Anda Pengunjung Ke :

Showing posts with label Sultanah Johor. Show all posts
Showing posts with label Sultanah Johor. Show all posts

Sunday, 5 April 2020

Kerabat Damping Negeri Johor.

Istilah Kerabat Damping biasanya digunakan oleh negeri Johor sahaja. Kerabat Damping ini merujuk kepada kerabat-kerabat terdekat kepada Sultan yang memerintah negeri Johor Darul Takzim. Mereka yang dianggap sebagai kerabat Diraja Johor adalah terdiri daripada empat lapisan salasilah keluarga termasuk ayahanda saudara atau bonda saudara, isteri, adik beradik, anakanda dan cucunda kepada Sultan pemerintah negeri. Empat lapisan keluarga ini dirujuk sebagai Kerabat Damping dan mereka semua membawa gelaran Yang Amat Mulia. Menurut Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim Bin Ramli, selain daripada empat susur galur yang dinyatakan, keluarga atau individu lain tidak dianggap sebagai kerabat walaupun lahir dalam keluarga yang sama.

Berikut merupakan senarai Kerabat Damping Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengikut empat lapisan keluarga baginda :  

Isteri :


Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Afifullah,
D.K., D.K.(Perak), S.P.C.M., S.P.M.J., S.M.I.J., P.S.I.

Anakanda-anakanda:

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim,
D.K., S.P.M.J., S.S.I.J.,  S.M.I.J., S.M.J., P.S.I.


Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim,
D.K., S.P.M.J., S.M.I.J., D.P.M.J., P.S.I. 

Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim,
D.K., S.P.M.J., S.M.I.J., D.P.M.J., P.S.I.

Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim,
D.K., S.P.M.J., S.M.I.J.,  D.P.M.J., P.S.I.

Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim,
D.K., S.P.M.J., S.M.I.J.

Cucunda:

Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah Binti Tunku Ismail Idris.

Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail Idris.

Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail Idris.

Puteri kepada YAM Tunku Tun Aminah (nama belum diumumkan).

Nenda:

Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Ahmad,
D.K.,S.P.M.J.,S.S.I.J.,S.P.M.K.

Adik Beradik :

Yang Amat Mulia Tengku Puan Laksamana Selangor Paduka Puteri Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar
D.K.I, D.K.II, S.J.M.K.

Yang Amat Mulia Paduka Besar Puteri Tunku Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, 
D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., ,D.K.(Johor), S.P.M.J., D.K.(Brunei).


Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Hajah Mariam Zaharah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.

Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Hajah Noraini Fatimah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.

Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Hajah Maimunah Ismailiah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.

Yang Amat Mulia Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
D.K.,S.P.M.J.,S.M.J.

Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Muna Najiah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.,S.P.M.J.

Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah Kalsom Maseera Marian Zahirah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.


Saturday, 16 March 2019

DYMM Almarhum Sultanah Aminah, Lambang Keunggulan Wanita Johor..


Tahukah anda gerangan wanita dalam gambar di atas??Bagi rakyat negeri Johor sudah tentu mereka mengenali wajah ini.Nama baginda telah diabadikan pada nama sebuah hospital di Johor.Baginda adalah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultanah Tun Aminah Binti Ungku Ahmad,D.K.,D.K.11,P.I.S.1,Queen Elizabeth Coron Medal.


Diputerikan pada 5 Februari 1905 di Johor Bahru Johor.Baginda merupakan kerabat diraja Johor.Anak ke 4 daripada 9 orang adik beradik.Merupakan puteri kepada YM Almarhum Ungku Ahmad Ibni Almarhum Ungku Muhamad Khalid dan YM Almarhum Ungku Katijah binti Muhammad.Ayahanda baginda merupakan sepupu kepada DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat .Pada zaman persekolahannya,baginda suka bidang masakan dan sering mengadakan jamuan.Baginda juga mendapat didikan agama di dalam istana ayahandanya sendiri dan diajar oleh guru agama khas .Sultanah Aminah mempelajari Bahasa Inggeris daripada kekandanya sahaja.


Berkahwin dengan DYMM Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 30 Ogos 1920.Istiadat perkahwinan baginda berdua berlangsung di Istana Besar Johor Bahru.Ketika itu baginda baru sahaja berusia 15 tahun.Pasangan diraja ini telah dikurniakan 2 orang putera dan seorang puteri.Salah seorang anakanda baginda adalah DYMM Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.Baginda merupakan nenda kepada Sultan Johor sekarang.Pada 17 September 1950 baginda telah dikurniakan gelaran Tun oleh Sultan Johor.Baginda telah dimahkotakan sebagai DYMM Sultanah Johor pada 10 Februari 1960 di Istana Besar Johor Bahru setelah suami baginda menerajui takhta kerajaan Johor.Baginda menjadi Sultanah Johor selama 17 tahun sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1977.


