Kebiasaannya seseorang Permaisuri di negara kita
berketurunan Melayu dan berdarah Raja.Namun zaman sudah berubah.Raja-raja zaman
kini bebas untuk memilih pasangan hidup dan menabalkan isteri baginda selaku
Permaisuri.Terdapat ramai Raja Melayu yang mengahwini rakyat kebanyakan dan
terdapat juga yang berumah tangga bersama wanita bukan melayu dan berasal dari
negara luar.Biasanya mereka akan ditabalkan sebagai Sultanah sesebuah negeri
kerana gelaran Sultanah diperuntukkan bagi Permaisuri yang bukan berdarah raja.Berikut
merupakan senarai Permaisuri yang bukan dari kalangan wanita Melayu :
Sultanah Rogayah (Johor).
Baginda merupakan isteri kedua Sultan Ibrahim Al Mashur
.Dilahirkan pada 4 September 1880. Bertemu jodoh bersama Sultan Ibrahim pada
1897 ketika berusia 17 tahun.Ditabalkan sebagai Sultanah Johor pada 30 Ogos
1920 ketika berusia 40 tahun dan diberikan gelaran Sultanah Rogayah.Baginda
berketurunan India.Baginda mangkat pada 8 March 1926,setelah 6 tahun menjadi
Sultanah Johor.Ketika itu baginda baru berusia 46 tahun.Baginda dimakamkan di
Makam Abu Bakar,Bukit Mahmoodiah,Johor Bahru.Baginda mempunyai seorang putera
iaitu YAM Tunku Aris Bendahara Tunku Haris Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan
Ibrahim yang dilahirkan pada 17 Februari 1898.Tunku Haris mangkat di London pada
1 Mei 1956.Cucunda Sultanah Rogayah iaitu YAM Tunku Sulaiman pernah menjadi
Pemangku Raja Perlis apabila Almarhum Tuanku Syed Putra menjadi Yang Dipertuan
Agong ke 3 pada 1963 hingga 1965.Tunku Sulaiman merupakan suami kepada YAM
Tengku Puteri Utama Perlis Sharifah Salwa Binti Almarhum Tuanku Syed Putra.
Sultanah Khadijah (Johor).
Baginda merupakan isteri keempat Sultan Abu Bakar. Baginda
dilahirkan di Istanbul Turki.Nama sebenar baginda ialah Khadijah Khanum
.Baginda bertemu jodoh dengan Sultan Abu Bakar 22 September 1893.Baginda
ditabalkan sebagai Sultanah Johor di Istana Zahra pada 28 Februari 1894.Baginda
berketurunan Circassian dan berasal dari Istanbul.Selepas kemangkatan Sultan
Abu Bakar,baginda berkahwin sekali lagi dengan H.E Muhammad Kiamil Bey,Ottoman
Konsul Jeneral di Batavia,Singapore dan Liverpool pada 27 Disember 1898 di
Singapura.Baginda mangkat di Woodneuk,Tanglin Singapura pada 1 Februari 1904
dan dimakamkan di Makam Temenggong,Teluk Belanga.Baginda mempunyai seorang
puteri iaitu YAM Tunku Fatimah Binti Almarhum Sultan Abu Bakar.
Sultanah Helen Ibrahim (Johor).
D.K.,S.P.M.J.
Baginda merupakan isteri kelima Sultan Ibrahim Al
Mashur.Dilahirkan sebagai Helen Bartholomew pada 21 Disember 1889 di
Glasgow.Baginda merupakan anak kepada John Bartholomew yang berasal dari
Glasgow,Scotland bersama isterinya Catherine.Bertemu jodoh dengan Sultan
Ibrahim pada 15 Oktober 1930 di usia 41 tahun.Pasangan ini berkahwin di
Prince's Row Register Office London dan di Masjid Woking Surrey.Sultan Ibrahim
merupakan suami kedua kepada Sultanah Helen.Dimahkotakan sebagai Sultanah Johor
pada 18 November 1931 di Istana Besar Johor Bahru.Baginda diberi gelaran DYMM
Sultanah Helen Ibrahim.Sepanjang menjadi Sultanah Johor,baginda dikurniakan
beberapa Darjah Kebesaran seperti Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati
(D.K.) Johor,Seri Paduka Mahkota Johor(S.P.M.J.),Pingat Jubli Perak dan Pingat
Pertabalan Sultan Ibrahim.Sultanah Helen sebelum itu berkahwin dengan Kapten
William Brockie Wilson.Sultan Ibrahim dan Sultanah Helen bercerai setelah 7
tahun berkahwin.Mereka bercerai pada 31 Disember 1937.Selepas bercerai Sultanah
Helen bergelar Lady Helen Ibrahim.Baginda mangkat di usia 88 tahun di Homelands
Nursing Home,Cowfold,Horsham,Sussex.
Sultanah Marcella Ibrahim (Johor).
