WARISAN PERMAISURI kali ini akan menyambung segmen PERMAISURI NUSANTARA dengan menampilkan Permaisuri kepada Raja paling kaya di dunia iaitu Her Majesty Queen Sirikit,Permaisuri kepada Raja Thailand Raja Bhumibol Adulyadej.Baginda merupakan Permaisuri paling lama bertakhta di dunia di samping suami baginda.Gelaran penuh baginda ialah Her Majesty Queen Sirikit ,Queen Regent Of Thailand,Dame Of The Most Illustrious Order Of The Royal House Of Chakri,Dame Of The Ancient and Auspicious Order Of The Nine Germs,The Most Illustrious Order Of Chula Chom Klao,Dame Grand Cordon Of The Most Exalted Order Of The White Elephant,Dame Grand Cordon Of The Most Noble Order Of The Crown Of Thailand,Dame Grand Cross First Class Of The Most Admirable Order Of The Direkgunabhorn,Order Of Symbolic Propitiousness Ramkeerati,Dame Of The Order Of The Elephant(Denmark),Dame Of The Royal Order Of The Seraphim(Sweden),Dame Grand Cross Of The Order Of The Netherlands Lion,Grand Cordon Of The Order Of Leopold I(Belgium),Grand Cross Of The Royal Norwegian Order Of Saint Olav(Norway),Grand Cross Of The Royal and Distinguished Spanish Order Of Charles III(Spain),Grand Cross Special Class Of The Order Of Merit(Federal Republic Germany),The Most Exalted Order Of The Crown Of The Realm-Darjah Utama Seri Mahkota Negara(Malaysia),Order Of Pakistan 1st Class(Pakistan),Grand Cordon First Class Of The Order Of Precious Crown(Japan),Grand Cross Of The Order Of Redeemer(Greece),Grand Star Of The Decoration Of Honour For Services To The Republic Of Austria,Order Of Pahlavi(Iran),Grand Cross Of The Most Exalted Order Of The Queen Sheba(Empire Of Ethiopia),Order Of Sikatuna(Philipines),Member Of The Nepal Pratap Bhaskara(Nepal),Grand Cross Of The Order Of The Saint James Of The Sword(Portugal),Sash Of The Order Of The Star Of Romania(Romania),Grand Cross Of The Order Of The Darjah Kerabat Diraja Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Kedua-DK Panglima Of Malaysia.
Dilahirkan pada 12 Ogos 1932 sebagai Mom Rajawongse Sirikit Kittiyakara di kediaman datuk baginda,Lord Vongsanuprabhand.Baginda merupakan puteri sulung kepada Putera Nakkhatra Mangkala Kitiyakara,anakanda kepada Putera Kitiyakara Voralaksana dan Mom Luang Bua Sanidyongs.Nama Sirikit diberikan oleh Raja Prajadhipok yang membawa maksud "Kehebatan Kitiyakara".Permaisuri Sirikit merupakan permaisuri kedua Thailand yang menjadi Pemangku Raja .Permaisuri pertama yang menjadi Pemangku Raja ialah Permaisuri Saovabha Bongsri .Baginda merupakan Permaisuri paling lama bertakhta di dunia.Baginda mempunyai empat orang adik beradik.Terdiri daripada 2 orang abang dan seorang adik perempuan.Abang baginda ialah Prof Mom Rajawongse Galyanakit Kitiyakara dan Mom Rajawongse Adulyakit Kitiyakara.Adik perempuan baginda pula ialah Mom Rajawongse Busba Kitiyakara.
Antara gambar kenangan Permaisuri Sirikit :
Dilahirkan pada 12 Ogos 1932 sebagai Mom Rajawongse Sirikit Kittiyakara di kediaman datuk baginda,Lord Vongsanuprabhand.Baginda merupakan puteri sulung kepada Putera Nakkhatra Mangkala Kitiyakara,anakanda kepada Putera Kitiyakara Voralaksana dan Mom Luang Bua Sanidyongs.Nama Sirikit diberikan oleh Raja Prajadhipok yang membawa maksud "Kehebatan Kitiyakara".Permaisuri Sirikit merupakan permaisuri kedua Thailand yang menjadi Pemangku Raja .Permaisuri pertama yang menjadi Pemangku Raja ialah Permaisuri Saovabha Bongsri .Baginda merupakan Permaisuri paling lama bertakhta di dunia.Baginda mempunyai empat orang adik beradik.Terdiri daripada 2 orang abang dan seorang adik perempuan.Abang baginda ialah Prof Mom Rajawongse Galyanakit Kitiyakara dan Mom Rajawongse Adulyakit Kitiyakara.Adik perempuan baginda pula ialah Mom Rajawongse Busba Kitiyakara.