Sultanah Aminah merupakan seorang Sultanah yang suka melawat ke ceruk kampung dan juga ke daerah-daerah yang ada di negeri Johor.Baginda juga meruapakan seorang yang sangat penyayang dan sering membuat lawatan ke hospital-hospital.

Sultanah Aminah dan suaminya mengalami kemalangan pada Ogos 1977 di Kulai Johor.Baginda mengalami kecederaan yang teruk dan mangkat pada 14 September 1977.Baginda mangkat di Hospital Besar Johor Bahru.Sultanah Aminah telah dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah.Untuk mengenang jasa baginda,nama Hospital Besar Johor Bahru telah ditukar kepada Hospital Sultanah Aminah mengambil sempena nama Almarhum baginda.

Berikut merupakan gambar kenangan Almarhum Sultanah Aminah:


Sultanah Aminah dan putera baginda Tunku Abdul Rahman, Tunku Bendahara Johor.




Keluarga diraja Johor.


Sewaktu dimahkotakan pada tahun 10 Februari 1960.

Thursday, 8 January 2015

PERMAISURI JOHOR DARUL TAKZIM.

Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Takzim
Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Afifullah,

D.K.,D.K.(Perak),S.P.C.M.,S.P.M.J.

Yang Di Pertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli mengumumkan istiadat permahkotaan Sultan Johor akan diadakan pada 23 Mac 2015 nanti. Serentak dengan itu juga, isteri Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zarith Sofiah akan diberikan gelaran Permaisuri Johor oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Gelaran Permaisuri Johor adalah pertama kali digunakan didalam institusi beraja Johor. Sebelum ini, isteri Sultan Johor diberikan gelaran Sultanah Johor baik dari kalangan kerabat DiRaja atau dari golongan kebanyakan. Sultanah Johor yang terakhir ialah Sultanah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad yang merupakan Raja Permaisuri Agong Kelapan. Gelaran isteri kepada Sultan adalah tertakluk kepada bidang kuasa Sultan itu sendiri. 


Wednesday, 1 January 2014

Tunku Puan Zanariah Pohon Ketepi Perintah Cerai Mahkamah.




JOHOR BAHRU 1 Jan. - Bekas Sultanah Johor, Tunku Zanariah Tunku Ahmad hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini untuk mengetepikan perintah Mahkamah Syariah yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menceraikannya.Permohonan yang difailkan melalui Tetuan Kamar Ainiah, Raziff dan Zashidi dan menamakan Sultan Iskandar sebagai responden itu difailkan pada pukul 10 pagi di Pejabat Pendaftar mahkamah berkenaan.

Kamar Ainiah ketika ditemui berkata, permohonan tersebut adalah untuk mengetepikan dan membatalkan perintah Mahkamah Rendah Syariah menerusi saman bernombor 01001-054-2025-2010 yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor telah menceraikan Tunku Zanariah pada 23 Januari 2009 dan rujuk yang dilafazkan pada minggu berikutnya adalah tidak sah.Katanya, permohonan tersebut dibuat dengan alasan bahawa penghakiman Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bertarikh 30 September 2010 dalam kes saman berkenaan adalah menyalahi hukum syarak dan undang-undang serta menyalahi tatacara Mahkamah Syariah.

"Perintah tersebut telah menamakan Almarhum sebagai plaintif walaupun semasa hayat baginda, Sultan Iskandar tidak pernah membuat apa-apa permohonan untuk mengesahkan dakwaan cerai tersebut. Almarhum dan Tunku Zanariah telah hidup bersama sebagai suami isteri yang sah dengan aman sehingga kemangkatan baginda pada 22 Januari 2010," katanya."Walaupun Tunku Zanariah dinamakan sebagai defendan di dalam kes saman tersebut, Tunku Zanariah tidak pernah dimaklumkan atau menerima apa jua kertas klausa kes tersebut dan hanya mengetahui penghakiman mahkamah serta dakwaan cerai tersebut pada 22 Ogos lepas menerusi surat yang dihantar Mufti Johor," katanya.


                         

Peguam Syariah, Kamar Ainiah Kamaruzaman (kiri), melihat dokumen afidavid bersama anak-anak bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad iaitu Tunku Masera (dua dari kiri), Tunku Noraini (tiga dari kiri) dan Tunku Muna di luar Mahkamah Syariah Johor Baru di sini.

Sunday, 8 December 2013

Wajah terbaru Tunku Puan Zanariah dan Tunku Puan Nora.


Assalamualaikum. Agak lama tidak kedengaran berita tentang dua puteri DiRaja Kelantan yang menjadi Sultanah di negeri Johor ini. Baginda berdua ialah Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Tengku Ahmad dan Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Tengku Ahmad. Berita terakhir ialah berkenaan penarikan gelaran Sultanah dari baginda berdua dan diberikan gelaran baru iaitu Yang Amat Mulia Tunku Puan.

