Anda Pengunjung Ke :

Monday, 27 February 2017

Sambutan Negara Buat Yang Maha Mulia Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

KEBERANGKATAN TIBA YMM RAJA SALMAN ABDUL AZIZ AL-SAUD.


Yang Maha Mulia Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz Al-Saud tiba di Malaysia pada 26 Februari 2017 untuk lawatan rasmi selama 4 hari. Baginda yang juga merupakan Penjaga Dua Masjid Suci tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 10.30 pagi. Baginda berangkat menaiki pesawat rasmi baginda bersama kira-kira 600 kerabat diraja dan delegasi baginda. Keberangkatan tiba Raja Salman disambut oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Pertahanan YB Dato' Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein. Delegasi baginda termasuk para kerabat diraja, menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Terlihat kemewahan Raja Arab Saudi itu apabila baginda membawa eskalator khas untuk menuruni pesawat. Ini adalah kelaziman baginda untuk membawa segala jenis kelengkapan untuk keselesaan baginda apabila membuat lawatan rasmi. Kesemua kelengkapan ini dibawa oleh pesawat superjumbo Saudi Arabian Airlines. Selain itu baginda juga membawa 100 kenderaan mewah untuk kegunaan delegasi baginda. 


Raja Salman seterusnya membuat pemeriksaan kawalan kehormatan terhadap 24 orang pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang diketuai oleh Leftenan Mohamad Akmal Mazlan. Ini merupakan kunjungan sulung Raja Salman ke Malaysia selepas baginda menaiki takhta Arab Saudi pada 23 Januari 2015. Baginda menggantikan kekanda baginda, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud yang mangkat. Kunjungan baginda ke Malaysia adalah atas undangan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Baginda yang merupakan pemerintah ke 7 keturunan Al-Saud merupakan Raja Arab Saudi ketiga yang membuat lawatan ke Malaysia. Pertama kali Raja Arab Saudi melawat Malaysia adalah pada tahun 1970 oleh Almarhum Raja Faisal Abdulaziz Al-Saud. Kemudian pada tahun 2006, Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud pula melawat Malaysia. 


SAMBUTAN NEGARA DI DATARAN PARLIMEN.


Yang Maha Mulia Raja Salman Abdulaziz Al-Saud kemudian dibawa ke Parlimen untuk diberi Sambutan Negara dan untuk bertemu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Baginda dan rombongan tiba di Dataran Parlimen pada pukul 11.50 pagi dan disambut oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhamamd V. Istiadat Sambutan Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh Pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Selesai lagu kebangsaan dimainkan, tembakan meriam 21 das menyusul. Raja Salman kemudiannya memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada 4 pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Azlan Shah Baharom. Selesai pemeriksaan kawalan kehormatan, Baginda serta rombongan kemudian diperkenalkan dengan anggota Jemaah Menteri dan wakil diplomat asing di Malaysia. Baginda serta rombongan akan berada selama 4 hari di Malaysia sehingga1 Mac dalam rangka lawatan baginda ke rantau Asia Tenggara. 

Sultan Muhammad V bersalaman dengan Raja Salman.


Raja Salman mengangkat tabik hormat ketika lagu kebangsaan Arab Saudi dimainkan.

Raja Salman memeriksa barisan kawalan kehormat.

Mengangkat tabik hormat kepada barisan kawalan kehormat.

Yang Maha Mulia Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang berusia 81 tahun.

Monday, 20 February 2017

Kemangkatan Bonda Raja Tonga.

Her Majesty Queen Halaevalu Mata'aho
The Queen Mother of Tonga,
K.G.C.C.P., K.G.C.C.C.T., K.G.C.Q
S., D.K.G.T.R.F.O., R.T.R.C.M., Queen Elizabeth II Coronation Medal,  Queen Elizabeth II Silver Jubilee Medal(United Kingdom), Grand Cross Special Class of the Order of Propitious Cloud(Taiwan), Grand Cross of the Order of Merit Special Class(Republic of Germany), Dame Grand Cordon of the Order of Precious Crown(Japan).

Queen Mata'aho ketika muda.

