Anda Pengunjung Ke :

Friday 29 May 2015

Perasmian Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien 1958.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien merupakan mercu tanda bagi negara Brunei Darussalam. Masjid ini merupakan masjid tercantik di Asia Pasifik. Masjid ini diilhamkan oleh Sultan Brunei ke 30 Sultan Omar Ali Saifuddien. Plan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien direka oleh A.O Coltman daripada firma Booty and Edwards Chartered Architects yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Plan asal masjid ini sebenarnya dibuat oleh Sultan Omar Ali Saifuddien sendiri. Kos membina masjid ini dinggarkan bernilai 9.2 juta dolar. Kubah utama masjid ini diperbuat daripada emas tulen dan masjid ini berketinggian 52 meter. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien siap dibina dan dirasmikan pada tahun 1958.





Istiadat perasmian Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien telah diadakan secara besar-besaran dan dihadiri oleh Raja-Raja Melayu. Berangkat ke istiadat itu ialah KDYMM Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddien, DYMM Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah, KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar, DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail,DYMM  Pemangku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Munawir, Ketua Menteri Persekutuan YTM Tunku Abdul Rahman Putra dan Timbalan Ketua Menteri Tun Abdul Razak Hussien. 

Ketibaan Tun Abdul Razak Hussein.

Ketibaan Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj.

Keberangkatan tiba DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullai.

Keberangkatan tiba KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar.

DYMM Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj  menerima tabik hormat.

Keberangkatan tiba KDYMM Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddien.

Sultan Brunei menerima tabik hormat.

Istiadat dimulakan dengan ketibaan Timbalan Ketua Menteri Persekutuan, Ketua Menteri Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan Sultan Brunei. Seterusnya Sultan Brunei menerima tabik homat daripada Pasukan Polis Brunei dan kemudiannya memeriksa kawalan kehormatan. Setelah selesai, kesemua tetamu diraja dan tetamu kenamaan mengambil tempat masing-masing di perkarangan masjid untuk majlis perasmian. Ayat suci Al Quran dibacakan dan doa selamat dibacakan oleh Kadi Besar Brunei.Sultan Brunei seterusnya memotong reben di pintu utama masjid sebagai simbolik pembukaan secara rasmi Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Solat Jumaat diadakan buat pertama kalinya di masjid itu. Sehingga kini. setelah 57 tahun berlalu, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien masih gah menjadi rumah ibadat yang agung bertepatan dengan hasrat Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien yang mahu menjadikan masjid ini lambang keunggulan Islam di Brunei Darussalam.



Tunku Abdul Rahman dan Tuanku Munawir.

Sultan Omar Ali dan Sultan Abu Bakar.

Tun Abdul Razak dan tetamu Inggeris.

Sultan Omar Ali Saifuddien menyempurnakan upacara pembukaan.


Sultan Hisamuddin terpaksa dipeluk oleh pengiring baginda apabila dikerumuni oleh jemaah yang ingin bersalaman dengan baginda.

Tuanku Syed Putra juga dikerumuni jemaah yang ingin bersalam dengan baginda.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

1 comment:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...