Anda Pengunjung Ke :

Showing posts with label Queen of England. Show all posts
Showing posts with label Queen of England. Show all posts

Saturday, 19 December 2015

Darjah Kebesaran British Yang Diterima Raja-Raja Melayu.


KNIGHT GRAND CROSS OF THE MOST HONORABLE ORDER OF THE BATH

( G.C.B. )






Penerima :

1. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, G.C.B.
( 22. Februari- 1972 ).

2. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, G.C.B., K.S.tJ.
( 14- Oktober- 1989 ).

3. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, G.C.B.
( 14- October- 1998 ).

KNIGHT GRAND CROSS OF THE MOST DISTINGUISHED ORDER OF SAINT MICHAEL AND SAINT GEORGE
( G.C.M.G. )


Penerima : 

1. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Almarhum Dato' Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, G.C.M.G., K.C.S.I.
( 20- Mac- 1876 ).

2. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar, G.C.M.G., K.C.M.G., G.C.V.O.
( 20- Mac- 1901 ).

3. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Sir Ibrahim Al-Mahsyur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, G.C.M.G., K.C.M.G.
( 1- Januari- 1916 ).

4. Almarhum Duli Yang Maha Mulia  Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah AlHaj Ibni Almarhum Yang Di-Pertuan Muda Musa, G.C.M.G., K.C.M.G., K.C.V.O.
( 3- Jun- 1929 ).

5. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhammad Ibni Almarhum Tuanku Antah, G.C.M.G., K.C.M.G., K.C.V.O.
( 1- Januari- 1931 ).

6. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Sir Iskandar Shah Al-Kaddasullah Ibni Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah, G.C.M.G., K.C.M.G., K.C.V.O.
( 19- Jun- 1933 ).

7.  Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darul Naim Sultan Sir Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, G.C.M.G.
( 5- Jun- 1952 ).

8. Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Darul Makmur Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Abdullah Al-Muhtasim Billah Shah, G.C.M.G., K.C.M.G.
( 1- Jun- 1953 ).

9. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Sir Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, G.C.M.G., K.C.M.G.
( 1- Januari- 1957 ).

KNIGHT GRAND CROSS OF THE ROYAL VICTORIAN ORDER( G.C.V.O.)



1. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar, G.C.M.G., K.C.M.G., G.C.V.O.
( 3- Jun- 1913 ).

KNIGHT COMMANDER OF THE ROYAL VICTORIAN ORDER
( K.C.V.O. )


1. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Sir Iskandar Shah Al-Kaddasullah Ibni Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah, G.C.M.G., K.C.M.G., K.C.V.O.
( 25- Jun- 1924 ).

2. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhammad Ibni Almarhum Tuanku Antah, G.C.M.G., K.C.M.G., K.C.V.O.
( 10- Julai- 1925 ).

3. Almarhum Duli Yang Maha Mulia  Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah AlHaj Ibni Almarhum Yang Di-Pertuan Muda Musa, G.C.M.G., K.C.M.G., K.C.V.O.
( 27- Oktober- 1936 ).

KNIGHT OF JUSTICE OF THE MOST VENERABLE ORDER OF THE HOSPITAL OF SAINT JOHN OF JERUSALEM( K.St.J. )


1. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, G.C.B., K.St.J.
( 14- September- 1972 ).

2. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, G.C.B., K.St.J.
( 20- Mac- 1990 ).

3. Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.St.J.
( 20- Mac- 1990 ).

KNIGHT COMMANDER OF THE MOST EXALTED ORDER OF THE STAR OF INDIA 
( K.C.S.I. )



1. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Almarhum Dato' Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, G.C.M.G., K.C.S.I.
( 17- September- 1866 ).

Thursday, 23 January 2014

Santapan Diraja Di London 1993.


