Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 19 February 2013

1980: Istiadat Penganugerahan DMN Kepada Tuanku Kurshiah..

Yang Maha Mulia Tuanku Kurshiah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin merupakan Raja Permaisuri Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu semenjak merdeka sehingga tahun 1960.Sewaktu baginda bergelar Raja Permaisuri Agong,baginda dimuliakan dengan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.).
Pada ketika itu,Yang DiPertuan Agong dikurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara dan Raja Permaisuri Agong dikurniakan S.M.N. Namun,pada tahun 1964 Darjah Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.) telah dizahirkan dan darjah kebesaran ini dikhaskan untuk Yang Di Pertuan Agong sahaja.Maka,mulai saat itu,Darjah D.M.N. telah dikurniakan untuk Raja Permaisuri Agong.Disebabkan Tuanku Kurshiah hanya bertakhta sehingga tahun 1960,maka baginda tidak dikurniakan D.M.N. sebaliknya baginda kekal menyandang Darjah S.M.N.
Tuanku Kurshiah menerima Darjah DMN daripada Sultan Haji Ahmad Shah,Yang Dipertuan Agong ke 7.

Pada tahun 1980,kerajaan persekutuan berhasrat untuk mengurniakan D.M.N. kepada Tuanku Kurshiah sebagai tanda penghormatan walaupun baginda tidak lagi bertakhta.Baginda merupakan satu-satunya permaisuri yang menerima D.M.N. selepas menuruni takhta.

Istiadat khas pengurniaan Darjah Utama Seri Mahkota Negara ini telah diadakan di Istana Tetamu,Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke 7 Sultan Haji Ahmad Shah .Turut berangkat Tuanku Kurshiah dan Raja Permaisuri Agong Tengku Ampuan Afzan Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.Turut hadir adalah Isteri Perdana Menteri ketika itu,YABhg Datin Suhailah Mohd Noah(kini Tun) dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Dato' Seri Ibrahim Engku Ngah.


Tuanku Kurshiah sedang berbual bersama Datin Suhailah.

Tuanku Kurshiah bersama Sultan Ahmad Shah.Turut kelihatan Engku Ibrahim.

Tuanku Kurshiah menerima D.M.N. ketika usia baginda berusia 69 tahun.Darjah D.M.N. ini dizahirkan oleh suami baginda sendiri,Tuanku Abdul Rahman pada 16 Ogos 1958.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...