Dukacita dimaklumkan bahawa Bonda kepada Raja Tonga iaitu Queen Mother Halaevalu Mata'aho telah mangkat pada 19 Februari 2017 pada usia 91 tahun. Baginda mangkat di Hospital Auckland, New Zealand. Baginda merupakan bonda kepada Raja Tonga King Tupou VI. Baginda merupakan Permaisuri Tonga bermula tahun 1965 hingga 2006. 


Diputerikan pada 29 Mei 1926 di Tonga. Baginda mendirikan rumah tangga dengan putera kepada Ratu Tonga Queen Saote Tupou III iaitu Siaosi Taufa'ahau Tupoulahi pada tahun 1947. Bonda mertua baginda Queen Saote Tupou III mangkat pada tahun 1965. Maka suami baginda menaiki tahta Tonga pada tahun 1965 dengan bergelar King Taufa'ahau Tupou IV. Baginda menjadi Permaisuri Tonga dengan bergelar Queen Halaevalu Mata'aho.

Ketika ditabalkan pada tahun 1967.

King Tupou VI mangkat pada tahun 2006 setelah 41 tahun memerintah Tonga. Putera sulung baginda menggantikan ayahandanya sebagai Raja Tonga dengan gelaran King George Tupou V. Kemudian King George Tupou V mangkat pada 18 Mac 2012. Raja Tonga sekarang ialah putera kedua baginda iaitu King Tupou VI. Semenjak tahun 2006 baginda bergelar Her Majesty Queen Mother of Tonga sehinggalah kemangkatan baginda pada 19 Februari lepas. Baginda meninggalkan seorang putera iaitu Raja Tonga serta dua puteri serta 11 cucu dan beberapa orang cicit.


Tuesday, 14 February 2017

Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah 2009

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Ke 34 Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah menyambut Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan sebagai Sultan Perak pada 3 Februari 2009. Baginda menitahkan bahawa sambutan ini diadakan secara sederhan sahaja. Sambutan Jubli Perak ini dimulakan pada 2 Februari 2009 dengan majlis kesyukuran dan bacaan Yassin di Masjid Ubudiah. Seterusnya pada pagi 3 Februari 2009 diadakan istiadat kawalan kehormatan di perkarangan Istana Iskandariah. Selepas itu pada hari yang sama diadakan juga Istiadat Persembahan Taat Setia dan Ucapan Tahniah serta Pengurniaan Khas Darjah Kebesaran Azlanii di Balairong Seri Istana Iskandariah. Istiadat Santapan Diraja diadakan pada 14 Februari 2009 di Dewan Santapan Istana Iskandariah. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta Raja-Raja Melayu dan Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Santapan ini. Turut berangkat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Terdapat beberapa aktiviti lagi disusun sempena sambutan ini. Kesemua perbelanjaan sempena Sambutan Jubli Perak ini ditanggung oleh keluarga diraja Perak disebabkan baginda tidak mahu membebankan kerajaan negeri.

Istiadat Persembahan Taat Setia dan Ucapan Tahniah Serta Penganugerahan Darjah Kebesaran Khas Sempena Sambutan Jubli Perak Sultan Azlan Shah.

Bersempena dengan sambutan Jubli Perak Sultan Azlan Shah, baginda berkenan mengurniakan Darjah Dato Seri Azlanii kepada 25 penerima. Darjah Kebesaran Khas ini hanya dikurniakan sekali sahaja dan membawa gelaran Dato Seri. Mengetuai senarai ialah YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan. Antara penerima lain ialah Bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar, Mufti Perak Dato Seri Harussani Zakaria, Bekas Panglima Tentera Darat Jen(B) Tan Sri 
Zahidi Zainuddin dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Abdul Shukor Abdullah. 

Penerima lain terdiri daripada Datuk Seri Annuar Zaini, Tan Sri Robaayah Zambahari, Datuk Seri S Sinadurai dan adinda ipar Sultan Azlan, Datuk Seri Kamarulzaman Mohd Ali dan Datuk Seri Zulkifli Mohd Ali.

Keberangkatan masuk ke Balairong Seri.


Sultan Azlan Shah, Tuanku Bainun diiringi oleh Raja Nazrin dan Tuanku Zara.


Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun.


Paduka Seri Sultan Azlan Shah menyampaikan titah diraja.

DYTM Raja Nazrin Shah menyampaikan ucapan tahniah mewakili Raja-Raja, kerabat diraja dan pembesar negeri.

