Anda Pengunjung Ke :

Thursday, 16 August 2012

Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) Selangor Darul Ehsan...


Kali ini WARISAN PERMAISURI akan mengupas sedikit sebanyak tentang Darjah Kerabat Negeri Selangor.Darjah Kerabat di Selangor ini terbahagi kepada dua iaitu Darjah Kerabat Kelas Pertama dan Darjah Kerabat Kelas Kedua.Antara Permaisuri yang pernah menerima Darjah Kerabat ini ialah Tuanku Bainun,Tengku Ampuan Rahimah dan juga Tengku Ampuan Bariah.

Gambar berikut merupakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormat Pangkat Yang Pertama (D.K.) Negeri Selangor Darul Ehsan.Darjah Kebesaran ini merupakan Darjah Kebesaran yang tertinggi di negeri Selangor.Darjah Kerabat ini telah dizahirkan pada tahun 1961 oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj,Sultan Selangor ke 8 (1961-2001).Darjah Kebesaran ini juga dikurniakan kepada Raja-Raja Melayu,Permaisuri-Permaisuri Melayu dan juga kaum kerabat Diraja di Malaysia.Selain itu Darjah Kerabat ini juga dikurniakan kepada Raja negara asing sebagai tanda hormat dan menghargai keakraban persahabatan dengan DYMM Sultan.Darjah ini juga dikurniakan kepada pemimpin negara yang amat berjasa dan dirasakan layak untuk dikurniakan Darjah Kerabat ini.Bilangan ahli untuk Darjah Kerabat ini ialah 25 orang sahaja.Darjah ini mengandungi Kalung,Lencana Kalung,Bintang Darjah,Selepang dan Lencana Selepang.Berikut merupakan penerangan bagi setiap entiti yang membentuk Darjah Kerabat Selangor ini.

Kalung Darjah :
Kalung Darjah Kerabat Selangor ini diperbuat daripada logam yang bersadur emas.Ianya sepanjang 101.6 cm dan dipakai sama labuh di bahagian hadapan dan belakang.Ia mengandungi 14 karangan mata rantai yang saling bersambungan.Dua mata rantai yang terletak di tengah-tengah kalung mempunyai ukiran lambang Negeri Selangor di atas bulan sabit.Mata rantai yang lain berbentuk bujur telur.Ukiran yang tertera di atas setiap mata rantai ialah gubahan daun kelapa melingkungi dua buah keris yang bersilang berselang seli dengan gubahan daun kelapa melingkungi bulan sabit.


Bintang Darjah :
Bintang Darjah Kerabat ini berbentuk bintang pecah lima.Diperbuat daripada logam yang bersadur emas.Kulitnya dicanai dengan permata berbaris.Di tengah bintang ini terdapat mahkota dan lambang negeri Selangor yang beralaskan enamel merah nipis.Ia dikelilingi oleh gubahan daun kelapa yang timbul.

Selepang Darjah :
Selepang Darjah ini diperbuat dari kain sutera berwarna kuning selebar 101.6 mm.Ia mempunyai satu jalur merah di tengahnya .Darjah ini dipakai di aras bahu sebelah kiri melintang ke bawah pinggang sebelah kanan.

Lencana Darjah :
Lencana Darjah merupakan bintang pecah lima.Berukuran 7.62 cm.Diperbuat daripada logam bersadurkan emas.Mahkota dan lambang negeri tertera di tengah lencana.Lencana ini beralaskan enamel nipis berbayang serta dilingkungi gubahan daun kelapa yang timbul.Lencana ini terlekap di atas bintang pecah sepuluh bersadur perak.

Berikut merupakan senarai penerima DK Selangor semenjak ia dizahirkan: 

1. 28 Mac 1963 DYMM Tengku Ampuan Rahimah Almarhum Sultan Abdul Aziz.
2. 8 Mac 1965 YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
3. 24 Mac 1966 DYMM Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
4. 7 Mei 1970 DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
5. 7 Jun 1973 DYMM Tengku Ampuan Jemaah Binti Almarhum Raja Ahmad.
6. 7 Jun 1973 DYTM Tengku Idris Shah (DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj).
7. 27 Mac 1975 DYMM Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
8. 22 Jun 1978 KDYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Almarhum Sultan Badlishah.
9. 2 September 1982 DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
10. 10 Oktober 1985 DYMM Almutawakil Allallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
11. 10 Oktober 1985 DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf.
12. 10 Oktober 1985 KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah Ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifudin.
13. 10 Oktober 1985 KDYMM Tengku Ampuan Bariah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
14. 16 Julai 1987 KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
15. 22 November 1996 YTM Cik Puan Besar Datuk Amar Siti Aishah Binti Abdul Rahman.
16. 2002 YMM Raja Saidatul Ihsan Binti Almarhum Tengku Badar Shah.
17. 10 April 2003 KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Almukafi Billah.
18. 10 April 2003 YAB Dato' Seri Dr Mahathir Bin Mohamad.
19. 2005 DYMM Tuanku Bainun Binti Mohamad Ali.
20. 2009 DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
21. 2010 DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
22. 2010 KDYMM Sultan Muhammad V.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...