D.K.,S.P.M.J.,Grand Cordon Of The Order Of The Crown Of
Romania.
Baginda merupakan isteri keenam Sultan Ibrahim Al Mashur.Baginda
dilahirkan pada 7 November 1915 di Austria.Nama asal baginda ialah Marcella
Mendl merupakan anak kepada Edgar Mendl dari Romania yang merupakan
saudara kepada Sir Charles Ferdinand Mendl seorang pegawai Kedutaan British di
Paris.Sultanah Marcella mendirikan rumah tangga bersama Sultan Ibrahim pada 6
November 1940 ketika berusia 25 tahun.Pasangan ini berkahwin di Caxton Hall
Register Office London.Baginda memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada
Fawzia binti Abdullah.Selepas berkahwin baginda diberi gelaran Lady Marcella
Ibrahim sehingga baginda ditabalkan sebagai Sultanah Johor dengan memakai
gelaran DYMM Sultanah Fawzia pada 17 September 1947.Baginda secara rasminya
dimahkotakan pada 17 September 1955 ketika berusia 40 tahun.Baginda merupakan
Penaung Pandu Puteri negeri Johor,Sepanjang menjadi Sultanah,baginda
dianugerahkan darjah keebsaran seperti Darjah Kerabat Yang Amat Dihotmati
(D.K.) Johor,Seri Paduka Mahkota Johor(S.P.M.J.),dan Grand Cordon of the Order
of the Crown of Romania oleh Maharaja Romania.Baginda merupakan isteri terakhir
kepada Sultan Ibrahim sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1959.Sultanah
Marcella mangkat di usia 67 tahun selepas sakit sekian lama.Baginda mangkat di
Grosvenor House,London pada 1 Jun 1982.Baginda mempunyai seorang puteri iaitu
YAM Tunku Miriam Binti Almarhum Sultan Ibrahim yang lahir pada tahun 1950.
Sultanah Hajah Kalsom Abdullah (Pahang).
D.K.
Baginda merupakan isteri kedua Sultan Haji Ahmad Shah.Baginda diputerikan pada
tanggal 12 September 1951 di Pakistan.Nama asal baginda ialah Anita.Baginda
berketurunan Persia dan Pakistan.Bertemu jodoh dengan Duli Yang Maha Mulia
Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan
Abu Bakar pada 14 Mac 1991.Ketika itu baginda berusia 40 tahun.Baginda
menukar nama kepada Kalsom Binti Abdullah dan diberikan gelaran Cik Puan
Kalsom.30 September 1992,baginda telah diberikan gelaran Sultanah Pahang
Sultanah Hajah KalsomBaginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat Pahang Kelas
Pertama (D.K.).Pasangan ini dikurniakan seorang putera iaitu Yang Amat
Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Abdul Fahd Al Muazzam
Shah yang dilahirkan pada 10 Februari 1994
As salam.. Nak minta salinan gambar khadijah hanum boleh x?
ReplyDeleteSalam. Boleh.
DeleteOk.. Terima kasih Tuan.
ReplyDeleteAs Salam...Saya daripada Brunei saya ada group bincang bincang sejarah...saya nak berkongsi cerita ini boleh. tak...
ReplyDeleteSalam. Boleh,apa salahnya
DeleteWow sangat menarik... Tidak sangka ramai juga permaisuri2 yg bukan berdarah Melayu.. Yang paling menarik bagi saya ialah Sultanah Helen Ibrahim kerana dia hidup sampai umur yang sangat tua. Dia tidak mempunyai cahaya mata semasa bersama Sultan Johor?
ReplyDeletesalam ..nak tanye..rogayah hanum dgn khadijah hanum individu yg samaker..tqvm
ReplyDeletesalam ..nak tanye..rogayah hanum dgn khadijah hanum individu yg samaker..tqvm
ReplyDeleteRogayah khanum merupakan adik kepada sultanah khadijah khanum, Rogayah khanum telah berkahwin dengan menteri besar johor pertama iaitu Dato' Jaafar Muhammad dan dikurniakan anak bernama Dato' Onn Jaafar (pengasas UMNO pertama dan Menteri besar Johor)
DeleteDengan cerita begini layakkan digelar Raja Melayu..?..atau perlu sebut Raja Malaysia saja
ReplyDeleteLayak saja. Sudah menjadi adat kebiasaan raja2 lain di dunia juga berkahwin antara bangsa berbeza.
DeleteBetul tu. No problem. Permaisuri Agong yang baru mempunyai bonda dari England, Almarhum YAM Enche Besar Khalsom Abdullah. Nama asal YAM ialah Josephine Ruby Treverrow.
DeleteBanyak yg saya tak tahu... terima kasih atas maklumat
ReplyDeleteRamai lagi yg tak tahu sejarah Dan hubungan diplomatic dahulukala
This explains the need for that definition in the Constitution!!
ReplyDelete