Anda Pengunjung Ke :

Friday 8 May 2015

Istiadat Ziarah Makam Tok Temong.


DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berangkat menziarahi makam Tok Temong di Kati di sini, Jumaat bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV. Pasangan diraja itu tiba di lokasi makam pertama pada kira-kira 9 pagi. Majlis tahlil dan bacaan doa selamat serta kenduri arwah diadakan dengan dipimpin Orang Kaya Imam Paduka Tuan Dr Muhammad Aifi Al-Akiti. Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri kemudian menyiramkan air mawar serta menaburkan bunga ke atas makam berkenaan.

Tok Temong, atau nama asalnya Tok Perabu, adalah seorang pembesar wanita yang berkuasa memerintah Temong di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah I (1528-1549) dan dipercayai berkuasa sebelum pemerintahan sultan berkenaan. Sementara suaminya ialah Tok Pelanduk dan abangnya Tun Saban adalah pembesar yang berkuasa memerintah Hulu Perak. Menurut Hikayat Perak, semasa pertabalan Sultan Muzaffar Shah I di Tanah Abang, Tok Temong menghadiahkan 'Geliga Embun' kepada sultan dan ia kini menjadi antara alat kebesaran diraja Perak. Menurut hikayat itu lagi, tarikh sebenar kematian Tok Temong tidak diketahui tetapi dipercayai meninggal dunia dan dimakamkan di Temong.Sehingga kini makam beliau menjadi antara makam yang perlu diziarah oleh Sultan Perak yang baharu ditabal. Selepas selesai menziarahi Makam Tok Temong, Sultan Nazrin berangkat pulang ke Istana Kinta dan menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah di sini.

Pada sebelah petang pula, baginda berangkat menziarahi Makam Bendahara Raja Alang Iskandar atau dikenali sebagai Marhum Teja di Kota Bharu, Gopeng dekat sini.
Sultan Nazrin berangkat dari Istana Kinta pada pukul 4 petang dan menuju ke lokasi makam sejauh 16 kilometer yang dijangka mengambil masa kira-kira 20 minit dengan berkereta. Seperti di Makam Tok Temong, Sultan Nazrin akan menyertai bacaan doa selamat serta kenduri arwah di Makam Marhum Teja. Marhum Teja ataupun Raja Alang Iskandar merupakan Bendahara Perak semasa pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad Shah I dan Sultan Ja'afar Muazzam Shah. Ketika menjadi Bendahara Perak di Kuala Teja, baginda me­ngutip cukai di atas segala barang-barang yang masuk dan keluar di Kuala Sungai Kinta. Sesudah menziarahi Makam Marhum Teja, Sultan Nazrin akan pulang ke Istana Iskandariah dan berangkat ke majlis berzanji serta marhaban di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada sebelah malamnya.









Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

12 comments:

  1. seronok le orang kati dapat jumpe sultan...saya ni dari dulu mengidam nak berslam dgn sultan perak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah...satu hari nanti dpt le salam dgn Tuanku.

      Delete
  2. Alhamdulillah,Semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  3. Alat kebesaran tok temong berada pada hamba. Adalah dipercayai hambalah galornya.
    Tok temong merupakan ratu (queen) yg berkuasa. Sesuatu yg akan berlaku dalam sejarah Perak dan alam melayu amnya. Makam benarnya tok temong bukan disitu. Sejarah kita memang ada sedikit bercelaru. Indah pada galornya. Banyak rahsia yg tersirat drp apa yg tersurat pada Tok Temong ini.

    Alfatihah utk moyangku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki saya teringin nk jumpa dan nak tahu cerita semua ni

      Delete
    2. Siapa tun perabu?

      Delete
    3. Geliga embun ker yg di simpan. Alhamdulillah.

      Delete
  4. As salamu alaikum tuan!bleh sy dptkan lokasi sbnr maqam tok temong?...sbb ada dorongan yg kuat dlm hati sy utk menziarahi beliau.t kasih

    ReplyDelete
  5. salam.. saya juga berminat untuk menziarah ke lokasi makam yang sebenar. mohon dibantu...dimanakah alamatnya.

    ReplyDelete
  6. Jgn lupa galor

    ReplyDelete
  7. Di mana makam tok temong yg sebenarnya sy teringin nk ziarah

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...