Malaysia dan United Kingdom menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi,pendidikan dan banyak lagi. Para pemimpin juga membuat lawatan ke negara masing-masing untuk mengukuhkan perhubungan antara dua negara ini. Kali pertama Malaysia membuat lawatan negara ke United Kingdom pada Julai 1974 oleh Yang Di-Pertuan Agong ke 5 Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tuanku Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kali kedua pula lawatan negara ke United Kingdom dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong ke 9 Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin dan Tuanku Bainun pada November 1993. Sultan Azlan selaku Ketua Negara berkenan mengadakan Istiadat Santapan Diraja di London. Istiadat santapan ini diadakan di Bilik Emas (Gold Room) Hotel Dorchester, London pada 11 November 1993. Istiadat santapan ini dihadiri oleh HM Queen Elizabeth II dan suami baginda HRH Prince Philip Duke of Edinburgh, HRH Princess of Wales Princess Diana, HRH Prince and Princess Michael of Kent, HRH Duke and Duchess of Kent, HRH Duke dan Duchess of Gloucester, dan beberapa kerabat diraja Britain, Turut berangkat, Pemangku Raja Perak, DYMM Raja Dr Nazrin Shah.

Gold Room Dochester Hotel London.

Gambar kenangan sebelum santapan.


Mendiang Princess of Wales,Princess Diana, Sultan Azlan dan Queen Elizabeth.

Sultan Azlan, Queen Elizabeth dan Tuanku Bainun.

Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dan Ratu England.

Duchess of Kent dan Princess of Wales.

Princess Diana dan Raja Dr Nazrin Shah.

Sultan Azlan menyambut keberangkatan tiba Queen Elizabeth dan suami.

Tuanku Bainun bersalaman dengan Queen Elizabeth.


Menuju ke Bilik Santapan.




Duchess of Kent, Princess of Wales, Sultan Azlan, Queen Elizabeth dan Tuanku Bainun.

Prince dan Princess Michael of Kent.

Princess Diana, Raja Nazrin, Sultan Azlan dan Queen Elizabeth.

Wednesday, 15 January 2014

Pemilik Koleksi Tiara Terbanyak..


Queen Mary of Teck merupakan Permaisuri England dan Maharani India bermula tahun 1910 hingga 1936. Baginda merupakan isteri kepada Raja England, King George V. Dilahirkan pada 16 Mei 1867, baginda merupakan nenda kepada Ratu England sekarang, Queen Elizabeth II. Baginda bertakhta sebagai Permaisuri England sehingga kemangkatan suami baginda pada 20 Januari 1936. Selepas itu baginda bergelar Queen Mother apabila anakanda baginda King George VI menaiki takhta England. King George VI merupakan ayahanda kepada Queen Elizabeth II. Sepanjang bergelar Permaisuri, Queen Mary gemar mengumpul barang kemas dan merupakan peminat kepada batu-batu permata. Baginda merupakan salah seorang Permaisuri yang mempunyai koleksi barang kemas terbanyak. Baginda juga mempunyai koleksi tiara yang menarik. Ada diantara tiara itu diwarisi dari generasi sebelumnya, dan ada juga yang dibuat khas untuk baginda. Tidak kurang juga ada tiara yang dihadiahkan kepada baginda. Pada zaman kini, kesemua barang kemas dan tiara baginda diwariskan kepada anak,cucu dan cicit baginda. Queen Elizabeth II sering memakai tiara yang diwariskan oleh Queen Mary. Antara yang sering baginda pakai ialah Girls of Great Britain and Ireland Tiara dan Grand Duchess Vladimir Tiara. Queen Mary mangkat pada 24 Mac 1953 semasa berusia 85 tahun. Baginda mangkat 10 minggu sebelum kemahkotaan cucunda baginda Queen Elizabeth sebagai Ratu England.


QUEEN MARY CROWN

Tiara ini dibuat khas untuk kemahkotaan King George V dan Queen Mary pada 1911. Tiara ini dibuat oleh Garrad & Co., sebuah syarikat membuat barang kemas terkenal. Tiara ini mengandungi 2200 butir berlian dan juga berlian Koh-i-Noor yang merupakan salah satu berlian terbesar di dunia. 



GIRLS OF GREAT BRITAIN AND IRELAND TIARA

Tiara ini dihadiahkan kepada Queen Mary sempena perkahwinan baginda dengan King George V pada tahun 1893. Tiara ini ditempah oleh Lady Eve Greville di Garrard & Co. Pada tahun 1947, sempena perkahwinan Queen Elizabeth II dan Prince Philip, Queen Mary menghadiahkan tiara ini kepada cucundanya itu. Tiara ini sering dipakai oleh Queen Elizabeth II.