Tunku Puan Zanariah diputerikan pada 5 Julai 1940 di Istana Dusun Green Pasir Mas Kelantan. Baginda merupakan puteri ketujuh kepada Tengku Ahmad Panglima Raja Kelantan. Bertemu jodoh dengan Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail pada 20 Ogos 1961. Bergelar Sultanah Johor pada 11 Mei 1981 sehingga kemangkatan suami baginda pada Januari 2010. Menjadi Raja Permaisuri Agong ke 8 bemula tahun 1984 hingga 1989. Baginda dikurnikan 10 orang cahaya mata bersama Sultan Iskandar. Diberikan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Puan oleh anakand tiri baginda Sultan Ibrahim pada 17 Februari 2011. Baginda kini berusia 73 tahun dan menetap di Johor Bahru, Johor. Berikut merupakan gambar terbaru baginda. Baginda masih lagi anggun dan cantik .





Tunku Puan Nora dilahirkan pada 10 Oktober 1937 is Istana Dusun Green, Pasir Mas Kelantan. Baginda bertemu jodoh dengan Sultan Johor, Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 13 September 1977 dan ditabalkan sebagai Sultanah Johor pada 28 Oktober 1978 menggantikan Almarhum Sultanah Aminah yang mangkat akibat kemalangan. Baginda tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Setelah kemangkatan Sultan Ismail pada tahun 1981, baginda diberikan gelaran Yang Maha Mulia Sultanah oleh anakanda tiri baginda Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Bergelar Tunku Puan setelah cucunda tiri baginda Sultan Ibrahim menaiki takhta negeri Johor berkuatkuasa mulai 17 Februari 2011.  Pada 10 Oktober 2012, Hospital Batu Pahat ditukar nama kepada Hospital Sultanah Nora Ismail mengambil sempena nama baginda. Kini baginda berusia 76 tahun dan menetap di Johor Bahru. Gambar terbaru baginda menunjukkan baginda semakin kurus, mungkin akibat masalah kesihatan. Apa pun, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Tunku Puan Nora Ismail.






Wednesday, 2 October 2013

DYMM Permaisuri Johor Tuanku Zarith Sofiah Idris..


WARISAN PERMAISURI akan menyambung kisah seorang lagi Permaisuri yang bertakhta di negara kita. Kali ini kisah seorang Puteri Sultan yang kini bergelar Permaisuri Negeri. Baginda merupakan seorang wanita yang amat dikagumi oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Baginda disayangi oleh sebab sikap keibuan dan kemesraan terhadap rakyat jelata. Baginda tak lain tak bukan iaitu
Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Ta'zim Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Allallahi Shah, D.K.,D.K.(Perak),S.P.C.M.,S.P.M.J.



Diputerikan pada tanggal 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah Perak. Baginda merupakan puteri kedua kepada Sultan Perak ke 33 Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah dan Raja Perempuan Perak Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah. Baginda juga merupakan sepupu tiri kepada Sultan Perak sekarang DYMM Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah di Kuala Kangsar sehingga Darjah Enam pada tahun 1971. Seterusnya menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar. Baginda bersekolah menengah di Perak hanya beberapa bulan sahaja kerana pada bulan September 1972, baginda telah dihantar ke England untuk bersekolah di Chaltenham Ladies College sehingga tingkatan enam.


Setelah tamat sekolah, baginda melanjutkan pelajaran di Davies's College pada tahun 1977 seterusnya pada tahun 1978 baginda diterima masuk ke Somerville College,di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination.Pada bulan Jun 1983, di usia 24 tahun, baginda menamatkan pengajian peringkat ijazah di Univerisiti Oxford dengan memperoleh Ijazah Bachelor of Arts in Chinese Studies. Baginda seterusnya menyambung ke peringkat Master dan memperoleh Master of Arts pada tahun 1986. 


Istiadat Perkahwinan di Perak.
Tuanku Zarith Sofiah mendirikan rumah tangga bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang ketika itu Tunku Mahkota Johor. Istiadat perkahwinan baginda diadakan pada 22 September 1982. Ketika itu baginda berusia 23 tahun. Perkahwinan di antara putera dan puteri Sultan ini dikurniakan 6 orang cahaya mata, 5 putera dan seorang puteri. Anakanda sulung baginda, Tunku Ismail kini bergelar Tunku Mahkota Johor. Anakanda baginda yang lain ialah Tunku Aminah,Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar. Sepanjang berkahwin dengan Sultan Ibrahim, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah. Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada Januari 2010, suami Tuanku Zarith Sofiah telah dimashurkan sebagai Sultan Johor ke 25 dengan gelaran DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Tuanku Zarith Sofiah pula diberi gelaran DYMM Isteri Sultan Johor Tuanku Zarith Sofiah Idris. Baginda tidak diberikan gelaran Sultanah Johor. Berkemungkinan selepas pertabalan nanti, barulah baginda akan dikurniakan gelaran Sultanah.