Permaisuri Sirikit dibesarkan oleh nendanya selepas baginda dilahirkan kerana ayahandanya pergi ke Amerika Syarikat untuk bertugas sebagai Setiausaha Kedutaan Diraja Thailand di Washington D.C.Bonda baginda juga ke Amerika Syarikat tiga bulan selepas itu.Ketika berusia setahun,ayahanda dan bonda Permaisuri Sirikit pulang ke Thailand dan mereka sekeluarga tinggal di Istana Deves yang terletak berdekatan Sungai Chao Praya.Mendapat pendidikan awal di Queen College.Pada ketika itu,berlaku Perang Pasifik dan Bangkok sering diserang.Maka baginda menukar sekolah ke Saint Francis Xavier Convent School yang berdekatan dengan Istana.Pada tahun 1946,setelah perang tamat,baginda sekeluarga berpindah ke United Kingdom kerana ayahandanya bekerja sebagai Duta di Court Of Saint James.Pada ketika itu Permaisuri Sirikit baru sahaja berusia 13 tahun.Ketika berada di England,baginda belajar bermain piano dan belajar bahasa Inggeris dan Perancis.Memandangkan ayahanda baginda bekerja sebagai Duta,maka baginda sekeluarga sering berpindah termasuk ke negara Denmark dan Perancis.Ketika menetap di Perancis,baginda belajar di Akademi Muzik di Paris.
Di Perancis jugalah baginda bertemu dengan Raja Bhumibol Adulyadej yang ketika itu sudah menaiki takhta kerajaan Thailand dan masih menuntut di Switzerland.Baginda berdua tinggal di Kedutaan Diraja Thailand di Paris.Dari situlah bermula hubungan mesra antara baginda berdua.Pada 4 Oktober 1948,Raja Bhumibol mengalami kemalangan.Semasa dirawat di Hospital di Lausanne,Raja Bhumibol sering dilawati oleh Pemaisuri Sirikit.Baginda bertemu dengan Bonda Raja Bhumibol,Princess Mother Sangval yang meminta Permaisuri Sirikit untuk menyambung pengajian berdekatan supaya Raja Bhumibol dapat mengenali baginda dengan lebih rapat lagi.Raja Bhumibol memilih sebuah sekolah berasrama di Lausanne untuk baginda.Pada 19 Julai 1949 pasangan ini bertunang dan telah mendirikan rumah tangga pada 28 April 1950,seminggu sebelum Pertabalan Raja Thailand.
Pasangan diraja Thailand pada tahun 1950. |
Istiadat perkahwinan diadakan di Istana Srapathum.Istiadat ini diketuai oleh Permaisuri Sri Savarindira,The Queen Grandmother atau Nenda Raja.Permaisuri Sirikit kemudiannya menerima Order Of The Royal House Of Chakri dan menjadi Permaisuri Thailand.Selepas istiadat pertabalan pada 5 Mei 1950,baginda berdua pulang ke Switzerland untuk meneruskan pengajian.Baginda kembali ke Bangkok pada tahun 1952.Apabila Raja Bhumibol berkhidmat sebagai sami Buddha pada tahun 1956,Permaisuri Sirikit menjadi Pemangku Raja Thailand.Mengikut adat,semua lelaki Thai Buddha harus berkhidmat sebagai Sami Buddha dalam tempoh masa tertentu.Baginda menjalan tugas sebaik-baiknya sebagai Pemangku Raja dan diberikan gelaran "Somdet Phra Nang Chao Sirikit Phra Borommarachininat" oleh suami baginda pada hari keputeraan Raja Thailand pada 5 Disember 1956.Baginda merupakan Permaisuri kedua bergelar Pemangku Raja selepas Permaisuri Saovabha Bongsri yang memangku jawatan Raja apabila suaminya Raja Chulalongkorn ke Eropah.Baginda kemudiannya bergelar Permaisuri Sri Patcharindra,The Queen Mother atau Bonda Raja.
