Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 13 August 2017

Berita Perkahwinan YAM Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah.

Yang Amat Mulia Tunku Puteri Johor Darul Ta'zim
Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim,
D.K., S.M.I.J., D.P.M.J., P.I.S., P.S.I. 1

Yang Amat Mulia Tunku Puteri Johor Darul Ta'zim, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, Dennis Muhammad Bin Abdullah pada 14 Ogos 2017. Tunku Tun Aminah, 31 adalah puteri tunggal kepada DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Permaisuri Raja Zarith Sofiah. Beliau diputerikan pada 8 April 1986. Beliau bakal bernikah dengan Dennis Muhammad, 28 yang berasal dari Lisse, Amsterdam, Belanda. Beliau dilahirkan pada 1 Mei 1989 dengan nama Dennis Verbaas. Dennis Muhammad telah memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di pejabat Kadi Johor Bahru. 


Istiadat perkahwinan diraja Johor ini akan diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru bersempena Hari Keputeraan ke-58 paduka bonda Tunku Tun Aminah sendiri, iaitu Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah pada tarikh 14 Ogos terbabit. Istiadat meletak kerja telah diadakan pada 8 Ogos 2017. Bendera istiadat kerajaan dinaikkan sebagai tanda permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja. 


Menurut Yang Di-Pertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli, istiadat pertunangan akan diadakan pada pukul 10.00 pagi pada 14 Ogos diikuti dengan istiadat pernikahan yang diadakan di Istana Bukit Serene. Istiadat persandingan diraja akan diadakan pada pukul 8.00 malam di Bilik Singgahsana Istana Besar. Istiadat perkahwinan diraja ini akan diadakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor. Kira-kira 1200 orang tetamu diundang ke istiadat persandingan ini.Istiadat ini juga dipancarkan secara langsung kepada rakyat melalui skrin digital gergasi di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru. 



Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mewakilkan Mufti Johor, Dato' Muhammad Tahrir Shamsuddin sebagai wali. Istiadat bersiram akan diadakan pada 15 Ogos 2017 di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani DiRaja Istana Besar dan pasangan pengantin akan menziarahi Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos 2017.


Sultan Ibrahim mahu perkahwinan diraja ini menampilkan segala keunikan kakayaan warisan serta tradisi negeri Johor. Sultan Ibrahim sendiri pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dengan Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah yang dilaksanakan dengan adat dan tradisi negeri Johor. Baginda berpesan kepada puterinya untuk mencontohi istiadat yang ditonjolkan dalam perkahwinan Almarhum Sultan Iskandar yang dilangsungkan lebih 60 tahun lepas. Tunku Tun Aminah menuruti saranan ayahanda beliau dan beliau mengatakan bahawa beliau berbangga untuk mengenakan busana tradisional Johor tulen manakala bakal suami beliau akan mengenakan baju melayu Teluk Belanga. Selain itu, Sultan Ibrahim juga mahu bakal menantu baginda memakai dua kerongsang di songkok seperti yang dipakai ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar. Kerongsang itu diberikan kepada Almarhum Sultan Iskandar oleh bondanya Almarhum Sultanah Aminah. 

Gambar yang ditunjukkan oleh Sultan Ibrahim kepada Tunku Tun Aminah.

sumber : royal press office

No comments:

Post a comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...