Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 16 January 2013

Nenda Saudara Sultan Selangor Mangkat.

Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tengku Nur Ashikin Khaladiah Binti Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah mangkat di usia 88 tahun di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Beliau merupakan Nenda Saudara kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.Beliau merupakan adik beradik seibu sebapa kepada YAM Tengku Aris Temenggong Selangor Tengku Dato' Setia Muhammad Yusuf Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah dan adik beradik sebapa dengan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.

Beliau merupakan anakanda ke 19 Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Yang Dipertuan Muda Musa.Bonda beliau pula ialah Almarhum Tengku Ampuan Fatimah Binti Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al Azzam Rahmahtullah Shah.Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar pada tahun 1925.Beliau berkahwin dengan  Yang Mulia Raja Muhammad Rizwan Bin Raja Yakub.Beliau meninggalkan tiga orang cahaya mata.

Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah dan Tengku Ampuan Fatimah.
YAM Tengku Aris Temenggong Tengku Muhammad  Yusuf Shah Alhaj.

Jenazah Almarhum telah dibawa ke Istana Alam Shah dan akan disembahyangkan di sana.Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Selangor Klang selepas Asar hari ini.Almarhum telah beberapa bulan sakit dan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.Al Fatihah buat Almarhum Tengku Nur Ashikin Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah.

AL FATIHAH.


No comments:

Post a comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...