Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 28 January 2014

YABhg Tun Dato' Seri Sharifah Rodziah Barakbah.



Jika ditanya pada generasi sekarang siapakah gerangan pemilik nama Sharifah Rodziah ini, pasti ramai yang tidak tahu siapakah beliau. Inilah gerangannya wanita yang setia di sisi Perdana Menteri Pertama Malaysia, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Gelaran penuh beliau ialah Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Hajah Sharifah Rodziah Binti Syed Alwi Barakbah, S.M.N.,S.P.M.T.(Terengganu),Order of Ratnaphore(Thailand), Order of Queen Sheba(Ethiopia).


Dilahirkan pada tahun 1920 di Alor Star, Kedah, beliau merupakan seorang saudara jauh kepada Tunku Abdul Rahman Putra. Beliau merupakan puteri kepada Syed Muhammad Alwi Barakbah yang berketurunan  Hadhrami-Melayu, yang nenek moyang beliau berhijrah dari Hadhramaut ke negeri Kedah Darul Aman. Beliau bersaudara dengan bekas TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Syed Sheh Hassan Barakbah.

Tun Sharifah merupakan isteri ketiga kepada Tunku Abdul Rahman. Kali pertama Tunku berkahwin dengan Cik Puan Mariam Abdullah, seorang wanita berketurunan Cina. Cik Puan Mariam meninggal dunia pada tahu 1934 dan Tunku berkahwin buat kali keduanya dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya ketika menetap di England. Namun, Tunku dititahkan untuk menceraikan Violet kerana kerabat Diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris. Seterusnya, barulah Tunku bertemu jodoh dengan Tun Sharifah pada tahun 1939. Ketika itu Tun Sharifah baru sahaja berusia 19 tahun. Sebenarnya, beliau merupakan adik kepada rakan baik Tunku di England iaitu Syed Omar Barakbah. Namun perkahwinan ini tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Lalu, beliau dan Tunku mengambil tiga orang anak angkat iaitu Sulaiman, Mariam dan  Faridah.


Sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, beliau amat menyokong kuat akan kerjaya suaminya. Beliau sering mendampingi Tunku dan memberikan semangat kepada Tunku untuk negara mencapai kemerdekaan. Beliau turut sama berkorban bersama para wanita untuk mempersiapkan negara menuju kemerdekaan. Beliau merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Wanita  dan juga Presiden Seumur Hidup Persatuan Bola Sepak Wanita Asia bermula tahun 1974 hingga 2000.

Tun Sharifah Rodziah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T.) oleh Tuanku Ismail Nasiruddin. Untuk mengenang jasa beliau, pada 31 Ogos 1970, Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Ismail Nasiruddin berkenan menganugerahkan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran 'Tun' kepada beliau. Beliau merupakan penerima wanita tunggal darjah kebesaran ini daripada kalangan orang kebanyakan. Sebelum ini, darjah S.M.N. ini hanya dikurniakan kepada permaisuri sahaja untuk penerima dari kalangan wanita. Tun Sharifah menghembuskan nafas terakhir pada 12 Mac 2000, sepuluh tahun selepas pemergian Almarhum Tunku pada usia 80 tahun. Beliau dimakamkan di Makam DiRaja Langgar Alor Star bersebelahan dengan makam suaminya. 

Ketika menerima Seri Maharaja Mangku Negara di Istana Negara.

Kenangan bersama suami beliau.



Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Monday 27 January 2014

Pendidikan Yang Di-Pertuan Agong..


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA DYMM TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM TUANKU MUHAMMAD,

- Sekolah Melayu Kuala Jempol, Negeri Sembilan.
- Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Kuala  Kangsar, Perak.
- Inner Temple, London ( Barr-at-Law ).




SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA DYMM SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ALA'EDDIN SULAIMAN SHAH ALHAJ,

- Sekolah Melayu Kuala Langat,Selangor.
- Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Kuala Kangsar,Perak.




SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA KDYMM TUANKU SYED PUTRA IBNI ALMARHUM SYED HASSAN JAMALULLAIL,

- Sekolah Melayu Arau, Perlis.
- Sekolah Inggeris Kerajaan, Perlis.
- Penang Free School, Pulau Pinang.


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT KDYMM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN ZAINAL ABIDIN.

- Sekolah Melayu Kuala Terengganu, Terengganu.
- Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Kuala Kangsar, Perak.





SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM KDYMM TUANKU YAHYA PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN IBRAHIM,

- Sekolah Francis Light, Pulau Pinang.
- Kolej di England.




SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH KDYMM SULTAN HAJI AHMAD SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR,

- Sekolah Melayu Pekan, Pahang.
 - Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Kuala Kangsar, Perak.
- Kolej Clifford, Kuala Lipis, Pahang.
- Worcester College,Oxford,England.
- University College of South West England, Exeter University, Devon, United Kingdom.
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN DYMM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL,

- Sekolah Rendah Ngee Heng,Johor.
- Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
- Trinity Grammar School, Sydney, New South Wales, Australia.
- South Devon Technology College, Torquay, England.


