Anda Pengunjung Ke :

Thursday, 5 November 2015

Kekanda Agong Selamat Disemadi.

Almarhum Tunku Hamidah bersama adinda-adinda beliau. Dari kiri : YTM Tunku Abdul Hamid Thani, YTM Tunku Salehuddin, Almarhum Tunku Annuar, DYTM Tunku Abdul Malik dan KDYMM Tuanku Abdul Halim.

Kekanda Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Almarhum Tunku Dato' Seri Hamidah Binti Almarhum Sultan Badlishah telah selamat dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star kira-kira jam 12.00 tengah hari. Jenazah Almarhum Tunku Hamidah disolatkan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit pada pukul 9.30 pagi dan kemudiannya diusung keluar menggunakan pedati diraja. Jenazah Almarhum diarak dari Istana Anak Bukit hingga ke Makam Diraja Langgar. 

Berangkat mengiringi jenazah Almarhum adalah adinda beliau Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah YTM Tunku Salehuddin Sultan Badlishah, YTM Tunku Abdul Hamid Thani, YTM Tunku Intan Safinaz, DYAM Tunku Soraya dan DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain. Turut hadir, Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir serta exco kerajaan negeri. Solat jenazah diimamkan oleh Mufti Negeri Kedah Dato' Syeikh Ahmad Baderudin dan kemudian membacakan talkin di Makam Diraja Langgar. Tunku Salehuddin mengetuai istiadat pemakaman dengan menjirus air mawar ke makam Almarhum. Almarhum Tunku Hamidah dimakamkan bersebelahan makam Almarhum DYTM Raja Puan Muda Kedah Tengku Raudzah yang mangkat beberapa bulan sebelum ini. 


Jenazah tiba di Makam Diraja Langgar.

DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain, YTM Tunku Intan Safinaz, YTM Tunku Abdul Hamid Thani, YAB Dato' Seri Mukhriz, YTM Tunku Salehuddin, YTM Tengku Maliha, YABhg To' Puan Seri Norzieta, YABhg Toh Puan Nora, dan DYAM Tunku Soraya.


Anakanda Almarhum Tunku Hamidah, Tunku Soraya menjirus air mawar di pusara bonda baginda.

gambar : FB Putra Kola.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...