Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 28 January 2014

YABhg Tun Dato' Seri Sharifah Rodziah Barakbah.



Jika ditanya pada generasi sekarang siapakah gerangan pemilik nama Sharifah Rodziah ini, pasti ramai yang tidak tahu siapakah beliau. Inilah gerangannya wanita yang setia di sisi Perdana Menteri Pertama Malaysia, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Gelaran penuh beliau ialah Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Hajah Sharifah Rodziah Binti Syed Alwi Barakbah, S.M.N.,S.P.M.T.(Terengganu),Order of Ratnaphore(Thailand), Order of Queen Sheba(Ethiopia).


Dilahirkan pada tahun 1920 di Alor Star, Kedah, beliau merupakan seorang saudara jauh kepada Tunku Abdul Rahman Putra. Beliau merupakan puteri kepada Syed Muhammad Alwi Barakbah yang berketurunan  Hadhrami-Melayu, yang nenek moyang beliau berhijrah dari Hadhramaut ke negeri Kedah Darul Aman. Beliau bersaudara dengan bekas TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Syed Sheh Hassan Barakbah.

Tun Sharifah merupakan isteri ketiga kepada Tunku Abdul Rahman. Kali pertama Tunku berkahwin dengan Cik Puan Mariam Abdullah, seorang wanita berketurunan Cina. Cik Puan Mariam meninggal dunia pada tahu 1934 dan Tunku berkahwin buat kali keduanya dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya ketika menetap di England. Namun, Tunku dititahkan untuk menceraikan Violet kerana kerabat Diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris. Seterusnya, barulah Tunku bertemu jodoh dengan Tun Sharifah pada tahun 1939. Ketika itu Tun Sharifah baru sahaja berusia 19 tahun. Sebenarnya, beliau merupakan adik kepada rakan baik Tunku di England iaitu Syed Omar Barakbah. Namun perkahwinan ini tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Lalu, beliau dan Tunku mengambil tiga orang anak angkat iaitu Sulaiman, Mariam dan  Faridah.


Sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, beliau amat menyokong kuat akan kerjaya suaminya. Beliau sering mendampingi Tunku dan memberikan semangat kepada Tunku untuk negara mencapai kemerdekaan. Beliau turut sama berkorban bersama para wanita untuk mempersiapkan negara menuju kemerdekaan. Beliau merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Wanita  dan juga Presiden Seumur Hidup Persatuan Bola Sepak Wanita Asia bermula tahun 1974 hingga 2000.

Tun Sharifah Rodziah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T.) oleh Tuanku Ismail Nasiruddin. Untuk mengenang jasa beliau, pada 31 Ogos 1970, Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Ismail Nasiruddin berkenan menganugerahkan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran 'Tun' kepada beliau. Beliau merupakan penerima wanita tunggal darjah kebesaran ini daripada kalangan orang kebanyakan. Sebelum ini, darjah S.M.N. ini hanya dikurniakan kepada permaisuri sahaja untuk penerima dari kalangan wanita. Tun Sharifah menghembuskan nafas terakhir pada 12 Mac 2000, sepuluh tahun selepas pemergian Almarhum Tunku pada usia 80 tahun. Beliau dimakamkan di Makam DiRaja Langgar Alor Star bersebelahan dengan makam suaminya. 

Ketika menerima Seri Maharaja Mangku Negara di Istana Negara.

Kenangan bersama suami beliau.



Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

9 comments:

  1. Almarhum Sharifah Rodziah lebih mesra dengan panggilan Mak Engku.

    ReplyDelete
  2. Boleh tau dimana anak angkat tunku berada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu la..mungkin ada yang masih menetap di Kedah.

      Delete
    2. Rasa saya Sulaiman, Mariam dan Faridah berada di Pulau Pinang

      Delete
    3. Tunku Faridah di Tanjong

      Delete
    4. Tunku Faridah di Tanjong

      Delete
    5. maaf..faridah,bukan tunku faridah

      Delete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...