Anda Pengunjung Ke :

Wednesday 25 September 2013

YBM Dato' Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad Mangkat.


Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Mulia Dato' Tengku Noor Asiah Binti Almarhum Tengku Ahmad Panglima Raja, DPMK,KMN,AMN,SMK,PB telah mengkat di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 11.20 malam pada 25 September 2013. Beliau berusia 83 tahun. Tengku Noor Asiah merupakan kerabat Diraja Kelantan. Beliau merupakan kekanda kepada 2 orang Mantan Sultanah Johor iaitu YAM Tunku Puan Nora dan YAM Tunku Puan Zanariah.

Tengku Noor Asiah merupakan seorang ahli politik yang cukup dikenali di Negeri Kelantan. Beliau merupakan Ahli Parlimen Tumpat pada tahun 1978. Beliau juga merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Kelantan. Beliau juga merupakan Pengerusi Perkumpulan Wanita Negeri Kelantan. 

Jenazah beliau akan diterbangkan oleh Pesawat TUDM ke Kota Bharu bersama kerabat terdekat. Jenazah beliau akan dibawa ke kediaman beliau di Kota Bharu sebelum dimakamkan di Makam Diraja Langgar Kelantan. 

Setinggi-tinggi takziah diucapkan kepada kerabat Diraja Kelantan.Al Fatihah.

Jenazah beliau di Lapangan Terbang Subang.

Dilawati oleh adinda beliau Tunku Puan Zanariah.

Bersama Tunku Puan Nora.

Kenangan bersama adinda beliau Tunku Puan Nora, Tunku Puan Zanariah dan Tengku Iskandar. Turut kelihatan Tengku Rozan Sultan Yahya Petra dan Tengku Salwani Sultan Yahya Petra.

Ketika masih aktif dalam bidang politik. Dato Tengku Noor Asiah bersama Tan Sri Rais Yatim, Dato' Seri S Samy Vellu, Tun Dr Ling Liong Sik dan Lee Kuan Yew.


Sumber : Facebook Dato' Tengku Noor Asiah.

2 comments:

  1. Pemergian Allahyarham Dato' Tengku Noor Asiah amat dirasai oleh sahabat dan kenalan. Dalam lawatan saya ke Kelantan 2 hari lalu saya lantas teringat akan detik-detik perjuangan yang kami lalui semenjak 1974. Saya doakan roh beliau sentiasa dirahmati Allah. TS Rais Yatim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Terima kasih Tan Sri kerana sudi mengunjungi blog saya.

      Delete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...