Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 6 September 2015

Seri Permaisuri : Tuanku Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail.

Segmen baru SERI PERMAISURI akan memaparkan gambar-gambar bersejarah semasa para permaisuri bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Permaisuri pertama yang akan menghiasi segmen ini ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ketiga yang juga Raja Perempuan Perlis iaitu Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail. Baginda yang merupakan Permaisuri paling lama bertakhta dalam sejarah monarki Malaysia telah bergelar Raja Perempuan Perlis selama 55 tahun. Baginda bergelar Raja Permaisuri Agong pada tahun 1960 hingga 1965.

Tengku Budriah memakai persalinan penuh sebagai Raja Permaisuri Agong. Baginda memakai Gandik Diraja, Kalung Diraja dan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.).

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Ketiga Persekutuan Tanah Melayu.

Tengku Budriah dalam pelbagai majlis dan istiadat.

Tengku Budriah bersemayam diatas takhta ketika Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ketiga(gambar kiri).


Tengku Budriah bersama Queen Sirikit.

Gaya seorang Permaisuri Malaysia.

Tengku Budriah dan Tuanku Syed Putra bersama Permaisuri dan Raja Jordan. Tengku Budriah memakai darjah kebesaran Jordan iaitu Order of Renaissance.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...