Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 23 September 2015

23 September 1999 : Pertabalan Sultan Salahuddin Sebagai Agong.


Pada tarikh 23 September 1999, satu lagi sejarah negara tercipta apabila Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 11 diadakan. Istiadat penuh gilang gemilang ini diadakan di Balairong Seri,Istana Negara Kuala Lumpur. Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Siti Aishah Binti Abdul Rahman ditabal menaiki takhta kerajaan persekutuan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke 11. Sultan Salahuddin ketika itu berusia 73 tahun manakala Tuanku Siti Aishah berusia 28 tahun. Tuanku Siti Aishah mencipta sejarah sebagai Raja Permaisuri Agong termuda negara sehingga hari ini. Sultan Salahuddin menjadi Sultan Selangor pada tahun 1960 dan baginda menunggu selama lebih kurang 40 tahun untuk mendapat giliran menjadi Yang Di-Pertuan Agong. Sayangnya, khidmat baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong tidak lama. Baginda mangkat pada tahun 2001, setelah 3 tahun bersemayam sebagai Yang Di-Pertuan Agong.Baginda merupakan Sultan Selangor kedua mangkat ketika bergelar Yang Di-Pertuan Agong. Ayahanda baginda, Sultan Hisamuddin hanya sempat menjadi Yang Di-Pertuan Agong selama 5 bulan sahaja sebelum mangkat pada hari pertabalan baginda.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menuju ke Balairong Seri.

Baginda berkenan memeriksan kawalan kerhomat Batalion Askar Melayu DiRaja.

Mengucup Keris Kerajaan sebagai simbol penerimaan kuasa pemerintahan.

Mengucup Al-Quran sebagai simbol Islam agama rasmi negara.

Menyampaikan titah diraja sempena Istiadat Pertabalan.

Baginda mengaminkan doa selamat yang dibacakan oleh pegawai agama Istana Negara.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...