Kekanda Sultan Azlan Shah, Almarhum Raja Dato Seri Baharum dan menantu Sultan Azlan Shah.

Almarhum YTM Raja Dato Seri Ashman Shah.

Istiadat Santapan Diraja Sempena Sambutan Jubli Perak Sultan Azlan Shah.

Keberangkatan tiba Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah disambut oleh Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun.

Tetamu diraja :
Berdiri dari kiri: Tuanku Syed Faizzuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Raja Dr Nazrin Shah, Tun AhmadShah Abdullah, Tun Abang Sallehuddin, Sultan Ismail Petra, Sultan Abdul Halim, Tuanku Mizan, Sultan Azlan Shah, Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Ahmad Shah, Sultan Sharafuddin, Tun Abdul Rahman Abbas, Tun Khalil Yaakob, Raja Jaafar, Dato Seri Najib, Tunku Ibrahim Ismail dan Tengku Baderulzaman. 
Duduk dari kiri : Tuanku Lailatul, Tun Jeanne Abdullah, Raja Perempuan Muzwin, Tuanku Zara, Toh Puan Dayang Masuyah, Tengku Anis, Sultanah Haminah, Tuanku Nur Zahirah, Tuanku Bainun, Raja Isteri Saleha, Raja Isteri Azrinaz, Toh Puan Majimor, Toh Puan Zurina, Raja Nor Mahani, Datin Seri Rosmah, Raja Zarith Sofiah dan Toh Puan Wan Hidayah.

Sultan Azlan Shah bersama dengan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sultan Azlan Shah bersalaman dengan Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah.


Wednesday, 8 February 2017

Senarai Susunan Kekananan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

SENARAI SUSUNAN KEKANANAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA, DAN TUAN-TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI.

1. SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V,
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.(Selangor), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.(Terengganu), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.
Menaiki takhta Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan pada 13 September 2010.
Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 ( 13.Disember.2011 - 12.Disember.2016)

2. SULTAN KEDAH DARUL AMAN

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Al-Mu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K(Brunei),D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K.,S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of  St. John.,Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordonmof the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan),Collar of the Order of Pahlavi(Iran),Collar of the Order of Charles III(Spain), Nishan-e-Pakistan 1st Class(Pakistan), Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Royal House of Chakri(Thailand).
Menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 15 Julai 1958. Ditabalkan sebagai KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 20 Februari 1959.
Yang Di-Pertuan Agong Ke-5 (21.September.1970- 20.September.1975)
Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 (13.Disember.2011 - 12.Disember.2016)
Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-4 (21.September.1965 - 20.September.1970)
Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 (13.Disember.2006 - 12.Disember.2011)

3. SULTAN PAHANG DARUL MAKMUR

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, 
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B., D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia), Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya), LLD hc (Northrop, USA), Hon.D.Sc. (Bedfordshire, UK.), Hon. PhD. (Civil Engineering) Universiti Malaysia Pahang). 
Menaiki takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 7 Mei 1974. Ditabalkan sebagai KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Darul Makmur pada 6 Mei 1975.
Yang Di-Pertuan Agong Ke-7 (26.April.1979 - 25.April.1984)
Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-6 (21.September.1975 - 29.Mac.1979)

4. SULTAN TERENGGANU DARUL IMAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, 
D.K.T., D.K.R., D.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia). 
Menaiki takhta Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman pada 15 Mei 1998. Dimahkotakan sebagai KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman pada 4 Mac 1999.
Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 (13.Disember.2006 - 12.Disember.2011)
Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-11 (26.April.1999 - 12.Disember.2001)
Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-12 (13.Disember.2001 - 12.Disember.2006)

5. RAJA PERLIS

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, 
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L'Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L'Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra (Arab Saudi), Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan).
Menaiki Takhta Kerajaan Negeri Perlis pada 17 April 2000. Ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis pada 7 Mei 2001.
Yang Di-Pertuan Agong Ke-12 (13.Disember.2001 - 12.Disember.2006)

6. SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, 
D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France). 
 Menaiki Takhta Kerajaan Negeri Selangor pada 22 November 2001. Dimahkotakan sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 8 Mac 2003.

7. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 
D.K., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T. 
 Menaiki Takhta Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada 29 Disember 2008. Ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 26 Oktober 2009.

