UNDANG LUAK SUNGAI UJONG
( DATO' KLANA PETRA SRI JAYA)
Y.T.M Dato' Mubarak Bin Dohak, D.T.N.S.
Yang Teramat Mulia DATO' KLANA PETRA SRI JAYA DATO' MUBARAK
BIN DOHAK dilahirkan pada 11 November 1961 di Kampung Telaga Udang,Batu
9,Pantai,Negeri Sembilan.Beliau merupakan anak tunggal kepada Allahyarham
Thahak@Dohak Bin Dato' Sutan Nara Haji Abu Samah dan Puan Lawiyah Binti Dato'
Amar Setia Alwi.Dilantik sebagai Undang Luak Sungai Ujong ke-11 pada 29 Disember
1993. Beliau dilantik menggantikan Dato' Muhammad Kassim Nika Abdul Rashid yang meninggal dunia pada tahun 1983. Undang Luak Sungai Ujong merupakan Dato' Undang paling kanan dikalangan 4 orang Undang. Undang Luak Sungai Ujong yang melakukan pemasyhuran dan pertabalan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
UNDANG LUAK JELEBU
( DATO' MENDIKA MENTERI AKHIRUL ZAMAN )
( DATO' MENDIKA MENTERI AKHIRUL ZAMAN )
Muhammad Azafean Bin Muhammad Fahmi.
Penyandang terakhir Undang Luak Jelebu,YTM Dato' Musa Bin Wahab telah meninggal dunia pada 11 September 2014. Bermula pada tarikh ini, jawatan Undang Luak Jelebu kosong sehinggalah pada 8 April 2016, Muhammad Azafean Muhammad Fahmi diisytiharkan sebagai Undang Luak Jelebu Ke-16. Namun, pada 30 Mac 2017, Dewan Keadilan dan Undang telah memutuskan tidak menerima sebarang pelantikan Undang Luak Jelebu ke-16. Berikutan itu, Dewan Keadilan dan Undang memulangkan semula kepada Luak Jelebu untuk proses pemilihan calon YTM Undang Luak Jelebu hingga selesai.
UNDANG LUAK REMBAU
( DATO' LELA MAHARAJA )
( DATO' LELA MAHARAJA )
Y.T.M. Dato' Haji Muhammad Sharip Bin Haji Othman, D.T.N.S.
Yang Teramat Mulia DATO' LELA MAHARAJA DATO' HAJI MUHAMMAD
SHARIP BIN HAJI OTHMAN dilahirkan pada 14 Ogos 1941 di Kampung Waris Tebat,Chembong Kecil,Rembau,Negeri Sembilan.Beliau
telah dimashyurkan sebagai Undang Luak Rembau ke 21 pada 21 November 1998. Sebelum
itu beliau merupakan Orang Besar Undang yang bergelar Dato' Shahbandar iaitu
gelaran yang terkanan di antara empat Orang Besar Undang.Beliau berketurunan
Lela Maharaja Suku Biduanda,Waris Nan Dua Carak(Perut Tebat).
UNDANG LUAK JOHOL
( DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN )
( DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN )
Y.T.M. Dato' Muhamed Bin Haji Abdullah, D.T.N.S., A.N.S., P.M.C., P.J.K., P.K.L.
Yang Teramat Mulia DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN Dato' Muhamed Bin Abdullah dilahirkan pada tahun 1967. Beliau sebelum ini bergelar Baginda Tan Mas (Timbalan Undang Luak Johol). Beliau ditabalkan sebagai Undang Luak Johol Ke-15 pada 23 Mac 2017, menggantikan Dato' Muhammad Jan Abdul Ghani yang dilucutkan jawatan pada 27 Mac 2016 kerana didakwa melakukan 13 kesalahan salah laku dan adat. Pelantikan Muhammed disahkan oleh Dewan Keadilan dan Undang
Negeri Sembilan pada 7 Okt tahun lalu sebelum menghadiri Istiadat Menghadap
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi
menyempurnakan pelantikannya pada 15 Disember lalu.
Untuk pengetahuan admin warispermaisuri di sungai ujong ada dato yang digelar dato shahbandar. Dato shahbandar termasuk dalam dewan keadilan dan undang dalam pertadbiran negeri sembilan. Dan di johol juga ada timbalan nya ibarat penganti undang johol yang pergelar dato baginda luak johol. Sekiranya admin berminat tentang undang boleh ke facebook (fb) taip urusetia undang luak johol ke -15 or balai undang luak sungai ujong.
ReplyDeletedi luak sg.ujong terdapat dua perut waris iaitu waris di-darat (dato kelana putra) dan waris di-air ( dato shahbandar). jika ketiadaan dato kelana putra iaitu Undang, maka jawatan Undang akan dipangku sementara oleh dato shahbandar tetapi akan dikembalikan semula jawatan tersebut.
DeleteUrusetia undang luak johol
ReplyDeleteSkng siapa Baginda Tan Mas yg baru
ReplyDeletejawatan Baginda Tan Mas telah ditukar nama Dato Baginda Luak Johol.. sekarang disandang oleh Tuan Hj. Sahabudin bin Ibrahim, 65 tahun, dari Suku Biduanda Waris Perut Bukit Luak Johol. Hj. Sahabudin ialah mantan Guru Besar.
ReplyDeleteDi luak Johol apabila satu perut memegang jawatan Undang, perut yang satu lagi memegang jawatan Baginda Tan Mas. Oleh sebab itu yang dipilih di Johol itu bukannya Undang, tetapi Baginda Tan Mas iaitu bakal Undang.
ReplyDeleteUndang Jelebu pada masa kini ialah Yang Teramat Mulia Dato' Haji Maarof bin Haji Mat Rashad, iaitu Dato' Undang Luak Jelebu ke-16 daripada Waris Kemin. Setelah mendapat kelulusan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan berkuatkuasa 18/2/2019.
ReplyDelete