Pasangan diraja ini dikurniakan seorang putera dan tiga orang puteri.Putera tunggal baginda ialah Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang lahir pada 28 Julai 1952.Manakala tiga orang puteri baginda terdiri daripada Puteri Ubolratana Rajakanya yang lahir pada tahun 1951 dan merupakan anakanda sulung Permaisuri Sirikit,Puteri Maha Chakri Sirindhorn(1955) dan Puteri Chulabhorn Walailak( 1957).Baginda mempunya 10 orang cucunda.
Hari Keputeraan Permaisuri Sirikit merupakan cuti umum seluruh Thailand seperti Hari Keputeraan Raja Thailand.Hari Ibu juga disambut pada tarikh hari keputeraan baginda.Baginda bertanggungjawab dan mengambil berat akan masalah yang dihadapi minoriti Muslim di Selatan Thailand seperti Pattani,Yala dan Narathiwat.Baginda sangat popular di kalangan masyarakat Muslim di situ.Baginda menghabiskan masa sebulan pada setiap tahun di kawasan majoriti muslim.
Keluarga diraja Thailand. |
Permaisuri Sirikit merupakan seorang penulis yang baik.Ini dapat dibuktikan dengan penerbitan buku bertajuk In Memory Of My European Trip pada tahun 1964 yang menceritakan pengalaman baginda semasa berada di Eropah bersama suaminya.Baginda juga menjadi komposer kepada banyak lagu yang dinyanyikan oleh The Handsome Band,sebuah kumpulan daripada istana.Antara lagu yang dihasilkan baginda ialah Chao Cho Khwan,That Thoe,Sai Yut,dan Nang Yaem.
Baginda sangat dikenali dengan kerja-kerja kebajikan.Baginda merupakan Presiden Kehormat Persatuan Bulan Sabit Merah Thailand,jawatan yang dipegangnya semenjak tahun 1956.Baginda mejadi lebih aktif selepas berlakunya Tsunami di Selatan Thailand pada Disember 2004.Baginda juga aktif dalam kerja kebajikan melibatkan pelarian dari Kemboja dan Myanmar yang berada di Thailand.Sebagai penghargaan terhadap baginda,banyak binaan menggunakan nama baginda sebagai contoh The Queen Sirikit Medical Center Building di Hospital Ramathibodi.Terdapat juga taman yang menggunakan nama baginda iaitu Queen Sirikit Park di Bangkok.Baginda juga aktif dalam memperkenalkan budaya dan sejarah Thailand.Baginda mengambil inisiatif membuat filem Thailand "The Legend Of Suriyothai",yang merupakan filem paling mewah dan termahal di Thailand.Baginda banyak menerima anugerah kemanusiaan dari seluruh dunia dan Ijazah Doktor Kehormat dari berbagai universiti di serata dunia.
Nama rasmi baginda ialah Somdet Phra Nang Chao Sirikit Phra Borommarachininat atau "Her Majesty Queen Regent Sirikit".Permaisuri Sirikit juga mempunyai kuasa ketenteraan.Baginda mempunyai pangkat dalam bidang ketenteraan di Thailand.Permaisuri Sirikit berpangkat Field Marshal,Admiral of The Fleet dan Marshal of the Royal Thai Air Force.Dalam dokumen rasmi nama baginda disebut sebagai Chom Phon Ying Chom Phon Ruea Ying Chom Phon Akat Ying Somdet Phra Nang Chao Sirikit Phra Borommarachininat ataupun "Her Majesty Queen Regent Sirikit,the Field Marshal,Admiral Of The Fleet and Marshal Of The Royal Thai Air Force".Pada tahun 1976,kerajaan Thailand mengumumkan hari keputeraan Permaisuri sebagai cuti umum bagi menghormati dan memuliakan permaisuri.Hari keputeraan baginda disambut pada 12 Ogos setiap tahun.Permaisuri Sirikit telah dikurniakan pelbagai Darjah kebesaran dari dalam dan luar negara sepanjang baginda menjadi Permaisuri termasuk Darjah Seri Utama Mahkota Negara (D.M.N.) dan Darjah Kerabat Diraja Terengganu Yang Amat Mulia Pangkat Kedua (D.K.) Terangganu.Kini baginda telah berusia 80 tahun dan telah bertakhta selama 63 tahun.Semoga Permaisuri Sirikit berada dalam keadaan sihat sentiasa.
Baginda memakai Darjah DMN. |
No comments:
Post a Comment