8. SULTAN JOHOR DARUL TA'ZIM

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Perak),D.K.(Kelantan),D.K.(Perlis),D.K.(Selangor),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Terengganu),D.K.M.B.(Brunei),S.P.M.J.,S.S.I.J.,S.P.M.T.,S.M.N.,S.P.M.K.,S.P.M.P.,P.I.S.
Menaiki Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 23 Januari 2010. Dimahkotakan pada 23 Mac 2015.

9. SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, 
D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Perlis), S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P., S.P.M.P.(Perlis), Ph.D (Harvard). 
 Menaiki Takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 29 Mei 2014. Ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 6 Mei 2015.
Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 (13.Disember.2016 - sekarang).

10. PEMANGKU RAJA KELANTAN DARUL NAIM

Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra,D.K., S.P.M.K., Ph.D.(UCL).
Dilantik sebagai Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Darul Naim pada 8 Disember 2016.

11. YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, 
D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N.
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1hb. Mei 2001 selama tempoh 4 tahun;
Dilantik semula pada 1hb Mei 2005 selama tempoh 4 tahun;
Dilantik semula pada 1hb Mei 2009 selama tempoh 2 tahun;
Dilantik semula pada 1hb Mei 2011 selama tempoh 2 tahun; dan
Dilantik semula pada 1hb Mei 2013 selama tempoh 2 tahun, dan
Dilantik semula pada 1hb Mei 2015 selama tempoh 2 tahun.

12. YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Bin Yaakob, 
S.M.N., D.U.N.M., S.U.M.Z., S.J.M.K., S.S.A.P., P.S.M., S.I.M.P., S.P.D.K., D.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P., G.C.O.M. (GER)
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 4hb. Jun 2004 selama tempoh 4 tahun;
Dilantik semula pada 4hb Jun 2008 selama tempoh 4 tahun; dan
Dilantik semula pada 4hb Jun 2012 selama tempoh 4 tahun, dan
Dilantik semula pada 4hb Jun 2016 selama tempoh 4 tahun.

13. YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin, 
S.M.N., S.P.D.K., P.G.D.K., P.J.N., A.S.D.K., J.P. 
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1hb. Januari 2011 selama tempoh 4 tahun; dan
Dilantik semula pada 1hb Januari 2015 selama tempoh 4 tahun.

14. YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud, 
S.M.N., S.B.S., D.K.(Johor), D.K. (Pahang), D.P., P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., S.S.D.K., S.S.A.P., D.G.S.M., D.P.P.N., S.S.S.A., S.P.M.T., KT.W.E. (Thailand), KEPN (Indonesia), S.P.M.B. (Brunei), K.O.U. (Korea), AO (Australia), P.C.D. 
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1hb. Mac 2014 selama tempoh 4 tahun.

MANTAN SULTAN KELANTAN DARUL NAIM 

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Selangor),D.K.(Johor),D.K.(Kedah),D.K.(Perak),D.K.(Terengganu),D.K.(Perlis),D.K.M.B.(Brunei),D.P.S.S.,D.P.(Sarawak),S.P.M.K.,S.J.M.K.,S.P.K.K.,S.P.S.K.
Naik Takhta Kelantan Darul Naim pada 30 Mac 1980 (diturunkan takhta pada 13 September 2010 kerana kegeringan).

Khas Sempena Keputeraan Tunku : Almarhum Tunku, Putera Berjiwa Emas.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Tarikh 8 Februari 1903 menyaksikan keputeraan seorang putera kepada Sultan Kedah Darul Aman yang diberi nama Tunku Abdul Rahman Putra. Pada hari ini, tanggal 8 Februari 2017 merupakan hari keputeraan Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra yang ke-114. Diputerakan di Istana Pelamin, Alor Star, Tunku Abdul Rahman merupakan putera ke-7 dan anakanda ke-20 kepada Sultan Kedah Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Bonda beliau ialah Cik Menyelara, salah seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah diraja. Walaupun bergelar putera seorang Sultan, Tunku tidak terbuai dengan kemewahan dan kesenangan. Keprihatinan beliau akan nasib bangsa Melayu membezakan antara Tunku dan putera-putera raja yang lain. Beliau tidak hanya berdiam diri melihat negara dan bangsanya mundur dan menderita. 


