Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 5 November 2011

DYMM Almarhum Sultanah Tun Aminah Ungku Ahmad..Lambang Keunggulan Wanita Johor..


Tahukah anda gerangan wanita dalam gambar di atas??Bagi rakyat negeri Johor sudah tentu mereka mengenali wajah ini.Nama baginda telah diabadikan pada nama sebuah hospital di Johor.Baginda adalah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultanah Tun Aminah Binti Ungku Ahmad,D.K.,D.K.11,P.I.S.1,Queen Elizabeth Coron Medal.

Diputerikan pada 5 Februari 1905 di Johor Bahru Johor.Baginda merupakan kerabat diraja Johor.Anak ke 4 daripada 9 orang adik beradik.Merupakan puteri kepada YM Almarhum Ungku Ahmad Ibni Almarhum Ungku Muhamad Khalid dan YM Almarhum Ungku Katijah binti Muhammad.Ayahanda baginda merupakan sepupu kepada DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat .Pada zaman persekolahannya,baginda suka bidang masakan dan sering mengadakan jamuan.Baginda juga mendapat didikan agama di dalam istana ayahandanya sendiri dan diajar oleh guru agama khas .Sultanah Aminah mempelajari Bahasa Inggeris daripada kekandanya sahaja.


Berkahwin dengan DYMM Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 30 Ogos 1920.Istiadat perkahwinan baginda berdua berlangsung di Istana Besar Johor Bahru.Ketika itu baginda baru sahaja berusia 15 tahun.Pasangan diraja ini telah dikurniakan 2 orang putera dan seorang puteri.Salah seorang anakanda baginda adalah DYMM Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.Baginda merupakan nenda kepada Sultan Johor sekarang.Pada 17 September 1950 baginda telah dikurniakan gelaran Tun oleh Sultan Johor.Baginda telah dimahkotakan sebagai DYMM Sultanah Johor pada 10 Februari 1960 di Istana Besar Johor Bahru setelah suami baginda menerajui takhta kerajaan Johor.Baginda menjadi Sultanah Johor selama 17 tahun sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1977.


Sultanah Aminah merupakan seorang Sultanah yang suka melawat ke ceruk kampung dan juga ke daerah-daerah yang ada di negeri Johor.Baginda juga meruapakan seorang yang sangat penyayang dan sering membuat lawatan ke hospital-hospital.

Sultanah Aminah dan suaminya mengalami kemalangan pada Ogos 1977 di Kulai Johor.Baginda mengalami kecederaan yang teruk dan mangkat pada 14 September 1977.Baginda mangkat di Hospital Besar Johor Bahru.Sultanah Aminah telah dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah.Untuk mengenang jasa baginda,nama Hospital Besar Johor Bahru telah ditukar kepada Hospital Sultanah Aminah mengambil sempena nama Almarhum baginda.

Berikut merupakan gambar kenangan Almarhum Sultanah Aminah:


Sultanah Aminah dan putera baginda Tunku Abdul Rahman, Tunku Bendahara Johor.




Keluarga diraja Johor.


Sewaktu dimahkotakan pada tahun 10 Februari 1960.

2 comments:

  1. Saya ingin bertanya, siapa adik beradik almarhum. Siapa pula puteri bongsu?

    ReplyDelete
  2. Saya ingin bertanya, siapa adik beradik almarhum. Siapa pula puteri bongsu?

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...