Keluarga Diraja Perak.

Tuanku Zarith Sofiah mewarisi bakat seni Almarhum ayahanda baginda, Sultan Idris Shah. Almarhum Sultan Idris merupakan seorang penulis yang baik sehinggakan baginda telah menulis beberapa lirik lagu termasuklah lagu "Kalau Rindu" nyanyian Allahyarham Toh Puan Setia Dato' Rafeah Buang. Tuanku Zarith Sofiah lebih kepada bakat melukis dan lukisan baginda pernah menjadi hiasan buku cenderamata Pesta Lukisan Kanak-kanak.



Baginda merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menggantikan bonda mertua baginda YAM Tunku Puan Zanariah. Selain itu baginda juga merupakan Fellow Fakulti Pengajian Bahasa dan Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Baginda juga merupakan Penaung Diraja Kelab Universiti Oxford di Malaysia. Bukan sahaja dalam bidang pendidikan, baginda juga aktif dalam bidang penulisan. Hasil tulisan baginda termasuklah buku cerita kanak-kanak dan juga tulisan di akhbar The Star di ruangan"Mind Matters".


Bersama suami baginda ketika zaman muda mereka.

Baginda amat aktif dalam hal-hal berkaitan kebajikan. Baginda memegang jawatan sebagai Penaung Pertubuhan Kanak-kanak Spastik Johor, Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris  Malaysia dan juga Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia.Pada 28 November 2012, baginda berkenan melancarkan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor . Yayasan ini bertujuan untuk mengutip dana untuk mengadakan pelbagai program pelajaran. Yayasan ini juga bertujuan untuk menyebarkan cara pembelajaran secara Islam. Tuanku Zarith Sofiah sememangnya seorang wanita berjiwa kental dan mempunyai cita -cita yang tinggi untuk melihat rakyat Malaysia dalam keadaan yang lebih baik. Baginda banyak mengadakan forum dan bekerjasama dengan pakar-pakar dari luar negara untuk membincangkan hala tuju pendidikan negara. Sesungguhnya peranan baginda dalam memantapkan sistem pembelajaran di Malaysia amatlah besar. 
Marilah kita sama-sama doakan semoga DYMM Permaisuri Tuanku Zarith Sofiah Sultan Idris senantiasa berada dalam perlindungan Allah SWT selalu. Semoga baginda dapat memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat negara ini.


Bersama suami dan anakanda sulung baginda.

Memotong kek di hari pekahwinan baginda dan Sultan Ibrahim.

Bonda baginda, Almarhum Raja Perempuan Muzwin.


Permaisuri Melayu berpendidikan tinggi.

Wednesday, 25 September 2013

YBM Dato' Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad Mangkat.


Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Mulia Dato' Tengku Noor Asiah Binti Almarhum Tengku Ahmad Panglima Raja, DPMK,KMN,AMN,SMK,PB telah mengkat di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 11.20 malam pada 25 September 2013. Beliau berusia 83 tahun. Tengku Noor Asiah merupakan kerabat Diraja Kelantan. Beliau merupakan kekanda kepada 2 orang Mantan Sultanah Johor iaitu YAM Tunku Puan Nora dan YAM Tunku Puan Zanariah.

Tengku Noor Asiah merupakan seorang ahli politik yang cukup dikenali di Negeri Kelantan. Beliau merupakan Ahli Parlimen Tumpat pada tahun 1978. Beliau juga merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Kelantan. Beliau juga merupakan Pengerusi Perkumpulan Wanita Negeri Kelantan. 

Jenazah beliau akan diterbangkan oleh Pesawat TUDM ke Kota Bharu bersama kerabat terdekat. Jenazah beliau akan dibawa ke kediaman beliau di Kota Bharu sebelum dimakamkan di Makam Diraja Langgar Kelantan. 

Setinggi-tinggi takziah diucapkan kepada kerabat Diraja Kelantan.Al Fatihah.

Jenazah beliau di Lapangan Terbang Subang.

Dilawati oleh adinda beliau Tunku Puan Zanariah.

Bersama Tunku Puan Nora.

Kenangan bersama adinda beliau Tunku Puan Nora, Tunku Puan Zanariah dan Tengku Iskandar. Turut kelihatan Tengku Rozan Sultan Yahya Petra dan Tengku Salwani Sultan Yahya Petra.

Ketika masih aktif dalam bidang politik. Dato Tengku Noor Asiah bersama Tan Sri Rais Yatim, Dato' Seri S Samy Vellu, Tun Dr Ling Liong Sik dan Lee Kuan Yew.


Sumber : Facebook Dato' Tengku Noor Asiah.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...