Anda Pengunjung Ke :

Sunday 29 November 2015

Istiadat Penghormatan Terakhir Untuk Tunku Abdul Malik.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah bersama kerabat diraja memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Abdul Malik.


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah memberi penghormatan terakhir kepada adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah. Turut berangkat Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Tunku Abdul Malik yang merupakan Raja Muda Kedah mangkat pada pukul 1.00 pagi, 29 November 2015 ketika berusia 86 tahun.

Istiadat Penghormatan Terakhir diadakan pada pukul 1.30 hingga 2.30 petang untuk rakyat jelata. Manakala untuk tetamu kehormat pula bermula pukul 2.30 hingga 3.30 petang. Jenazah Almarhum Tunku Abdul Malik disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit di atas peterana tiga tingkat. Turut menziarahi jenazah Almarhum adalah Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansur. 

Turut berangkat memberikan penghormatan terakhir adalah DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzuddin serta adinda YAM Dato' Seri Sharifah Fazira, Pengerusi Pemangku Jemaah Sultan Kedah Tunku Salehuddin Sultan Badlishah, DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain dan DYAM Tunku Soraya, YTM Tunku Intan Safinaz, para kerabat DiRaja Kedah serta Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir. 

Sebelum itu, berita kemangkatan Tunku Abdul Malik diisytiharkan oleh Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Kerajaan negeri mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang selama tiga hari dan tempoh perkabungan selama tujuh hari. Selepas selesai acara memberi penghormatan terakhir, jenazah Almarhum  dibawa dengan pedati khas melalui Lebuhraya Darulaman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Langgar menuju Makam Diraja Langgar untuk dimakam. Terdahulu solat jenazah diimamkan Timbalan Mufti Kedah Syeikh Marwazi Dziyauddin.

 
Tuanku Abdul Halim mengesatkan air mata baginda.

Dato' Seri Mukhriz, Tunku Salehuddin, Tunku Intan, Tengku Maliha, Dato' Seri Najib dan Tuanku Abdul Halim.

Jenazah Almarhum disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit.

Raja Iskandar Dzulkarnain, Tunku Intan, Tunku Abdul Hamid, Mukhriz, Najib, Tunku Salehuddin, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah.

Raja Muda Perlis dan adinda menziarahi Almarhum.




No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...