Anda Pengunjung Ke :

Thursday 13 August 2015

WAJAH-WAJAH : Sultan Idris Shah dan Raja Perempuan Muzwin.


Segmen WAJAH-WAJAH akan diteruskan dengan pasangan DiRaja yang berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan. Baginda berdua merupakan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Ke 33 dan Raja Perempuan Perak Darul Ridzuan. Baginda berdua adalah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Afifullah Shah II Ibni Almarhum Sultan Sir Iskandar Shah Kadasullah dan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Arif Shah. Baginda berdua menaiki takhta negeri Perak pada 5 Januari 1963 sehingga kemangkatan Sultan Idris pada 31 Januari 1984. Pasangan diraja ini mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 1943. Baginda berdua dikurniakan 3 putera dan 3 puteri. Sultan Idris Shah mangkat pada usia 60 tahun di Hospital Angkatan Tentera, Lumut. Isteri baginda Raja Perempuan Muzwin meneruskan kehidupan bersama anakanda-anakanda baginda. Raja Perempuan Muzwin mangkat pada 6 Oktober 2011 pada usia 82 tahun. Putera baginda berdua iaitu Raja Iskandar Dzulkarnain kini bergelar Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak dan puteri baginda Raja Zarith Sofiah kini bergelar Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor.

Potret sebagai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ke 34 dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perak.

Bertakhta di atas singgahsana Istana Iskandariah.

Baginda berdua sewaktu zaman muda.

Pasangan diraja yang romantik.

Potret baginda berdua sewaktu pertabalan sebagai Sultan dan Raja Perempuan Perak.

Bersanding ketika Istiadat Persandingan Diraja pada tahun 1943.

Baginda berdua dihadapan kenderaan rasmi Raja Bendahara Perak sewaktu Sultan Idris bergelar Raja Bendahara Perak.

Berhias langkap untuk pertabalan.

Baginda berdua bersama ayahanda Raja Perempuan Muzwin iaitu Raja Arif Shah(kiri) dan Raja Muda Perak ketika itu Raja Azlan Shah.

Istiadat Santapan Nasi Berastakona sempena Pertabalan baginda berdua.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

2 comments:

  1. Ada baiknya segmen wajah wajah juga membawakan informasi mengenai bakal penerus tahta kerajaan.. seperti raja muda, tengku mahkota, dll. Terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas cadangan saudara, Sebenarnya sudah ada satu segmen khas untuk pewaris takhta iaitu PEWARIS. Setakat ini saya telah tampilkan 2 orang pewaris takhta iaitu Tengku Mahkota Pahang dan Raja Muda Perak(kini sudah bergelar Sultan). Insyaallah saya akan sambung siri PEWARIS dengan pewaris takhta negeri lain pula.

      Delete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...