Anda Pengunjung Ke :

Friday 27 January 2012

Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)...


Memandangkan semalam Raja Permaisuri Agong Sultanah Haminah Hamidun telah berkenan menerima Darjah DMN,hari ini WARISAN PERMAISURI akan bercerita serba sedikit tentang Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) ini.Darjah kebesaran ini merupakan Darjah Kebesaran Diraja kedua tertinggi di Malaysia selepas Darjah Kerabat Malaysia (DKM).

Darjah Utama Seri Mahkota Negara ini mempunyai satu pangkat sahaja dan penerimanya terhad kepada 30 orang sahaja.Darjah Kebesaran ini hanya dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang baru menaiki takhta.Darjah kebesaran ini merupakan penghormatan tertinggi terhadap Raja Permaisuri Agong daripada kerajaan Persekutuan.Lima belas daripada bilangan Darjah Kebesaran ini boleh dikurniakan kepada anak-anak Raja Negara Luar,Ketua-Ketua Negara Asing dan orang tempatan yang sangat ternama.


Darjah Kebesaran ini mengandungi Bintang,Kalung,Selempang,dan Lencana Darjah.Kalung darjah ini mengandungi motif tengah yang berbentuk dua bilah keris bersarung yang bersilang serta menjulang.Bintang dan bulan sabit Bintang Darjah ini diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang pecah sembilan.Lencana ini merupakan bintang pecah lima.Selepang darjah ini diperbuat daripada sutera kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah dan di hujungnya diikat reben.Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil biru.Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.

Raja Permaisuri Agong Ke 4 Tuanku Intan memakai set penuh DMN.

Kesemua Raja Permaisuri Agong menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara ini kecuali Almarhum Tengku Ampuan Jemaah.Baginda tidak menerimanya kerana Almarhum Sultan Hisamuddin mangkat sebelum sempat ditabalkan.Sebelum DMN dizahirkan,Raja Pemerintah dan juga Permaisuri yang bertakhta dianugerahkan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN).Darjah kebesaran ini membawa gelaran Tun.Antara Raja Permaisuri Agong yang menerima SMN ialah Tuanku Kursiah(31 Ogos 1958),Tengku Budriah (11 Jun 1959),dan juga Sultanah Bahiyah (19 Februari 1959).

Tuanku Kursiah merupakan satu-satunya Raja Permaisuri Agong yang menerima DMN semasa baginda bukan bergelar Raja Permaisuri Agong.Baginda menerima DMN pada 5 Jun 1980 setelah 20 tahun baginda meninggalkan gelaran Raja Permaisuri Agong.Tengku Budriah menerima DMN pada 20 Jun 1962,Tuanku Intan Zaharah(4 April 1966), Sultanah Bahiyah(19 Februari 1971), Tengku Zainab(28 Februari 1976), Tengku Ampuan Afzan(29 Mei 1979), Sultanah Zanariah(1984), Tuanku Bainun(1989), Tuanku Najihah(1994), Tuanku Siti Aishah(1999), Tuanku Fauziah(13 Disember 2001), Tuanku Nur Zahirah (5 April 2007),dan Sultanah Haminah (26 Januari 2012).

Yang Dipertuan Agong Pertama Tuanku Abdul Rahman memakai DMN.

Selain Raja Permaisuri Agong,DMN juga dikurniakan kepada Raja-Raja yang baru menaiki takhta negeri masing-masing.Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Perdana Menteri Pertama mencipta sejarah apabila menjadi orang pertama menerima DMN bukan dari kalangan Raja-Raja.Beliau menerima DMN semasa beliau menjadi Perdana Menteri.Beliau juga merupakan satu-satunya pemimpin yang menerima DMN semasa masih hidup.Ini kerana seorang lagi pemimpin negara yang menerima DMN, Tun Abdul Razak Hussien menerima Darjah ini setelah beliau meninggal dunia. Raja-Raja luar negara juga pernah menerima DMN.Antaranya Queen Elizabeth 11 dan juga Sultan Hasanal Bolkiah.


