Istiadat Bersiram YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah
Binti Sultan Ibrahim dan suaminya, Encik Dennis Muhammad Abdullah sempena
Istiadat Perkahwinan Pengantin DiRaja dilakukan penuh tradisi dan adat istiadat
DiRaja Johor di Bukit Bintang, Istana Besar hari ini, 15 Ogos 2017.
Pasangan pengantin DiRaja yang mengenakan Baju Melayu
dan Baju Kurung Teluk Belanga biru muda tiba di Istana Besar pada jam 4 petang.
Tunku Tun Aminah dan suami kemudian bersemayam di peterana Panca Persada
setinggi sembilan tingkat yang dibina di puncak Bukit Bintang, Istana Besar.
Majlis Bersiram dimulakan dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti
Johor, Dato’ Haji Mohd Tahrir Bin Dato’ Kiyai Haji Samsudin, disusuli istiadat
menepung tawar disempurnakan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti
Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Di-Hilir Perak, DYAM Raja Iskandar
Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.
Berangkat menyaksikan majlis berkenaan, DYMM Sultan Johor
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku
Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, YM Che' Puan Khaleeda Bustamam serta
paduka-paduka anakanda yang lain. Tunku Tun Aminah dan Encik Dennis Muhammad kemudian turun
dari Panca Persada dan meninggalkan Istiadat Bersiram pada jam 4.45 petang,
sebelum majlis bersurai dengan bacaan doa oleh Mufti Johor.
Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah melihat keletah cucundanya. Turut kelihatan Tunku Azizah, Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda.
Yang Di-Pertua Jummah Majlis DiRaja Johor Dato' Abdul Rahim Ramli, DYAM Raja Iskandar Dzukarnain, YAM Tunku Idris dan YAB Dato' Seri Khaled Nordin.
foto : royal press office (rpo)
No comments:
Post a Comment