Anda Pengunjung Ke :

Sunday 17 January 2016

Khas Sempena Keputeraan Sultan Kedah : Istiadat Perkahwinan DiRaja 1956.


Bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Yang Ke-88 pada 17 Januari 2016, WARISAN PERMAISURI MELAYU membawakan segmen khas iaitu Istiadat Persandingan DiRaja diantara Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dengan Almarhum Sultanah Bahiyah yang diadakan pada tahun 1956. 


Pertemuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Tunku Abdul Halim Ibni Sultan Badlishah dengan Yang Teramat Mulia Tunku Bahiyah Binti Tuanku Abdul Rahman di England membibitkan rasa cinta antara keduanya. Putera kepada Sultan Kedah dan Puteri kepada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ini telah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada tanggal 9 Mac 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus. Istiadat perkahwinan diraja ini diakan secara gilang gemilang bermula daripada Istiadat merisik, meminang, hantar belanja dan mas kahwin, akad nikah, istiadat persandingan dan istiadat bersiram. 

Istiadat persandingan diraja diadakan di Balairong Seri Istana Seri Menanti. Istiadat ini dihadiri oleh ayahanda pengantin perempuan DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan bonda pengantin perempuan DYMM Tuanku Kurshiah Binti Tunku Besar Burhanuddin, ayahanda pengantin lelaki KDYMM Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan KDYMM Sultanah Asma Binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, ayahanda saudara pengantin lelaki YTM Tunku Abdul Rahman dan seluruh kerabat Negeri Sembilan dan Kedah.

Tunku Abdul Halim dan Tunku Bahiyah bersalam dengan Sultan Badlishah dan Sultanah Asma.

Selain itu, Istiadat bersiram merupakan antara istiadat yang menarik perhatian. Istiadat ini diakan pada hari ketiga didalam istiadat perkahwinan diraja. Kedua mempelai duduk bersemayam di atas panca persada dan disiram oleh pembesar negeri. Tetamu yang datang juga tidak ketinggalan untuk menyimbah air diantara satu sama lain. Pada ketika itu, perkahwinan diraja ini merupakan perkahwinan masyarakat Melayu paling meriah dan gilang gemilang. Tunku Abdul Halim menjadi Sultan Kedah pada tahun 1958 dan Tunku Bahiyah bergelar Sultanah Kedah.

Ayahanda dan bonda pengantin perempuan ketika istiadat hantar belanja.

Istiadat Persandingan :




Tunku Abdul Rahman menepung tawar pengantin.


Ayahanda Tunku Bahiyah, Tuanku Abdul Rahman menepung tawar pengantin.

Istiadat Bersiram :

Pengantin diraja diarak menuju ke Panca Persada.





No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...