Berbekalkan taraf pelajaran sebagai seorang lulusan Undang-undang daripada Inner Temple, England yang melayakkan beliau menjadi seorang peguam pada tahun 1949, Tunku memulakan kerjaya perundangan beliau sebagai Pegawai Undang-Undang di Alor Star. Sebenarnya, Tunku telah memulakan kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam seawal tahun 1931 lagi. Sewaktu berkhidmat di Kuala Lumpur pada tahun 1950, semangat nasionalisme untuk menentang penjajahan sedang menular dikalangan rakyat. Beliau yang menjadi Pengerusi UMNO Kedah pada tahun 1949 juga merasakan semangat nasionalisme ini. Presiden UMNO Dato'Onn Jaafar meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO pada tahun 1951 dan Tunku dilantik sebagai Presiden yang baru. Tunku berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada Malaya. Itulah fokus utama Tunku setelah dipilih sebagai pemimpin parti politik terbesar pada waktu itu. 


Kegigihan Tunku untuk melihat tanah air dan bangsanya merdeka dibuktikan dengan misi beliau ke London untuk berbincang dengan pihak British berkenaan kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku telah selamat sampai ke London pada 14 Januari 1956. Usaha Tunku menampakkan hasil apabila Perjanjian Kemerdekaan ditandatangani di Lancestor House, Londn pada 8 Februari 1956. Akhirnya, dengan diplomasi yang digunakan oleh Tunku, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kalimah"MERDEKA" yang diucapkan oleh Tunku bergema di segenap ruang Stadium Merdeka,Kuala Lumpur di hadapan Raja-Raja Melayu dan 20 ribu rakyat jelata Persekutuan Tanah Melayu. Tunku diberi gelaran Bapa Kemerdekaan atas usaha dan penat lelah Tunku untuk memastikan Tanah Melayu bebas dari penjajahan British. Semangat nasionalisme yang tinggi dalam diri Tunku menjadikan beliau seorang pemimpin sejati. Sebagai seorang putera raja, beliau boleh hidup senang lenang tanpa memikirkan masalah rakyat jelata. Tetapi diatas semangat cintakan bangsa dan negara, beliau bangun untuk mempertahankan bangsa dan tanah air dan seterusnya berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Atas pengorbanan masa dan tenaga seorang insan bernama Tunku Abdul Rahman Putra, kita dapat mengecapi kemerdekaan selama 60 tahun pada tahun ini. 

Gaya seorang putera.

Sesudah mencapai kemerdekaan, Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Pertama Persekutuan Tanah Melayu. Semakin berat tugas Tunku untuk mengemudi sebuah negara baru untuk dibawa ke persada antarabangsa. Tunku telah menetapkan dasar luar negara yang selari dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tunku mencadangkan penubuhan Persatuan Asia Tenggara(ASA) dan telah ditubuhkan secara rasmi pada Julai 1961 di Bangkok Thailand. Pertubuhan ini kemudiannya digantikan dengan pertubuhan yang lebih besar iaitu ASEAN pada tahun 1967. Dibawah pentadbiran Tunku, Malaysia merupakan ahli PBB, ASEAN, MAPHILINDO, WHO, UNESCO, dan juga OIC. Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) merupakan cetusan idea Tunku. Maka, apabila OIC ditubuhkan pada tahun 1969, Tunku dilantik sebagai Setiausaha Agong Pertama OIC. Tunku bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970 setelah 13 tahun menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. 

Tunku sewaktu berusia pertengahan 80-an.

Putera berjiwa emas ini telah mangkat pada 6 Disember 1990 pada usia 87 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu, Tun Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah dan meninggalkan jutaan rakyat Malaysia. Jenazah beliau diberi penghormatan terakhir di Parlimen sebelum dibawa pulang ke Alor Star Kedah. Didalam wasiat beliau yang terakhir, beliau menolak peruntukan kerajaan untuk mmakamkan beliau di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Sebaliknya beliau mahu dimakamkan di Makam Diraja Langgar,Alor Star bersama kaum kerabat beliau. Istiadat pemakaman Tunku diadakan pada 7 Disember 1990 dan beliau selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Alor Star, Kedah.
Bersempena Hari Keputeraan ke 114 Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada hari ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Almarhum Tunku. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat keatas roh Almarhum Tunku dan menempatkan rohnya bersama orang-orang beriman. 

Senyuman manis Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...