanku!!!




Potret keluarga diraja Terengganu. Dari kiri YAM Tengku Nadhirah, KDYMM Sultan Mizan, YAM Tengku Fatimatuzzahra, YAM Tengku Muaz, KDYMM Sultanah Nur Zahirah dan DYTM Tengku Muhammad Ismail.

Tandatangan KDYMM Sultan Mizan dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah.

Wednesday, 3 May 2017

Mess Kitt Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.



Mess kit merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika menghadiri majlis santapan malam beristiadat. Mess Kit telah diwujudkan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 20 Februari 2009. Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan cadangan reka bentuk Mess Kit. Cadangan reka bentuk Mess Kit telah diangkat untuk disembah perkenan dalam Mesyuarat Pre-Council Majlis Raja-Raja Ke-222 pada 12 Oktober 2009. Setelah mengambil kira pandangan dan nasihat Duli-Duli Yang Maha Mulia RajaRaja, pengubahsuaian sewajarnya telah dilakukan dan akhirnya Mess kit tersebut telah sempurna disiapkan dan disembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong XIII pada 24 November 2011. Dengan itu, secara rasminya Mess Kit menjadi salah satu daripada pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di samping Muskat.

Sultan Muhammad V memakai mess kit ketika Majlis Santapan Diraja Sempena Pertabalan baginda.

Secara umumnya reka bentuk dan corak Mess Kit diolah berdasarkan kepada Muskat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Awan larat pada kolar dan lengan baju merupakan elemen seni reka yang begitu signifikan dengan istana yang melahirkan identiti kebangsaan. Manakala Bunga Raya merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia yang melambangkan keberanian, perpaduan dan lima kelopak pula menggambarkan lima prinsip Rukun Negara. Mess Kit ini dipakai bersekali dengan vest dan kemeja berwarna putih di samping seluar panjang hitam yang mempunyai jalur berwarna keemasan di bahagian tepinya. Aksesori tambahan terdiri daripada e polet yang dihiasi lambang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan keris bersilang, di mana keris merupakan sebahagian pakaian kebesaran Diraja, di antaranya pula diletakkan lima bintang pecah lima yang disusun secara bulatan menggambarkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera. Menghiasi bahagian dada sebelah kanan pula adalah aiguilette berwarna keemasan yang sinonim dengan pakaian seragam untuk menambah kesegakan.

Tuanku Abdul Halim memakai mess kit ketika berangkat ke Istiadat Santapan.

Tuanku Mizan merupakan Yang Di-Pertuan Agong pertama memakai mess kit ini. Baginda memakai mess kit ini ketika Majlis Santapan Diraja Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan baginda.

Khas Pertabalan : Pertabalan Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V.


Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra,
D.K., D.K.M., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K.,S.J.M.K., S.P.S.K., D.K.(Selangor), D.K.(Terengganu), D.K.(Kedah), D.K.(Brunei), D.K.(Pahang), D.K.(Perlis), D.P.(Sarawak), G.C.M.G., C.M.G., Queen Elizabeth Coronation Medal(United Kingdom).

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Sultan Muhammad V
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.(Selangor), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Perak), D.K.(Perlis), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menuruti jejak langkah nenda baginda Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim apabila ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15. Nenda baginda, Almarhum Sultan Yahya Petra melalui perjalanan yang sama ketika ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-6, 41 tahun lepas. Almarhum Sultan Yahya Petra ditabalkan pada 28 Februari 1976 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Almarhum Sultan Yahya Petra berusia 59 tahun. Cucunda baginda, Sultan Muhammad V (ketika itu bergelar Tengku Faris Petra) baru sahaja berusia 7 tahun. Atas kehendak Allah S.W.T. 41 tahun selepas itu, Sultan Muhammad ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15. Walaupun lebih 40 tahun berlalu, istiadat yang dijalankan masih tidak lapuk ditelan zaman. Apa yang dilakukan oleh Almarhum Sultan Yahya Petra semasa pertabalan 41 tahun lepas masih dilakukan oleh cucundanya Sultan Muhammad V sewaktu ditabalkan. Cuma yang berbeza hanya tempat dan masanya sahaja. Jika dulu pertabalan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman manakala sekarang istiadat pertabalan diadakan di Balairong Seri Istana Negara yang serba indah. Didoakan semoga roh Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhum Tengku Zainab ditempatkan bersama orang beriman dan semoga KDYMM Sultan Muhammad V diberikan kesihatan yang baik untuk terus memerintah negara dalam tempoh 5 tahun ini. 

Sultan Muhammad V (duduk bersila dua dari kiri) bergambar bersama nenda baginda Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhum Tengku Zainab.

PERTABALAN SULTAN YAHYA PETRA PADA TAHUN 1976 DAN PERTABALAN SULTAN MUHAMMAD V PADA TAHUN 2017.


Keberangkatan tiba Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V.

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V berdiri ketika lagu Negaraku berkumandang.

Bersemayam di atas singgahsana.

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V menerima Keris Panjang Diraja daripada Datuk Paduka Maharaja Lela.

Simbolik penerimaan kuasa. Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V mengucup Keris Panjang Diraja.

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V menyarungkan kembali Keris Panjang Diraja.

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V melafazkan ikrar.

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V menyampaikan titah diraja.

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V mengaminkan doa.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...