Anda Pengunjung Ke :

Sunday 12 January 2014

3 Orang Permaisuri / Ratu dalam sesebuah Negara / Negeri.

Dalam sesebuah monarki, hanya ada seorang sahaja permaisuri atau Ratu yang bertakhta. Namun tidak dapat dinafikan kedudukan bekas permaisuri yang pernah bertakhta sebelumnya. Dalam tradisi keluarga Diraja di mana jua,bekas permaisuri yang pernah bertakhta akan diberikan gelaran tertentu mengikut kesesuaian dan budi bicara Raja yang memerintah. Bekas permaisuri ini mempunyai kedudukan dan kemuliaan mereka yang tersendiri dan mempunyai tempat dalam urusan rasmi kerajaan.

Tercatat juga dalam kisah monarki diraja, terdapat 3 orang Permaisuri atau Ratu yang masih hidup dalam sesebuah negara atau negeri. Hal ini bermaksud terdapat seorang Permaisuri yang berada di atas takhta dan dua orang bekas Permaisuri yang masih diberi gelaran Diraja. Di Malaysia, hal ini pernah terjadi di negeri Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor.

Negeri Terengganu Darul Iman.


Dari kiri : KDYMM Sultanah Nur Zahirah, KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, YMM Tuanku Intan Zaharah dan Almarhum Tengku Ampuan Bariah.


Apabila DYTM Tengku Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1998 menggantikan ayahanda baginda Almarhum Sultan Mahmud yang mangkat, isteri baginda, YM Cik Puan Sri Rozita Binti Adil Bakeri  diberi gelaran Permaisuri Nur Zahirah,Permaisuri Terengganu. Ketika itu, terdapat dua orang bekas Permaisuri negeri Terengganu iaitu Tengku Ampuan Intan Zaharah dan balu Almarhum Sultan Mahmud iaitu Tengku Ampuan Besar Bariah Binti Sultan Hisamuddin. Tuanku Intan Zaharah ketika itu menyandang gelaran YMM Tengku Ampuan Terengganu. Dengan pertabalan Sultan Mizan sebagai Sultan Terengganu yang baru, maka, gelaran YMM Tengku Ampuan Terengganu diberi kepada Tengku Ampuan Bariah dan Tuanku Intan Zaharah diberi gelaran YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu. 3 orang permaisuri ini melambangkan 3 generasi kerabat diraja Terengganu. Tengku Ampuan Bariah telah mangkat pada tahun 2011. Manakala Tuanku Intan Zaharah mangkat pada tahun 2015.

Negeri Sembilan Darul Khusus.


YMM Tuanku Najihah, Almarhum Tuanku Ampuan Durah dan Almarhum Tuanku Kurshiah.


Kisah yang agak unik yang hanya berlaku di Negeri Sembilan . Kisah dimana tiga beradik menjadi Permaisuri negeri secara berturut-turut. Apabila Tuanku Jaafar ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1967, isteri baginda telah diberi gelaran DYMM Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Pada masa itu, Negeri Sembilan mempunyai dua orang bekas permaisuri iaitu Tuanku Puan Besar Kurshiah dan Tuanku Ampuan Durah. Ketiga-tiga permaisuri ini merupakan puteri kepada YAM Tunku Besar Burhanuddin. Kedua-dua bekas permaisuri ini masih mempunyai gelaran dan dipanggil Tuanku. Tuanku Kurshiah dan Tuanku Ampuan Durah mangkat pada tahun 1999.

Negeri Johor Darul Takzim.

DYMM Tuanku Zarith Sofiah, YAM Tunku Puan Zanariah dan YAM Tunku Puan Nora.


Permaisuri negeri Johor sekarang ialah DYMM Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Negeri Johor juga mempunyai dua orang bekas Sultanah iaitu Tunku Puan Nora dan Tunku Puan Zanariah. Tunku Puan Nora dan Tunku Puan Zanariah adalah adik beradik dan merupakan puteri kepada Almarhum Tengku Ahmad,seorang kerabat diraja Kelantan.Tunku Puan Nora merupakan nenda tiri kepada Sultan Ibrahim manakala Tunku Puan Zanariah ialah bonda tiri kepada Sultan Ibrahim. Tunku Puan Zanariah mangkat pada tahun 2019.


United Kingdom.


Queen Elizabeth, Queen Mary dan Queen Elizabeth The Queen Mother pada tahun 1952.


Di United Kingdom juga mengalami perkara yang sama apabila King George V yang merupakan ayahanda kepada Queen Elizabeth II mangkat di usia 56 tahun pada tahun 1952. Ketika itu bonda King George VI, Queen Mary masih hidup dan berusia 85 tahun. Apabila Queen Elizabeth ditabalkan sebagai Ratu England, bonda baginda diberi gelaran Queen Elizabeth The Queen Mother. 


Belgium.


Queen Fabiola, Queen Paola, King Albert, King Philippe dan Queen Mathilde.



Situasi yang sama sedang berlaku di Belgium apabila King Albert turun takhta pada 2013 dan anakanda baginda King Philippe menaiki takhta. Isteri baginda akan bergelar Queen Mathilde of Belgium. Dua orang permaisuri lagi ialah Queen Paola, yang merupakan bonda kepada King Philippe dan Queen Fabiola yang merupakan kekanda ipar kepada King Albert. Queen Fabiola menjadi Permaisuri Belgium pada tahun 1960 hingga 1993.


5 comments:

  1. Assalam tuan rumah....suka sangat tengok gambar-gambar semua.......banyak info, tq ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikummusalam..masuk le..terima kasih puan :)

      Delete
  2. Assalamualaikum. Blog yang sangat cantik. Tahniah.

    ReplyDelete
  3. Ratu dan permaisuri tak sama maksud. Ratu ialah seseorang yang memerintah sesebuah negara manakala permaisuri ialah title yang diberikan kepada isteri raja

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...