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN DYMM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULAHU-LAH,

- Sekolah Inggeris Batu Gajah, Perak.
 - Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Kuala Kangsar, Perak.
- Doctor of Civil Law (DCL) University of Nottingham, United Kingdom.
- Barr-at- Law - Honourable Society of Lincoln's Inn, London.

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH DYMM TUANKU JAAFAR IBNI ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN,

-Sekolah Melayu Seri Menanti, Negeri Sembilan.
- Sekolah King George V, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
- Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Kuala Kangsar, Perak.
- Raffles College, Singapura.
- Bachelor of Law , University of Nottingham, United Kingdom.
- Balliol College, Oxford, United Kingdom.
- London School of Economic (LSE) , London.





SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS DYMM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH ALHAJ,

- Sekolah Melayu Pengkalan Batu, Klang, Selangor.

- Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Kuala Kangsar, Perak.
- School of Oriental and Afircan Studies, University of London, United Kingdom.
- Kolej Tentera Persekutuan, Port Dickson, Negeri Sembilan.





SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUABELAS KDYMM TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL,

- Sekolah Melayu Tengku Budriah, Arau, Perlis.
- Sekolah Rendah Wellesley, Pulau Pinang.
- Westland School, Pulau Pinang.
- Penang Free School, Pulau Pinang.
- Wellingborough School, London.
- Royal Military Academy, Sandhurst, England.
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGABELAS KDYMM TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD ALMUKTAFI BILLAH SHAH,

- Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
- Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
- Geelong Grammar School, Victoria, Australia.
- Army School of Languages, Royal Military Academy, Sandhurst, England.
- US International University-Europe, London.





SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA DAN KEEMPATBELAS KDYMM TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MUADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,

- Sekolah Melayu Titi Gajah, Kedah.
- Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah.
- Wadham College, Oxford, United Kingdom.

Thursday 23 January 2014

WAJAH-WAJAH : Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Afzan.

Segmen WAJAH-WAJAH kali ini menampilkan pasangan DiRaja daripada negeri Pahang Darul Makmur. Pasangan ini menaiki takhta persekutuan sebagai Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke 7. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Almustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muazzam Shah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Afzan Binti Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad menaiki takhta persekutuan bermula 29 Mac 1979 hingga 25 April 1984. Baginda berdua bertemu jodoh pada 22 April 1944. Pasangan ini dikurniakan 2 putera dan 5 puteri. Menaiki takhta negeri Pahang Darul Makmur setelah kemangkatan Sultan Abu Bakar pada 7 Mei 1974. Tengku Ampuan Afzan mangkat pada 29 Jun 1988 pada usia 55 tahun akibat kanser.  Sultan Ahmad Shah telah berkahwin sekali lagi dan isteri kedua baginda itu dikurniakan gelaran DYMM Sultanah Hajah Kalsom. 


Potret rasmi sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 7.

Baginda berdua menghadiri Majlis Angkatan Tentera. Turut kelihatan Tun Musa Hitam yang ketika itu Menteri Kabinet.


Baginda berdua bergambar di Istana Negara.

Baginda berdua bergambar di hadapan Singgahsana Istana Abu Bakar Pekan Pahang.

Baginda berdua rajin mencemar duli melawat rakyat di seluruh ceruk rantau negeri Pahang.

Baginda berdua sewaktu zaman muda menghadiri suatu majlis.

Baginda berdua bersama DYTM Tuanku Syed Sirajuddin(Raja Muda Perlis ketika itu) semasa membuat lawatan rasmi ke negeri Perlis. 

Potret baginda berdua sebagai KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM Tengku Ampuan Pahang Darul Makmur.

Tuanku berdua di atas Singgahsana Istana Negara sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 7.

Baginda berdua bersama Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Hajah Fatimah Binti Almarhum Sultan Sir Alang Iskandar Shah yang merupakan Paduka Bonda kepada Sultan Ahmad Shah. Tengku Ampuan Fatimah juga merupakan kekanda kepada Sultan Perak DYMM Sultan Idris Shah II.

Santapan Diraja Di London 1993.


Malaysia dan United Kingdom menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi,pendidikan dan banyak lagi. Para pemimpin juga membuat lawatan ke negara masing-masing untuk mengukuhkan perhubungan antara dua negara ini. Kali pertama Malaysia membuat lawatan negara ke United Kingdom pada Julai 1974 oleh Yang Di-Pertuan Agong ke 5 Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tuanku Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kali kedua pula lawatan negara ke United Kingdom dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong ke 9 Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin dan Tuanku Bainun pada November 1993. Sultan Azlan selaku Ketua Negara berkenan mengadakan Istiadat Santapan Diraja di London. Istiadat santapan ini diadakan di Bilik Emas (Gold Room) Hotel Dorchester, London pada 11 November 1993. Istiadat santapan ini dihadiri oleh HM Queen Elizabeth II dan suami baginda HRH Prince Philip Duke of Edinburgh, HRH Princess of Wales Princess Diana, HRH Prince and Princess Michael of Kent, HRH Duke and Duchess of Kent, HRH Duke dan Duchess of Gloucester, dan beberapa kerabat diraja Britain, Turut berangkat, Pemangku Raja Perak, DYMM Raja Dr Nazrin Shah.

