Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 21 January 2014

DYMM Sultan Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah..



Segmen PEWARIS menampilkan seorang putera raja dari negeri Perak Darul Ridzuan. Baginda pernah mendapat jolokan "Putera Idaman" bagi gadis Malaysia. Baginda jugalah "Prince Charming" bagi negara kita.  Baginda yang dimaksudkan ialah 

Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K.,D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K(Selangor),D.K.(Kelantan),S.P.C.M.,S.P.T.S.,S.P.M.P.(Perlis),Ph.D.(Harvard).


Diputerakan pada tanggal 27 November 1956 di Pulau Pinang. Pada ketika itu bonda baginda, DYMM Tuanku Bainun masih mengajar di Pulau Pinang. Baginda merupakan anakanda sulung kepada pasangan DYMM Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah dan DYMM Tuanku Bainun Binti Mohd Ali. Sultan Azlan bergelar seorang majistret semasa Raja Nazrin dilahirkan. Merupakan anakanda sulung daripada 5 orang adik beradik, baginda mendapat pendidikan awal di St John Institution Kuala Lumpur. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke Ley's School,Cambridge dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Falsafah,Politik dan Ekonomi daripada Worcester College,Oxford pada tahun 1979. Seterusnya baginda memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam daripada Kennedy School of Government,Harvard pada 1984 dan memperoleh Doktor Falsafah dalam bidang Politik ,Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.


Baginda bertemu jodoh dengan Zara Binti Salim Davidson pada 17 Mei 2007 selepas berkenalan selama 8 tahun. Baginda berusia 51 tahun manakala Zara Salim berusia 34 tahun. Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Iskandariah Bukit Chandan Kuala Kangsar. Zara Salim telah diisytiharkan sebagai DYTM Raja Puan Besar Perak oleh Sultan Perak dan dikurniakan Darjah Kerabat Sultan Azlan (DKSA). Perkahwinan baginda berdua setakat ini dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera pertama baginda yang dilahirkan pada 2008 diberi nama YTM Raja Azlan Muzaffar Shah Ibni Raja Dr Nazrin Shah manakala puteri baginda yang dilahirkan pada 2011 diberi nama YTM Raja Nazira Safya Shah Binti Raja Dr Nazrin Shah.


Sultan Nazrin pernah berkhidmat dengan PETRONAS di bahagian pengurusan korporat bermula tahun 1979 hingga 1982. Baginda diberi gelaran Raja Kechil Besar Perak oleh ayahanda baginda pada 16 Februari 1984. Setelah kemangkatan Raja Muda Perak, Raja Ahmad Saifuddin Sultan Iskandar, maka Raja Dr Nazrin telah dinaikkan ke jawatan Raja Muda Perak pada tahun 1987. Baginda pertama kali menjadi Pemangku Raja Perak adalah pada tahun 1989 apabila ayahanda baginda menaiki takhta persekutuan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke 9. Kini, baginda sekali lagi bergelar Pemangku Raja apabila ayahanda baginda gering.


Sultan Nazrin merupakan seorang yang dihormati dalam pelbagai bidang. Baginda merupakan Pro Cancelor Universiti Malaya bermula tahun 1989. Keprihatinan baginda terhadap bidang pelajaran amat terserlah. Baginda juga merupakan Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005. Baginda juga merupakan Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan sering berangkat ke majlis keagamaan di dalam negeri. Baginda juga menjawat jawatan sebagai Lembaga Gabenor Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semenjak tahun 2005. Raja Nazrin dianugerahkan Ijazah Sarjana Kehormat Pengurusan Bisnes dari Cranfield Institute of Technology, United Kingdom pada tahun 1993. Pada tahun 1999 pula, baginda dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Ekonomi daripada Universiti Soka, Jepun.


Ketika zaman muda.

Sultan Nazrin dimasyhurkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 pada 29 Mei 2014 menggantikan ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah yang mangkat. Baginda dan isteri, DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim ditabalkan sebagai Sultan dan Raja Permaisuri Perak dalam istiadat yang penuh gilang gemilang pada 6 Mei 2015.

Raja Nazrin bersama Almarhum Sultan Mahmud dan Tuanku Abdul Halim.

Bersama keluarga baginda.


Selaku Pro Cancellor Universiti Malaya.

5 comments:

  1. Jejaka idaman Malaya suatu ketika dulu.

    ReplyDelete
  2. Hahahaa putera raja yg paling hensem

    ReplyDelete
  3. Pemuji dari sastra yg penjaga keturunan kaum kerabat kesultanan negeri ydmm negara.selawat keatas nabi.sultan berjiwa rakyat.daulat tuanku.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...