Anda Pengunjung Ke :

Wednesday 12 August 2015

Darjah Kebesaran Tertinggi Negara : Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.)


Darjah Kebesaran Persekutuan yang mempunyai kedudukan paling tinggi dalam negara adalah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.). Pingat ini berkedudukan lebih tinggi daripada Darjah Darjah Kerabat Di-Raja Malaysia (D.K.M.) yang dikurnikan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) yang dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Raja-Raja Melayu.

Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa ini diwujudkan pada 29 Julai 1960 dan dizahirkan pada 11 Ogos 1969. Darjah Kebesaran ini dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan keberanian tertinggi dalam situasi yang sangat berbahaya. Jumlah penerima pingat ini tidak terhad dan boleh dianugerahkan kepada orang awam atau pegawai beruniform. Darjah Kebesaran ini juga merupakan pingat tertinggi dalam Darjah Kebesaran Angkatan Tentera. Kedudukan pingat ini melebihi mana-mana Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Tun, Tan Sri, mahupun Datuk. 

Darjah Kebesaran ini tidak membawa sebarang gelaran kepada penerimanya. Penerima pingat ini juga tidak tersenarai dalam Senarai Keutamaan Persekutuan seperti penerima Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) dan darjah-darjah persekutuan yang lain yang mempunyai kedudukan dalam istiadat persekutuan. 

Semenjak tahun 1990, penerima Darjah Kebesaran ini menerima elaun berbentuk duit. Sebelum ini, penerima pingat ini menerima elaun sebanyak RM400.00 sebulan. Namun, pada tahun 2009, Dewan Rakyat meluluskan kenaikan elaun pingat ini kepada RM 2000.00 sebulan. Jika penerima pingat sudah meninggal dunia, pihak keluarga akan menerima bayaran secara sekali gus sebanyak RM 20,000.00. Penerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang paling dikenali ialah Mendiang Datuk Kanang Anak Langkau.

Berikut merupakan senarai penerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) :

1. 5 Jun 1963 : Mendiang Konstable Khas Velu a/l Rajavelu, S.P.

2. 31 Ogos 1969 : Allahyarham Konstable Abu Bakar Bin Ngah Wahab, S.P.

3. 2 Jun 1971 : Pegawai Waran II Lenggu anak China, S.P.

4. 2 Jun 1971 : Encik Gean Kartar Singh a/k Kean Singh,S.P. ( Pegawai Penjara ).

5. 7 Jun 1971 : Konstable Fong Thean Kit, S.P.

6. 7 Jun 1971 : Koperal Yap Sean Hua, S.P.


7. 1 November 1971 : Allahyarham Leftenan Muda Abdul Razak Bin Hussain, S.P.

8. 7 Jun 1972 : SAC 1 Datuk Syed Mohd Mokhtar Bin Syed Zubir Barakbah, S.P.

kapt_mohana_chandran
9. 7 Jun 1972 : Kapten Mohana Chandran a/l Velayuthan, S.P.

10. 6 Julai 1972 : Ngalinuh Bala @ Kilah Atu, S.P.

11. 6 Julai 1972 : Konstable Itin a/k Bijam, S.P.

tpr_rasli_buang
12. 7 Julai 1972 : Trooper Razali Bin Buang, S.P.

kapt_hamid_awang
13. 6 Jun 1973 : Kapten(B) Dato' Hamid Bin Awang, S.P.,D.S.D.K.

14. 15 November 1973 : Cif Inspektor Chin Chin Kooi, S.P.

15. 15 November 1973 : Inspektor Reggie a/k Deli, S.P.

ltm_abd_hamid_ismail
16. 4 Jun 1975 : Leftenan Muda Abdul Hamid Bin Ismail, S.P.

17. 4 Jun 1975 : Sarjan Othman Bin Ahmad, S.P.

18. 2 Jun 1976 : Konstable Nuing a/k Saling, S.P.

mej_zainal_abdul_rashid
19. 1 Jun 1977 : Mejar Zainal Abidin Bin Abdul Rashid, S.P.

pw_kanang_ak_langkau
20. 3 Jun 1981 : Sarjan Datuk Kanang anak Langkau, S.P.,P.G.B.,P.G.B.K.,B.B.S.,P.J.M.,P.P.S.,P.P.A., P.P.M.

lkpl_saimon_tarikat
21. 1 Jun 1983 : Lans Koperal Saimon Bin Tarikat, S.P.

22. 1 Jun 1983 : Superitendan Datuk Paul Kiong, S.P.

23. 1 Jun 1983 : Deputi Superitendan Sia Boon Chee, S.P.

24. 1985 : Encik Abdul Jalil Bin Ibrahim, S.P. ( Bank Negara ).

kpl_mat_azman_awang
25. 4 Jun 1994 : Koperal Mat Aznan Bin Awang, S.P.,B.K.K.

26. 1 Jun 1998 : Koperal Mohd Nosruddin Bin Che Yeop, S.P.

lt_jen_dato_seri_zaini
27. 2 Jun 2001 : Leftenan Jeneral (B) Dato' Seri Zaini Bin Mohamed Said, S.P.,S.P.T.S.

28. 2 Jun 2001 : Deputi Superitendan Abdul Razak Bin Mohd Yusof, S.P.

29. 7 Jun 2014 : ASP Mohd Zabri Bin Abdul Hamid, S.P.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU


No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...