DELHI DURBAR TIARA

Tiara ini dibuat khas untuk Queen Mary sempena kemahkotaan baginda dan suami baginda King George V sebagai Maharaja dan Maharani India. Tiara ini dibuat pada tahun 1911. Istiadat kemahkotaan baginda diadakan di Delhi. Pada 1946, Queen Mary memberi tiara ini kepada menantu baginda, Queen Elizabeth The Queen Mother.



CAMBRIDGE LOVER KNOT TIARA

Tiara yang dimiliki oleh Queen Mary ini sebenarnya adalah salinan kepada tiara yang asal yang dimiliki oleh Duchess of Cambridge yang pertama Augusta of Hesse-Kassel, yang menerima tiara Cambridge Lover Knot sebagai hadiah perkahwinan pada tahun 1818. Queen Mary yang ternampak tiara itu terus tertarik hati untuk memilikinya. Namun, tiara itu menjadi milik bonda saudara baginda.  Maka, baginda mengarahkan Garrard untuk membuat tiara yang sama seperti tiara milik bonda saudaranya itu.Tiara itu siap pada tahun 1913 . Selepas kemangkatan Queen Mary pada 1953, tiara ini menjadi hak milik Queen Elizabeth II.



GRAND DUCHESS VLADIMIR TIARA

Tiara ini dibeli oleh Queen Mary pada tahun 1921 daripada Grand Duchess Elena Vladimirovna dari Russia. Tiara ini dibeli dengan set permata dengan harga 28 000 Euro. Queen Mary mewariskan tiara ini kepada Queen Elizabeth II. Tiara ini merupakan antara tiara yang sering dipakai oleh Queen Elizabeth II.




QUEEN MARY FRINGE TIARA

Tiara ini dibuat untuk Queen Mary pada tahun 1919. Tiara ini dibuat dari berlian yang diambil dari tiara dan rantai yang dibeli oleh Queen Victoria daripada Collingwood & Co untuk dibuat hadiah sempena perkahwinan Queen Mary pada 1893.Pada Ogos 1936, Queen Mary memberi tiara ini kepada Queen Elizabeth II.



RUSSIAN KOKOSHNIK TIARA

Tiara ini dipersembahkan kepada Queen Alexandra pada tahun 1888. Ketika itu baginda masih lagi bergelar Princess of Wales. Tiara ini dibuat oleh Garrard dan diselia oleh Lady Salisbury. Tiara ini diperbuat daripada 488 berlian. Queen Alexandra kemudiannya mewariskan tiara ini kepada menantunya Queen Mary.



QUEEN MARY BOUCHERON LOOP TIARA

Tiara ini dibuat pada tahun 1902 oleh Boucheron selepas DeBeers,sebuah syarikat berlian terkenal Afrika Selatan menghadikan Queen Mary sebanyak 600 butir berlian . Tiara ini telah diubahsuai pada 1911 untuk dibuat Tiara Delhi Durbar. 



CAMBRIDGE SAPPHIRE TIARA

Tiara ini pada asalnya milik bonda saudara Queen Mary, Princess Augusta Caroline. Bila Princess Augusta mangkat pada 1916, tiara ini diserahkan kepada Queen Mary. 



COUNTRY OF SURREY TIARA

Tiara ini merupakan hadiah perkahwinan Queen Mary pada 1893 daripada Surrey. Tiara ini juga boleh dipakai sebagai rantai leher. 



LADIES OF ENGLAND TIARA

Tiara ini dibuat oleh Hunt & Roskell dan dihadiahkan kepada Queen Mary pada 1893 oleh sekumpulan wanita berjumlah 650 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai " Ladies of England". 



QUEEN MARY AMETHYST TIARA

Tiara ini dikatakan dibeli oleh Queen Mary dalam suatu jualan lelong amal. Tiara ini hanya dipakai pada waktu muda baginda sahaja.



THE GLOUCESTER HONEYSUCKLE TIARA

Tiara ini dibuat oleh E.Wolff & Co. Tiara ini disiapkan pada awal tahun 1914. 




Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...