Almarhum Tunku Abdul Rahman,salah seorang penerima DMN.

 Queen Elizabeth 11 memakai DMN semasa melawat Malaysia.

Sehingga hari ini,terdapat seramai 18 orang penyandang DMN yang masih hidup di Malaysia.Mereka terdiri daripada Raja-Raja Melayu yang bertakhta dan juga Bekas Raja Permaisuri Agong yang masih hidup.Berikut senarai penyandang Darjah Utama Seri Mahkota Negara yang masih hidup : 

1. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
2. DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Sultanah Haminah Binti Hamidun.
3. YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.
4.KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
5.YAM Tunku Puan Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad.
6. DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin.
7. DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Binti Mohamed Ali.
8. YMM Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
9. YAM Permaisuri Siti Aishah Binti Abdul Rahman.
10. DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
11. DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.
12. KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Almuktafi Billah Shah.
13. KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah Binti Adil Bakeri.
14. DYMM Mantan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
15. DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
16. DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
17. DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.
18. KDYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V.

4 comments:

  1. Antara Raja Permaisuri Agong yang menerima SMN ialah Tuanku Kursiah(31 Ogos 1958),Tengku Budriah (11 Jun 1959),dan juga Sultanah Bahiyah (19 Februari 1959).

    Soalan:
    Tuanku Bahiyah jadi Raja Permaisuri Agong pada tahun 70-an. Kenapa Baginda mendapat kurniaan S.M.N. pada tahun 1959? Saya pernah terbaca Darjah2 yang diterima baginda tapi rasanya tiada S.M.N. disenaraikan. If you can get me any evidence i would appreciate it much. Thank you

    ReplyDelete
  2. http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/422622_2867759085872_1016658963_2910648_901514926_n.jpg

    sorry gambar tak berapa terang sebab bertimbun dlm paper2 lama

    ReplyDelete
  3. [img]http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/422622_2867759085872_1016658963_2910648_901514926_n.jpg[/img]

    ReplyDelete
  4. H.R.H. Tuanku Sultana Hajah Bahiyah binti al-Marhum Tuanku ‘Abdu’l Rahman, Sultana of Kedah (b. at Sri Menanti, 24th August 1930; d. at Istana Kuala Chegar, Alor Star, 24th August 2003, and bur. Royal Cemetery, Langgar), installed as Sultana of Kedah 20th February 1959, Queen Consort of Malaysia as Raja Permairusi Agong with the style of Her Majesty 21st September 1970 to 21st September 1975, installed at Kuala Lampur 20th February 1971, Chancellor of Univ of Malaya 1972-1986, Hon Dr in Educ (Univ of Malaya 1979), Presdt Kedah Women’s Group and "Ikatan Perkhidmatan Perempuan"; Patron Kedah Netball Assoc, Kedah Orchid Soc, Kedah Children’s Welfare Soc, Kedah Family Planning Assoc, Kedah Blood Donation Body, the Muslim Women Welfare Brd., Kulim Lioness Club, Univ Utara Malaysia Graduates’ Assoc, Nottingham Univ Assoc, Kedah Soc for the Handicapped, Kedah Thallassaemia Org., Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah, Sultana Bahiyah Fndn. (YSB) 1996-2003, etc. rcvd: DK (29.2.1964), DKH (x.1.1976), and SPMK (19.2.1971), DK of Kelantan, and Negri Sembilan (x.8.1996), DK 1st class of Johore (x.2.1989), DMN (19.2.1971, SMN 19.2.1959), of Malaysia, GC of the Orders of the Sacred Treasure of Japan (29.2.1970), and Chula Chom Klao of Thailand (1973), the Star of Mahaputra 1st class of Indonesia (16.3.1970), and the Order of the Pleiades 1st class of Iran (1974), eldest daughter of Colonel H.R.H. Tuanku ‘Abdu’l Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan, GCMG, by his fourth wife, H.R.H. Tunku Kurshiah binti Tunku Besar Burhan ud-din,

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...