Gold Room Dochester Hotel London.

Gambar kenangan sebelum santapan.


Mendiang Princess of Wales,Princess Diana, Sultan Azlan dan Queen Elizabeth.

Sultan Azlan, Queen Elizabeth dan Tuanku Bainun.

Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dan Ratu England.

Duchess of Kent dan Princess of Wales.

Princess Diana dan Raja Dr Nazrin Shah.

Sultan Azlan menyambut keberangkatan tiba Queen Elizabeth dan suami.

Tuanku Bainun bersalaman dengan Queen Elizabeth.


Menuju ke Bilik Santapan.




Duchess of Kent, Princess of Wales, Sultan Azlan, Queen Elizabeth dan Tuanku Bainun.

Prince dan Princess Michael of Kent.

Princess Diana, Raja Nazrin, Sultan Azlan dan Queen Elizabeth.

Tuesday 21 January 2014

DYMM Sultan Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah..



Segmen PEWARIS menampilkan seorang putera raja dari negeri Perak Darul Ridzuan. Baginda pernah mendapat jolokan "Putera Idaman" bagi gadis Malaysia. Baginda jugalah "Prince Charming" bagi negara kita.  Baginda yang dimaksudkan ialah 

Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K.,D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K(Selangor),D.K.(Kelantan),S.P.C.M.,S.P.T.S.,S.P.M.P.(Perlis),Ph.D.(Harvard).


Diputerakan pada tanggal 27 November 1956 di Pulau Pinang. Pada ketika itu bonda baginda, DYMM Tuanku Bainun masih mengajar di Pulau Pinang. Baginda merupakan anakanda sulung kepada pasangan DYMM Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah dan DYMM Tuanku Bainun Binti Mohd Ali. Sultan Azlan bergelar seorang majistret semasa Raja Nazrin dilahirkan. Merupakan anakanda sulung daripada 5 orang adik beradik, baginda mendapat pendidikan awal di St John Institution Kuala Lumpur. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke Ley's School,Cambridge dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Falsafah,Politik dan Ekonomi daripada Worcester College,Oxford pada tahun 1979. Seterusnya baginda memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam daripada Kennedy School of Government,Harvard pada 1984 dan memperoleh Doktor Falsafah dalam bidang Politik ,Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.


Baginda bertemu jodoh dengan Zara Binti Salim Davidson pada 17 Mei 2007 selepas berkenalan selama 8 tahun. Baginda berusia 51 tahun manakala Zara Salim berusia 34 tahun. Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Iskandariah Bukit Chandan Kuala Kangsar. Zara Salim telah diisytiharkan sebagai DYTM Raja Puan Besar Perak oleh Sultan Perak dan dikurniakan Darjah Kerabat Sultan Azlan (DKSA). Perkahwinan baginda berdua setakat ini dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera pertama baginda yang dilahirkan pada 2008 diberi nama YTM Raja Azlan Muzaffar Shah Ibni Raja Dr Nazrin Shah manakala puteri baginda yang dilahirkan pada 2011 diberi nama YTM Raja Nazira Safya Shah Binti Raja Dr Nazrin Shah.


Sultan Nazrin pernah berkhidmat dengan PETRONAS di bahagian pengurusan korporat bermula tahun 1979 hingga 1982. Baginda diberi gelaran Raja Kechil Besar Perak oleh ayahanda baginda pada 16 Februari 1984. Setelah kemangkatan Raja Muda Perak, Raja Ahmad Saifuddin Sultan Iskandar, maka Raja Dr Nazrin telah dinaikkan ke jawatan Raja Muda Perak pada tahun 1987. Baginda pertama kali menjadi Pemangku Raja Perak adalah pada tahun 1989 apabila ayahanda baginda menaiki takhta persekutuan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke 9. Kini, baginda sekali lagi bergelar Pemangku Raja apabila ayahanda baginda gering.


Sultan Nazrin merupakan seorang yang dihormati dalam pelbagai bidang. Baginda merupakan Pro Cancelor Universiti Malaya bermula tahun 1989. Keprihatinan baginda terhadap bidang pelajaran amat terserlah. Baginda juga merupakan Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005. Baginda juga merupakan Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan sering berangkat ke majlis keagamaan di dalam negeri. Baginda juga menjawat jawatan sebagai Lembaga Gabenor Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semenjak tahun 2005. Raja Nazrin dianugerahkan Ijazah Sarjana Kehormat Pengurusan Bisnes dari Cranfield Institute of Technology, United Kingdom pada tahun 1993. Pada tahun 1999 pula, baginda dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Ekonomi daripada Universiti Soka, Jepun.


Ketika zaman muda.

Sultan Nazrin dimasyhurkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 pada 29 Mei 2014 menggantikan ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah yang mangkat. Baginda dan isteri, DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim ditabalkan sebagai Sultan dan Raja Permaisuri Perak dalam istiadat yang penuh gilang gemilang pada 6 Mei 2015.

Raja Nazrin bersama Almarhum Sultan Mahmud dan Tuanku Abdul Halim.

Bersama keluarga baginda.


Selaku Pro Cancellor Universiti Malaya.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...