Anda Pengunjung Ke :

Sunday 13 August 2017

Majlis Khatam Al-Quran YAM Tunku Tun Aminah.


Bersempena Istiadat Perkahwinan DiRaja antara Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah, satu Majlis Khatam Al-Quran diadakan untuk Tunku Tun Aminah. Majlis ini diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Tunku Tun Aminah menyempurnakan bacaan surah-surah lazim didalam majlis khatam ini. Gambar-gambar berkenaan majlis ini dikongsikan oleh Royal Press Office (RPO). 


Majlis ini dihadiri oleh bonda Tunku Tun Aminah, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Turut berangkat KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Binti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak Raja Nazhatulshima Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Yang Amat Mulia Tunku Kamariah Binti Almarhum Sultan Iskandar serta isteri pegawai-pegawai daerah seluruh negeri Johor. Majlis ini dibuat secara tertutup. Majlis khatam ini diiringi oleh guru agama Tunku Tun Aminah iaitu Puan Hajah Raimah Binti Kemat. 




No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...