Anda Pengunjung Ke :

Sunday 10 May 2015

Istiadat Santapan Diraja Sempena Pertabalan.

 
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim.

Majlis Santapan Pertabalan Sultan Perak XXXV telah diadakan pada 9 Mei 2015 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Tuanku Zara Salim berkenan meraikan 570 orang tetamu yang hadir pada Istiadat Santapan yang diadakan di Dewan Santapan Istana Iskandariah. Berangkat ke Istiadat penuh gilang gemilang ini adalah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei Darussalam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Hajah Saleha. Baginda berdua ditemani oleh YTM Pengiran Muda Abdul Wakeel dan YTM Pengiran Anak Ameerah. 

Turut berangkat pada istiadat santapan ialah Raja-Raja Melayu terdiri daripada KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, KDYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin dan KDYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz dan DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani, dan KDYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. 

Wakil Raja-Raja Melayu pula terdiri daripada YTM Tunku Temenggong Kedah, Tunku Salehuddin dan YTM Tunku Puan Temenggong Tengku Maliha, KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah, YAM dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar. Berangkat sama adalah DYTM Raja Muda Perak Raja Ja'afar dan DYTM Raja Puan Besar Perak Raja Mahani dan DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya, putera dan puteri Sultan Perak YTM Raja Kechil Besar Perak Raja Azlan Muzaffar Shah dan YTM Raja Nazira Safya.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, beserta pembesar negeri dan orang kenamaan lain serta pasangan masing-masing turut memeriahkan majlis santapan diraja itu.

Tuanku Zara memperkatan sesuatu kepada puteri baginda Raja Nazira sambil diperhatikan oleh Raja Mahani dan Tunku Soraya.


Tetamu-tetamu cilik pada Istiadat Santapan malam tadi iaitu Raja Azlan Muzaffar Shah dan adindanya Raja Nazira Safya serta putera dan puteri Sultan Brunei iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah.


Sultan Nazrin mempersilakan Dato' Seri Najib Razak. Turut kelihatan Tuanku Zara dan puteri baginda Raja Nazira.

Tuanku Zara dan Raja Isteri Saleha.

Sesi bergambar : Berdiri dari kiri, Tuanku Syed Sirajuddin, Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Nazrin, Sultan Mizan, Sultan Sharafuddin dan Sultan Muhammad V.
Duduk dari kiri : Tuanku Fauziah, Raja Isteri Saleha, Tuanku Zara, Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Maliha.





Ketibaan Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Saleha bersama putera dan puteri cilik baginda.

Dari kiri : Tunku Salehuddin, Tuanku Aishah Rohani, Sultan Sharafuddin, Tuanku Fauziah, Sultan Mizan, Raja Isteri Saleha, Sultan Nazrin, Tuanku Zara, Sultan Hassanal Bolkiah, Sultanah Nur Zahirah, Tuanku Syed Sirajuddin, Tuanku Muhriz dan Sultan Muhammad V.

Sultan Nazrin berbual bersama Sultan Hassanal Bolkiah.

Sultan Mizan, Raja Isteri Saleha, Sultan Nazrin, Tuanku Zara, Sultan Hassanal Bolkiah dan Sultanah Nur Zahirah.

sumber : bernama, jabatan penerangan malaysia, pelitabrunei, utusan.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...