Anda Pengunjung Ke :

Sunday 10 May 2015

Khas Sempena Sambutan Hari Ibu.

Sempena Sambutan Hari Ibu Sedunia yang disambut pada 10 Mei 2015, WARISAN PERMAISURI MELAYU ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri dan Sultanah-Sultanah di seluruh Malaysia. Sesungguhnya baginda semua telah memainkan peranan penting sebagai seorang ibu atau bonda. 

BONDA RAKYAT MALAYSIA .
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun.

SULTANAH PAHANG :
Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Kalsom dan putera baginda Yang Amat Mulia Tengku Fahd Ibni Sultan Haji Ahmad Shah.

SULTANAH TERENGGANU :
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah bersama anakanda-anakanda baginda iaitu DYTM Tengku Muhammad Ismail, YAM Tengku Muhammad Mu'az, YAM Tengku Nadhirah Zaharah dan YAM Tengku Fatimatuz Zahra'.

RAJA PEREMPUAN PERLIS :
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid bersama putera baginda DYTM Tuanku Syed Faizzuddin Putra dan puteri baginda YAM Dato' Seri Sharifah Fazira.

TUANKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN :
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud bersama tiga putera baginda iaitu YAM Tunku Ali Redhauddin, YAM Tunku Zain Al Abidin, dan YAM Tunku Alif Hussein. 

PERMAISURI JOHOR :
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan anakanda-anakanda baginda terdiri daripada YAM Tunku Jalil, YAM Tunku Idris, DYAM Tunku Ismail, YAM Tunku Iman, YAM Tunku Aminah dan YAM Tunku Abdul Rahman bersama menantu baginda YAM Che Puan Khaleeda.

RAJA PERMAISURI PERAK :
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim bersama putera baginda YTM Raja Azlan Muzaffar Shah dan puteri baginda YTM Raja Nazira Safya.

PADUKA BONDA RAJA-RAJA MELAYU .

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku AlHaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan bonda baginda Almarhum Tunku Sofiah Binti Almarhum Tunku Mahmud.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan bonda baginda Almarhum Tengku Ampuan Besar Hajah Fatimah Binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasullah.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah dan bonda baginda Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Dato' Seri Nong Sharifah Fatimah Binti Sayyid Abdullah Al Sagoff.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan bonda baginda Almarhum Tuanku Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj dan bonda baginda Almarhum Raja Saidatul Ihsan Binti Almarhum Tengku Badar Shah.

Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan bonda baginda Almarhum Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. 

Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan bonda baginda Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan bonda baginda Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah dan Paduka Bonda Sultan Perak Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

3 comments:

  1. Hari Bapa pun dah dekat, bolehkah Saudara membuat blog tentang Duli-Duli Yang Maha Muli Raja-Raja bersama Ayahanda mereka yang telah memerintah sebelum kemangkatan atau Penurunan takhta Baginda. Wassallam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Insyaallah. Satu idea yang sangat baik. Terima kasih.

      Delete
    2. Terima Kasih kerana Saudara telah menerima komen saya. Salam Hormat dari Kota Singa yang tidak beraja lagi��

      Delete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...