Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 2 November 2011

DYMM Almarhum Sultanah Bahiyah Permata Negeri Kedah...



Assalamualaikum..Kali ini kita bercerita pula tentang permaisuri dari Negeri Kedah Darul Aman ini.Yang dimaksudkan adalah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman,D.K.,D.K.H.,D.M.N.,S.M.N.,D.K.(Kelantan),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Johor),S.P.M.K.,Grand Cordon Of The Order of The Sacred Treasure(Japan),Grand Cordon Of The Most Illustrious Order Of Chula Chom Klao(Thailand),Grand Cordon Of The Star Of Mahaputra 1st Class(Indonesia),Grand Cordon Of The Orders Of The Pleiades 1st Class(Iran).


Semasa bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke 5.

Merupakan puteri sulung kepada Yang Dipertuan Agong Pertama,Almarhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad dan Almarhum Tuanku Kursiah Tunku Besar Burhanuddin dan berasal daripada darah diraja Negeri Sembilan.Diputerikan di Istana Seri Menanti Negeri Sembilan pada 24 Ogos 1930.Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti dan seterusnya menyambung pelajarannya ke Sekolah Convent Seremban.Baginda merupakan wanita yang sangat cerdik.Baginda seterusnya menyambung pengajian baginda dalam bidang Sains Sosial di Universiti Nottingham,England.

Melangsungkan hari bahagia baginda dengan KDYMM Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,Sultan Kedah Darul Aman pada tahun 1956.Ketika itu Sultanah Bahiyah berusia 26 tahun.Pasangan diraja ini dikurniakan seorang puteri.Mereka juga mengambil dua orang anak angkat yang kemudiannya dinamakan sebagai puteri diraja Kedah.

Setelah kemangkatan ayahanda mertua baginda Almarhum Sultan Badlishah,DYMM Sultan Abdul Halim telah ditabalkan sebagai Sultan Kedah pada tahun 1958.Secara automatik baginda bergelar Sultanah Kedah Darul Aman.Baginda hanya berusia 28 tahun ketika bergelar Sultanah.Baginda bersemayam sebagai Sultanah selama 45 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 2003.Baginda merupakan Permaisuri kedua bertakhta paling lama selepas DYMM Tengku Budriah.Pada tahun 1970 pasangan diraja ini menduduki Istana Negara sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Kelima.Baginda berdua menghabiskan tempoh pemerintahan selama 5 tahun sehingga tahun 1975.


Baginda banyak mencurahkan jasa dan sumbangan sepanjang baginda menjadi Sultanah dan Raja Permaisuri Agong.Baginda cukup terkenal dengan sifat penyayang dan sifat murah hati baginda.Baginda merupakan penaung kepada banyak badan-badan kebajikan.Antaranya ialah:
.Persatuan Orkid Kedah
.Persatuan Menderma Darah Malaysia
.Persatuan Perancang Keluarga Negeri Kedah
.Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Kedah.
.Persatuan Bola Jaring Kedah.
.Persatuan Talasemia Kedah
.Persatuan Wanita Universiti Utara Malaysia

DYMM Sultanah Bahiyah menyampaikan ijazah kepada Prof Diraja Ungku Aziz.

Sultanah Bahiyah mencipta sejarah sebagai Wanita Pertama dilantik sebagai Cancelor sesebuah Universiti.Baginda dilantik sebagai Cancelor Universiti Malaya pada 1972 sehingga tahun 1986.Sesungguhnta kejayaan baginda ini memberikan semangat kepada wanita Malaysia ketika itu untuk berjaya.Baginda menduduki kerusi Cancelor dengan jayanya.Baginda juga telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Pendidikan daripada Universiti Malaya sendiri.Selain itu,baginda juga dikatakan sebagai Permaisuri paling cantik sekali dalam negara.Kecantikan baginda tidak dapat ditandingi oleh mana-mana permaisuri lain.Memang cukup bertuah rakyat Kedah dapat berpermaisurikan baginda.

Ketika bergelar Cancelor UM.

Tarikh 23 Ogos 2003 merupakan tarikh yang teramat sedih bagi seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Kedah khasnya.Pada tarikh inilah Sultanah Bahiyah mangkat,pulang kepada penciptanya pada usia 73 tahun.Baginda mangkat di Istana Cegar akibat penyakit kanser setelah seminggu gering.Pemergian baginda amat dirasai oleh seluruh kerabat diraja dan juga rakyat biasa.Ramai yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir,Baginda mangkat setelah 4 tahun kemnagkatan bonda baginda YMM Tuanku Puan Besar Kusiah pada tahun 1999.Baginda dimakamkan di Makan Diraja Lanngar.

Jenazah Almarhum Sultanah Bahiyah dilawati oleh kerabat diraja.Di sebelah Almarhum adalah Sultan Kedah.



Berikut merupakan gambar kenangan Almarhum Sultanah Bahiyah:






Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

2 comments:

  1. did Almarhumah receive SMN? i never saw any piture of her wearing the Darjah.

    ReplyDelete
  2. berkemungkinan besar ya.kerana pada tahun 50 an dan 60 an,raja2 dan permaisuri2 dikurniakan darjah SMN kerana darjah DMN belum diwujudkan.

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...